Laura duduk termenung dalam biliknya.Belakangan ini,dia hanya duduk terperuk dalam bilik sahaja.Kejadian yang menimpanya beberapa minggu lepas memberi tamparan yang hebat buat dirinya.Air mata tanpa dapat ditahan mengalir menuruni lekuk pipi.Sekali lagi tangisannya pecah.
"Laura,"kedengaran suara memanggil namanya.Sesaat kemudian,pintu bilik dibuka.
"Kau menangis lagi?"soal Qaseh sinis.
"Sampai bila kau nak macam ni?Kau menangis bagai nak rak kat sini,tapi dia?Bersuka ria meraikan penderitaan kau.Come on lah,kuatkan semangat kau,"Qaseh menasihati Laura.Dalam hati Qaseh bengang dengan sikap Laura yang masih lagi menangisi perpisahannya dengan Faris,jantan tak guna.
"Tapi aku cintakan dia,"pertahan Laura.Qaseh senyum sinis.
"Cinta kau kata?Sampai macam tu sekali dia buat kat kau,kau masih lagi cintakan jantan tu?Ni,ni ke bukti cintanya kat kau?"tangan Laura Qaseh pegang kasar lalu Qaseh menunjukkan bekas kesan calar di pergelangan tangan Laura.Lebih tepat lagi,bekas kesan kelar di pergelangan tangannya.Laura menarik tangannya dari genggaman Qaseh.
"Dia tak bersalah.Ni semua salah aku,"Laura masih lagi mempertahankan Faris.Qaseh mendengus marah dengan sikap Laura.
"Beb,please,kau kawan aku.Aku sayang kat kau.Lupakan Faris.Dia bukan lelaki yang baik untuk kau,"Qaseh tak jemu-jemu menasihati Laura.
"Tapi dia masih lagi suami aku yang sah,"Laura juga tidak jemu-jemu mempertahankan Faris.Qaseh geleng perlahan dengan kedegilan Laura.
Ternyata cinta Laura buat lelaki itu sangat utuh walau dah banyak kali Faris menyakiti hatinya.Bosan dengan sikap degil Laura,Qaseh lalu pergi meninggalkan Laura tanpa sepatah kata.Laura hanya melihat pemergian Qaseh dengan ekor matanya.Nafas dihela perlahan.Andai Qaseh tiada,entah di manalah dia menumpang teduh tika ini.Qaseh sahabat yang paling setia dengannya.
Qaseh sentiasa ada di sisinya saat dia suka mahupun duka.Cuma,bila melibatkan soal Faris,Qaseh memang benci mendengarnya,tambah-tambah bila mengetahui Laura berkahwin dengan lelaki itu.Ternyata,kebencian Qaseh ada benarnya,tak sampai 5 bulan dia menjadi isteri Faris,dah bermacam penderitaan yang harus ditanggungnya.Namun Laura masih lagi tetap dengan kesetiaannya terhadap Faris walau jejaka itu selalu saja menyakitinya.Betullah kata bijak pandai,cinta itu buta.Kita yang celik pun boleh dibutakan dengan cinta.Ah,hebatnya kuasa cinta.
"Apa pa?Is kawin dengan perempuan ni?"soal Faris lantang.Jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah Laura.
"Yes young men.Persiapan sudah disiapkan,bulan depan Is kawin,"Haji Maimun bersuara tegas.Faris mendengus.
"Ibu,tolong Is.Is tak nak kawin dengan perempuan ni,"Faris mendekati ibunya pula,Hajah Ixora.
"Kami buat ni semua untuk Is.Laura seorang perempuan yang baik.Kami yakin Is bahagia dengan Laura,"Hajah Ixora berkata lembut.Kepala Faris diusap penuh kasih sayang.Faris ketap bibir.Matanya tertancap pula pada Laura,anak pembantu rumahnya merangkap anak angkat papa ibunya.
"Kau setuju dengan perkahwinan ni?"soal Faris,matanya merenung tajam ke arah Laura.
"Saya ikut je apa kata papa dan ibu,"lambat-lambat Laura menjawab.
"Kami buat semua ni untuk kebaikan Laura juga.Ibu bapa dia dah meninggal,tak ada siapa nak lindungi dia.Kalau Laura kawin dengan Faris,sekurang-kurangnya Faris boleh melindungi Laura,"suara Hajah Ixora yang menyapa cuping telinga Faris membuatkan hatinya bertambah panas.Kenapa dia yang menjadi mangsa dalam masalah orang lain?
"Faris kahwin ya dengan Laura.Semua persiapan dah dibuat.Malu ibu dan papa kalau majlis ni tak jadi,"pujuk Hajah Ixora.Lembut sekali suara itu menyebabkan Faris tak mampu untuk berkata tidak.Akhirnya,hanya dengusan yang mampu Faris berikan.
Majlis perkahwinan antara Faris dan Laura berlangsung dengan meriahnya.Ramai tetamu yang hadir memuji mempelai.Faris dan Laura,umpama pinang dibelah dua,sama cantik,sama padan.Laura yang dipuji tersipu malu sedang Faris hanya mendengus kasar.Secara terang-terangan dia menunjukkan kebencian terhadap majlis perkahwinannya sendiri.Apa orang nak kata,dia tak kisah.Yang penting hatinya yang sakit ini harus dirawat.
Selesai sahaja majlis yang berlangsung di kediaman Haji Maimun dan Hajah Ixora,Faris cepat-cepat masuk ke dalam bilik.Hatinya sebal melihatkan bilik yang dihias cantik.Andai dia berkahwin dengan wanita yang dicintai,pasti dia akan berasa teruja dengan semua ini.Namun,apalah dayanya,terpaksa mengahwini anak pembantu rumah yang selama ini memang dibencinya.Telefon yang menjerit lantang dalam poket seluar Faris keluarkan dengan kasar.Butang answer ditekan.
"Selamat pengantin baru bro!"ucapan yang keluar dari mulut Iman,rakannya menambahkan suhu panas di hati yang sememangnya sedia panas.
"Kau,kalau tak nak makan penumbuk aku,baik kau tarik balik ucapan tu,"Faris bersuara kasar.Kedengaran ilai tawa dari Iman.
"Rileklah bro.Orang kahwin seronok,kau macam kepala samseng je bila kena kahwin,"Iman masih lagi mahu mengusik Faris.Faris mendengus kasar.
"Kau tahukan aku kena paksa dengan perkahwinan ni.Aku langsung tak ada hati kat perempuan tu,tup-tup papa ibu aku paksa aku kahwin dengan dia.Aku benci,"Faris masih lagi bersuara kasar.Hatinya menggelegak bila mengenangkan perkahwinan yang langsung tidak disukainya.
"Frust menonggenglah si Myn tu,"Iman mengubah topik perbualan.Si Faris ni jangan dibuat main,datang angin tak betulnya,semua orang dibambu.
"Apa kena mengena pulak dengan Myn?Aku bukannya ada apa-apa dengan dia pun,"Faris segera menepis kata-kata Iman.Iman ketawa lepas.
"Satu fakulti dah kenenkan kau dengan Myn sejak sem lepas lagi,kau masih nak nafikan?Come on lah Faris,tak kan dengan aku pun kau nak berahsia kot,"giat Iman,cuba mencungkil isi hati sahabatnya.
"Aku tak ada hatilah dengan Myn.Aku anggap dia seperti kawan je.Tak lebih dari tu,"Faris bersuara tegas.Hakikatnya,memang dia langsung tak ada perasaan pada Izmynda,rakan sekelasnya.
"Dah tu,selama ni,bila pelajar-pelajar gosipkan kau dengan Myn,kau diam je.Macam kau mengiyakan je kau sedang hangat bercinta dengan Myn,"Iman masih lagi tidak puas hati.
Siapa yang tak kenal dengan Mohd Faris bin Maimun?Jejaka yang sukar untuk menebak isi hatinya.Lelaki yang sentiasa beku dengan perempuan walau bukan sedikit perempuan yang cuba mendampinginya.Ah Faris!Memang sukar untuk memahami isi hatinya.
"Aku tak ada hati pun dengan Myn,"Faris jawab sambil lalu.
Matanya terbayang seraut wajah polos milik Izmynda Izryn.Sikap gadis itu yang lemah lembut tapi tegas terbayang di mindanya.Namun sayang,hati lelaki Faris langsung tak terbuka untuk gadis itu.
"Kau biar betul Is.Dah tu,kalau kau tak ada hati dengan dia,kenapa kau diam je bila kau digosipkan dengan dia,"suara Iman terkejut.
"Aku diam sebab aku dah malas nak layan gosip-gosip ni semua.Muak!"
"Lantak kau lah beb.Cuma aku harap yang si Myn tu tak menaruh hati kat kau.Eh,Is,kiranya ada chancelah aku nak masuk line?"
"Kau?Ada hati kat Myn?"soal Faris.Semacam tidak percaya pula.
"Apa hal?Aku tak boleh ke nak taruh hati kat Myn?"Iman menyoal tidak puas hati.
Faris berpaling saat pintu biliknya dikuak dari luar.Wajah Laura terjengul di muka pintu.Semerta,hati Faris yang baru sahaja ingin sejuk,bertukar panas.
"Aku letak dululah.Ada sampah kat dalam bilik aku ni.Jijik je aku tengok,"tanpa menunggu jawapan balas dari Iman,Faris mematikan talian.
"Abang,"Laura memegang tangan Faris.
"Don't touch me!Perempuan macam kau tak layak untuk pegang aku.Jijik!"mata Faris mencerlang ke arah Laura.Tangannya yang dipegang Laura direntap kasar sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.
"Ibu,papa,Faris balik rumah dulu,"Faris memberitahu Haji Maimun dan Hajah Ixora yang sedang menonton tv di ruang tamu.
"Balik sorang je ke?"soal Hajah Ixora mengangkat kening.
"Yalah.Nak balik dengan siapa lagi?"soal Faris tak berperasaan.
"Habis,tu,tak kan tak nak bawak sekali?"Hajah Ixora memuncungkan bibir ke arah Laura yang duduk setentang dengannya.Faris mendengus kasar.
"Dia duduk je lah kat sini.Temankan ibu,"mudah sahaja Faris menjawab.Hajah Ixora menggeleng perlahan.
"Is,Laura isteri Is.Tempat seorang isteri di sisi suaminya.Ibu,papa ada.Papa boleh temankan ibu,"Haji Maimun pula bersuara.
"Ya lah,ya lah!Hei perempuan,pergi kemas barang kau cepat,"arah Faris dengan lantang.
"Mohd Faris!Laura Batrisya.Nama dia Laura Batrisya,bukan perempuan,"Haji Maimun bersuara tegas.Tidak suka dengan cara panggilan anaknya terhadap Laura.Faris senyum mengejek.
"Baiklah Laura,pergi atas kemas baju,cepat,"ucap Faris mengejek.Sengaja perkataan 'cepat' ditekannya.Haji Maimun hanya menggeleng melihat tingkah Faris.
Sungguh Faris,anaknya tunggalnya merupakan anak yang baik,tapi,bila menyentuh bab yang dia tak sukai,Faris akan jadi seorang anak yang keras kepala.Dalam hati Haji Maimun cuak juga.Macam manalah nasib Laura selepas ini bila berada bersama Faris?
Perkahwinan Laura dan Faris memang dia rancangkan.Laura,gadis yang baik.Bersopan santun dan lemah lembut.Rasa sayang bila gadis seperti Laura dilepaskan ke tangan orang lain.Justeru,Haji Maimun tekad.Laura harus dikahwinkan dengan anaknya kerana dia dan Hajah Ixora terlalu menyayangi gadis itu.
"Jemput minum,"pelawa Laura dengan suara yang lembut kepada rakan-rakan Faris.
Selepas meletakkan gelas yang berisi jus oren ke atas meja,Laura ingin berlalu ke dapur,namun,langkah kakinya terbantut bila terasa pergelangan tangannya dipegang seseorang.Segera Laura berpaling ke arah gerangan orang yang memegang tangannya.Pucat muka Laura bila melihat muka Fuad,rakan Faris.
"Is,cantik jugak perempuan ni,"Laura telan liur bila kata-kata Fuad itu menyapa gegendang telinganya.Kedengaran Faris ketawa galak.
"Beb,kau buta ke?Perempuan macam ni kau kata cantik?"Faris memandang jelik ke arah Laura.
Dada Laura berdebar bila terasa tangan Fuad mengelus lembut tangannya.Laura cuba meminta tolong daripada Faris tatkala matanya bertaut dengan jejaka itu,namun Faris hanya senyum sinis.Faris yang nampak kelakuan Fuad terhadap isterinya hanya senyum mengejek tanpa mahu menegur sikap biadab Fuad.
"Weh,mana aci kau rasa sorang,"celah Rizki,salah seorang rakan Faris.
"Hei,aku yang dapat dulu.Kau tengok je lah,"Fuad berkata angkuh.
Menggeletar lutut Laura mendengar kata-kata Fuad.Dadanya hangat membara.Pergelangan tangannya direntap kasar,namun,apalah dayanya sebagai seorang perempuan.Ternyata kekuatan Fuad sepuluh kali ganda berbanding dengan kekuatan wanitanya.
"Hei perempuan.Kau nak lari ke mana hah?Jangan cuba nak melawan,"Faris bersuara lantang.Fuad senyum mengejek.Faris menyebelahinya.
"Is,kalau kau tak nak,bagi kat aku je lah.Rugi kalau dilepaskan ni,"Fuad meminta.
"Kau nak?Ambiklah,"terbeliak mata Laura mendengar kata-kata Faris.
"Hei,habis aku?Aku pun nak jugak,"Rizki pula bersuara.
"Gilir-gilirlah.Jangan berebut.Semua dapat,"air hangat mengalir perlahan menuruni pipi Laura.
Apa yang ada padanya jika kehormatan diri sewenang-sewenangnya diperkotak-katikkan?Lebih menyedihkan lagi,suami sendiri yang menjual harga dirinya.Suami yang sepatutnya melindungi Laura,tapi Faris?
"Faris,tolong saya,"rayu Laura.Terasa tangannya ditarik oleh Fuad.
"Faris tolong,"Laura merayu lagi.Badannya cuba dikeraskan.Air mata tidak henti-henti mengalir di pipinya.Dalam hati,dia tidak putus-putus berdoa agar kehormatan dirinya dipelihara.
Pintu utama tidak semena-mena dikuak.Wajah Iman muncul di balik pintu.
"Guys,sorry,"kata-kata Iman terhenti di situ.
"Apa semua ni?"Iman menyoal lantang.Matanya menyoroti ke arah Fuad yang masih lagi memegang tangan Laura.
"Faris!"Iman bersuara tegas.
"Bro,kau blah dari rumah aku,"Faris menolak bahu Fuad dan Rizki.
"Beb,apa ni,aku tak rasa lagilah,"ujar Fuad.
"Kau orang blah sekarang,"suara Faris meninggi.
Tanpa berlengah,Fuad dan Rizki keluar dari rumah Faris.
"Faris,kalau kau dah tak boleh nak terima Laura dalam hidup kau,kau lepaskanlah dia.Jangan kau letakkan maruah dia di kaki kau,"nasihat Iman.
Faris tunduk memandang lantai.Laura yang duduk di hujung sudut menyeka air mata yang lebat mengalir.
"Aku tak tahu apa yang dah merasuk fikiran kau.Dia isteri kau beb,bukannya pelacur,"tatkala perkataan pelacur menyapa telinganya,Faris panggung kepala.
Usai solat sunat Taubat,Laura masih lagi duduk berteleku di tikar sejadah.Air mata lebat menuruni lekuk pipi.Penyesalan tidak sudah-sudah meragut tangkai hatinya.Gara-gara kejadian itu,dia hampir-hampir membunuh diri.
Fikirnya,buat apa lagi dia hidup di dunia ini sedangkan maruahnya sudah tiada.Begitu senang Faris,suaminya sendiri menjual maruah dirinya.Andai Faris melayannya seperti hamba,dia tidak kisah.Pukullah dia,sakitilah dia,deralah dia.Dia sanggup,dia akan setia di sisi Faris,tapi bila melibatkan soal maruah diri yang diinjak-injak oleh Faris,dia lemah.Dia dah tak mampu untuk bangun,apatah lagi berjalan mengharungi dugaan ini.Dia bukan pelacur!Tapi,sikap Faris yang sanggup menggadai maruahnya menyebabkan dia berasa bahawa dia berada di tahap itu.Tidak sanggup untuk mengharungi semua ini lagi,dia nekad.Nyawanya harus dijadikan galang ganti sedang membunuh diri itu haram.Berdosa besar.Pintu bilik dikuak dari luar.Wajah Qaseh muncul.
"Laura,aku sayangkan kau.Bangkitlah Laura.Bina hidup baru.Lupakan semua ni,"Qaseh sudah duduk di tepi Laura.Bahu Laura dipeluk erat.
"Qaseh,terima kasih.Kalau kau tak ada,aku mungkin dah jadi arwah,"Laura memeluk erat Qaseh.Kalau Qaseh tidak datang ke rumahnya baru-baru ini,mungkin dia sudah tak ada di dunia ini.Qaseh datang tepat pada waktunya.Di saat dia sudah kehilangan pedoman hidup,di saat dia ingin meragut nyawanya sendiri.
"Dah lah.Yang lepas tu biarlah lepas.Yang penting sekarang ni kau bina hidup baru.Terus pandang ke depan,jangan toleh ke belakang lagi,"Qaseh meniupkan kata-kata semangat kepada Laura setelah pelukan dileraikan.
"Mentua kau call tadi.Dia suruh kau sambung belajar.Segala perbelanjaan dia tanggung,"termangu Laura mendengar kata-kata Qaseh.
Wajah Haji Maimun dan Hajah Ixora menyapa mata.Kata-kata penyesalan tidak putus-putus terbit dari mulut mereka.Angkara mereka,semua ni terjadi.Namun,bagi Laura,dia redha,bukan salah mereka dia terima nasib sebegini.Dah takdir hidupnya.
"Kau terimalah cadangan mereka.Mungkin ini akan mengurangkan sedikit rasa bersalah mereka terhadap kau,"nasihat Qaseh.
"Nanti aku fikirkan,"putus Laura.
Beberapa tahun kemudian
"Kau tahu tak,Prof Isma dah pencen.Kita ada lecturer baru hari ni?"soal Mawar,rakan sekelas Laura.
"Who?Kau dah jumpa dia?"Laura pula menyoal.Bukannya teruja sangat,tapi sekadar berbual kosong.
"Tak lagi.Hah tu,dia dah datang,"Mawar memuncungkan mulutnya ke luar kelas.
Dada Laura berdegup kencang bila mata melirik ke arah pensyarah barunya.Terasa air liur yang ditelan tersekat di kerongkong.Faris!
Sejak dari hari itu,Faris sentiasa mengganggu hidupnya.Rimas Laura dibuatnya.Faris umpama bayang-bayang yang sentiasa mengikut langkah kakinya.Hati Laura merintih.Kenapa di saat dia sudah melupakan segala-galanya,Faris muncul kembali dalam hidupnya?
"Laura,"suara Qaseh yang berada di muka pintu bilik Laura kedengaran.Laura yang sedang mentelaah berpaling menghadap Qaseh.
"Faris ada kat luar,"mendengarkan kata-kata Qaseh,Laura buat muka,meminta pertolongan Qaseh.
"Kau pergilah jumpa dia.Aku rasa dia dah benar-benar menyesal dengan apa yang dah dia buat kat kau,"nasihat Qaseh.
"Dulu kau jugak yang suruh aku lupakan dia.Sekarang,aku dah lupakan dia.Aku tak nak jumpa dia,"Laura menyambung membaca buku.
"Itu dulu,sebelum dia berubah.Sekarang dia dah berubah,lagi pun kaukan masih lagi isteri dia,"Laura menghela nafas.Memang salahnya kerana tidak meminta fasakh sejak dulu lagi.
"Laura sihat?"ayat pertama yang terbit dari mulut Faris sejak mereka sampai di taman yang berdekatan dengan rumah sewa Laura.
"Seperti yang awak lihat,"balas Laura,dingin.
"Laura,abang minta maaf.Ini semua salah abang.Abang bodoh dulu.Sanggup lepaskan isteri sebaik Laura.Abang menyesal,"
"Dah siap berkata-kata?Okey,kita jumpa di mahkamah nanti bagi selesaikan kes kita,"Laura berura-ura untuk bangun tapi ditegah Faris.
"Beri abang peluang kedua,"Faris melutut di hadapan Laura.Matanya memandang tepat ke arah anak mata Laura.Laura dapat melihat kejujuran Faris di sebalik anak matanya itu.
"Tolong jangan persiakan peluang kedua yang akan Laura beri pada abang,"Faris senyum tatkala mendengar kata-kata Laura.
Terima kasih sayang.Abang tak akan sia-siakan peluang yang Laura beri kerana abang tak mungkin akan dapat isteri seperti Laura lagi selepas ini.