Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)...Aku pasti ramai kat luar sana yang dipanggil untuk ke PLKN...dan aku juga pasti ramai di luar sana yang taknak pergi ke PLKN bila nama mereka tersenarai....sama seperti aku!bila nama aku tersenarai,aku menangis tak nak pergi....tambahan pula dalam geng aku hnya aku dan sorang lagi kawan aku yang dipanggil....yang lain-lain "terlepas"...even sepupu aku pun tak kena panggil...lagilah aku menangis tak nak pergi...haha....lagi pun aku tak nak pergi sebab aku tak suka berkawad!sejak di bangku sekolah aku memang kureng melibatkan diri dalam aktiviti ko....tambah2 yang ada kena mengena dengan kawad....lagilah aku tak minat...tapi tulah...kadang benda yang kita tak suka tulah yang kita kena hadapi...
Aku sangka aku dapat panggilan pertama dalam PLKN,tapi sangkaan aku melesat...mungkin panggilan kedua kot...tapi panggilan kedua pun nama aku tak dipanggil juga...so,faham2 lah aku aku kena panggilan keberapa...masa tu aku dah masuk tingkatan 6...bila nama aku dipanggil aku dalam dilema...nak pergi ke tak..maklumlah kalau aku pergi,aku tercicir dalam pelajaran...sedangkan tahun depan aku bakal duduki peperiksaan STPM(masa tu form 6 tak balajar dalam sistem semester lagi)...perkara ni aku rujuk kepada cikgu penolong kanan tingkatan 6...cikgu aku kata tak payah pergi la....buat surat tangguh....
Aku ni jenis suka minta pendapat mereka yang berada di sekeliling...bila tanya cikgu,tu jawapan yang cikgu bagi,tanya rakan2 pula mereka galakkan aku pergi...kata mereka dah kena panggil ni,pergi je la...lepas ni dah tak "terikat" dah....maklumlah PLKN kan kena pergi juga walau macam mana sekali pun...dalam dok dilema tu nak pergi ke tak,dugaan pulak datang....surat tak sampai...tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak surat....lastly aku hantar surat mintak tangguh dan bagi tau kat JLKN bahawa surat tak sampai kat aku...aku happy la....at least tak kena pergi lagi kan....tapi dalam masa yang sama aku risau gak...ya lah,nak ke tak nak ke kena pergi juga...fikir punya fikir,mak aku suruh hantar surat mohon menjalani latihan khidmat negara pada panggilan pertama....masa tu aku dah habis periksa STPM...aku pun nak tamatkan latihan ni cepat2...tunggu pihak JLKN hantar surat tak tahu bila aku kena panggil...
Aku ingat surat yang aku hantar tak sampai juga kepada pihak JLKN...ye lah nama pelatih PLKN yang kena panggilan pertama dah tersenarai,surat daripada JLKN aku tak dapat lagi...aku senang hati la...terlepas pula aku kali ni...haha....tapi sangkaan aku melesat...penghujung bulan 12 surat dari JLKN sampai kat rumah aku...permohonan aku diluluskan...so,aku terpaksa pergi juga!....
Mula2 aku tinggal kat kem PLKN tu,rasa kekok juga....nak balik pun ada...biasalah tempat baru,ambil masa sikit nak suaikan diri....setiap hari seawal jam 5 pagi siren dah bunyi...faham2 lah bila siren @ pelatih2 gelar anak gajah dah bunyi,untuk siapkan diri la tuh...habis je solat berjemaah subuh,(bagi yang muslim)semua pelatih berkumpul di padang kawad...kalau hari 'bekerja'(ahad-khamis) adalah aktiviti riadah sikit...kalau hujung minggu biasanya lapor kekuatan je lah...bulan pertama aku jalani latihan kat situ tak lah letih sangat....biasanya pada hari bekerja pada waktu pagi ada kelas,petang pulak dengar taklimat@ hadiri kelas...masuk bulan kedua dan ketiga la agak mencabar sikit,bila aktiviti lasak dah dijalankan...penat tapi best sebab macam2 yang dapat aku buat...ada latihan menembak,tali tinggi,kembara halangan dan macam2 lagi...paling aku tak suka,hah biasalah berkawad!dan yang tu jugalah yang terpaksa aku hadapi bila dalam kompeni aku tak cukup pelatih untuk masuk pertandingan kawad dan terpaksalah aku masuk juga...memang mencabar lah...aku yang memang anti dengan kawad terpaksa berkawad...masa berkawad tu banyak sangat kesalahan aku...akak angkat kaki paras 90...akak tangan angkat tak tinggi...akak jangan jalan laju sangat...akak jangan jalan macam robot...macam2 lagi aku kena tegur sehingga sehari sebelum pertandingan aku fed up...air mata dah tak tahan lagi...mengalir gak la air mata ni gara2 berkawad...pengalaman!masa pertandingan,kompeni aku mendapat tempat kedua...ok la,kira berbaloi la air mata aku ni....haha...
Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui sepanjang aku berada kat situ...berada di situ,aku dapat bina keyakinan dalam diri aku...dapat kawan2 baru walau pun kebanyakannya adalah adik2 aku...masih terngiang-ngiang lagi sorakan kompeni delta@garuda....sorakan kemenangan apabila komanden mengumumkan bahawa kompeni aku adalah juara keseluruhan...
SEMANGATNYA PASUKAN GARUDA
GARUDA JUARA....antara lirik lagu tema kompeni garuda...dan sekarang semua tu hanya tinggal kenangan...
Kepada semua yang namanya tersenarai dalam PLKN,tahniah diucapkan....anda adalah insan bertuah...bermacam manfaat yang boleh anda dapati di sana...
Pelatih Dorm ixora,i will miss u guys....KD ixora aini,ketua kompeni nur khaliesa,penghuni2 dorm ixora widad,nadhirah,kak fiza,fiza,twins,eira,eida,aida,sya,hani,farah,siha,yanis,mieda dan semuanya lah....banyak kenangan pahit manis yang kita cipta kat sana...walau pun PLKN dah tamat,harap perhubungan ini tak akan tamat....<3
Rabu, 14 Ogos 2013
PLKN???
Ahad, 11 Ogos 2013
HARAPAN
Harapan????pasti ramai yang tahu perkataan ni....setiap orang kat dunia ni ada harapan mereka tersendiri....tapi tak semua harapan kita jadi kenyataan kan?sebab tu la kita tak digalakkan untuk terlalu mengharap pada yang belum pasti....terkadang apa yang kita harapkan sangat tu tak mungkin jadi kenyataan...bukan ALLAH kejam pada kita,tapi apa yang kita harapkan tu mungkin bukanlah yang terbaik untuk kita....memang,terkadang kita harap sangat benda tu jadi kenyataan,tiba2 tak jadi pulak...memang frust sangat.....macam2 yang kita fikir masa tu...kenapa ALLAH tak kabulkan doa aku?cuba renung kembali,muhasabah diri...adakah perkara yang kita harapkan sangat tu adalah yang terbaik untuk kita?ALLAH tak pernah menganiayai hambaNYA...DIA sentiasa inginkan yang terbaik untuk hambaNYA...cuma kita je yang sentiasa melampaui batas...memang sukar untuk kita terima sesuatu yang kita tak inginkan,tapi tak bermakna kita tak boleh terima...pasrahkan diri,cuba redha dengan ketetapanNYA,insya ALLAH kita dapat terima apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kita walau pun perkara itu sepahit hempedu....
Sabtu, 10 Ogos 2013
Warkah untukmu
Wahai lelaki yang bergelar suamiku,
Sesolehah manapun aku,aku masih lagi perlu bimbinganmu kerna aku bukanlah sesolehah Asiah,
Sebijak manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah sebijak Aisyah,
Sekuat manapun imanku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna imanku tidaklah sekuat iman Sumaiyyah,
Setabah manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah setabah Siti Hajar,
Sekaya manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah seperti Balqis sang ratu yang tunduk akan keagungan ALLAH,
Setaat manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah setaat Fatimah,
Semulia manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah semulia Maryam,
Secekal manapun aku,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah secekal Siti Sarah,
Wahai lelaki yang bergelar suamiku,
Sekuat manapun cintaku terhadapmu,aku masih lagi perlukan bimbinganmu kerna aku bukanlah seperti Siti Khadijah, isteri insan teragung Muhammad s.a.w yang sanggup lakukan apa sahaja demi suami tercinta...patutlah beliau menjadi isteri yang sangat dicintai baginda Muhammad s.a.w..
Wahai lelaki yang bergelar suamiku,bimbinglah aku manuju keredaan Ilahi agar aku dapat jadi seperti srikandi-srikandi yang terbilang walaupun aku tak sehebat mereka kerna aku hanyalah wanita biasa yang sentiasa memerlukan bimbingan darimu supaya aku tidak tersesat...
Jumaat, 9 Ogos 2013
Mutiara kata
Andai kita lelah dengan hidup ini,raih la kekuatan dengan mendekati ALLAH,berkawanlah dengan insan2 yang positif,bacalah buku2 yang dapat memotivasikan diri kita....insya ALLAH kekuatan menjadi milik kita