Khamis, 2 Jun 2016

Istimewa

"Baby,"aku dengar namaku dipanggil.
Berulang kali namaku dipanggil.Aku yang terlantar di atas rumput menjerit sekuat hati.Namun apakan daya,suaraku tidak didengar oleh mereka.Ammy,tolong Baby.Berulang kali aku merayu.Batinku menjerit,bawah ari-ariku terasa sakit.Seluruh badanku terasa sengal.Masih lagi terasa kesan tamparan yang mengenai di pipiku,masih lagi terasa kesan sepakan yang tepat mengenai di perutku.Itu semua gara-gara aku melawan kehendak mereka.

"Baby,mari makan sayang,"ammy memanggilku.Aku yang mendengar seruan ammy buat endah tak endah.Aku lebih ralit dengan permainan yang ada di depanku.
"Baby sayang,"panggil ammy lagi.Aku masih juga tidak mengendahkan panggilan ammy.
Aku lebih selesa bermain dengan patung barbie yang berada di tanganku.Rambut patung itu aku sikat,aku pakaikannya baju.Aku dandan rambutnya.Berulang kali aku melakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu.Panggilan ammy langsung aku tak endahkan sehinggakan ammy terpaksa menghampiri aku.Nasi disuakan ke mulutku,aku makan tanpa menghiraukan ammy dan keadaan di sekeliling.
Begitulah keadaan hidup aku seharian.Kalau ammy tak menyuapku makan,sampai ke sudahlah aku tak makan.Aku umpama anak kecil yang perlu diberi perhatian rapi,sedangkan umurku sudah mencecah ke angka 20 tahun.
Sewaktu aku kecil-kecil dahulu,aku selalu dibawa ke sebuah tempat yang baunya agak tak menyenangkan aku.Aku dibawa berjumpa dengan insan yang berbaju warna putih.Ibu cakap aku berjumpa dengan doktor.Doktor cakap,aku ada sejenis penyakit,iaitu autism.Penyakit yang tak hiraukan keadaan sekeliling.Pesakit lebih selesa bermain sendirian.Pesakit juga tidak bersosial.
Aku disahkan menghidap penyakit itu sejak dari lahir lagi.Gara-gara sayangkan aku,ibu yang berkerja sebagai engineer sanggup berhenti kerja demi menjaga aku sepenuh masa.Doktor cakap penyakit aku boleh diubati,tapi memakan masa yang agak lama.Berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi dalam diri ibu dan baba,penyakit aku hampir pulih,tapi,sewaktu aku berumur 6 tahun,ibu dan baba meninggal dunia kerana kemalangan yang berpunca daripada aku sendiri.

Aku berkalih ke kiri dan kanan.Mataku tak mahu lelap.Bosan berpusing kiri dan kanan,tapi mata tak juga mahu lelap,aku bangun.Langkah kaki menuju ke bilik ibu dan baba.Ketika aku masuk ke dalam bilik mereka,baba dan ibu aku lihat sedang nyenyak tidur.Tidak mahu mengganggu tidur mereka,langkah kaki menuju ke arah ruang tamu.Televisyen aku buka,melihat siaran yang tertera di kaca t.v.
Perut tiba-tiba rasa lapar.Aku menuju ke arah dapur pula.Mata ternampak sebungkus maggi di atas meja.Tekak terasa ingin makan meggi.Aku ingin capai heater,ingin melakukan perkara yang selalu ibu buat setiap pagi.Masukkan air ke dalam heater,letak kat tempatnya dan tekan punat.Dalam masa 5 minit,wap air meruap keluar daripada muncung heater.
Aku cuba capai heater,tapi tak dapat.Tempatnya agak tinggi.Hampa hatiku,kempunan aku nak makan maggi.Mata tiba-tiba tertancap pada dapur gas.Idea menerjah tiba-tiba.Aku mengambil periuk lalu diletakkan di atas dapur gas.Aku memasukkan sebungkus meggi ke dalam periuk tersebut lalu api dapur aku buka.Aku tinggalkan 'masakan' tersebut lalu aku keluar menuju ke ruang tamu semula.Aku menonton televisyen yang tersiar.Beberapa minit kemudian,aku terlena.
Aku membuka mata yang terasa pedih.Bunyi hingar bingar membuatkan aku tersedar.Mataku terbuntang luas melihat api marak dan asap berkepul-kepul ke udara.
"Pak cik,kenapa dengan rumah saya?"aku menyoal salah seorang pak cik yang sedang kalut membantu apa yang patut.
"Rumah kamu terbakar.Kami cuba menyelamatkan ibu bapa kamu,tapi api cepat sahaja marak,"kata-kata pak cik itu membuatkan lidahku kelu.
Gara-gara kejadian itu,aku kehilangan ibu bapaku.Ibu bapa saudaraku menuduh akulah puncanya.Hanya kerana ingin menyelamatkan aku,ibu dan bab terperangkap dalam rumah tersebut.Sekarang,aku berada di rumah ini,di rumah kebajikan kerana ibu bapa saudaraku tidak mahu menjaga aku.Sejak daripada itu,penyakitku kembali semula.Sehinggalah sekarang,beginilah keadaan hidup aku,tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Aku lebih selesa bermain bersendirian.
Seperti biasa,aku bermain bersendirian lagi.Aku berada di belakang rumah.Tempatnya agak terpencil dan berdekatan dengan hutan.Sedang aku ralit mewarna,mukaku tiba-tiba ditekup oleh seseorang dari arah belakang.Aku cuba melawan,namun,apakan daya,tenagaku tidak cukup kuat untuk melawannya.Badanku tiba-tiba diheret menghala ke dalam hutan di belakang rumah.Sampai di tengah-tengah hutan,aku dibaringkan di atas tanah.Aku masih lagi cuba melawan,tapi tamparan dan sepakan yang aku terima.Aku pengsan setelah beberapa sepakan dan tamparan mengenai tubuhku.Aku tak ingat apa yang terjadi selepas itu.
Sedar je dari pengsan,aku terdengar ammy memanggil namaku.Aku cuba menyahut,tapi tenagaku seolah-olah tiada.
"Ya Allah,Baby,siapa yang buat Baby macam ni,"raung ammy.Tubuhku dipeluk erat oleh ibu.
"Sabar kak,kita bawa Baby ke rumah,"pujuk salah seorang pekerja ammy.Badanku ditutup dengan sehelai kain lalu aku dibawa pulang ke rumah.
Sejak kejadian itu,aku dapat rasakan badanku berubah.Setiap pagi aku muntah-muntah,loya dan mual.Ammy membawa aku ke klinik,doktor cakap aku mengandung.Aku lihat ammy mengangis teresak-esak.Aku keliru.Mengandung?Apa tu?Kenapa ammy nangis?
"Siapa yang buat Baby macam ni?Manusia jenis apa dia tu?"ratap ammy.Aku mendiamkan diri.Lebih asyik dengan permainan yang berada di tanganku.
Sejak disahkan aku mengandung,aku selalu dibawa ke klinik.Perutku diperiksa,kadang kala darahku juga diambil.Aku juga perasan,perutku semakin membesar.Aku jadi takut,tapi aku tak mampu nak luahkan pada ammy.Aku hanya ikut rentak ammy.Ammy juga memberi lebih perhatian padaku.
Satu pagi,perutku terasa sakit.Aku perasan ada air yang mengalir keluar dari celah pahaku.Ammy yang perasan akan keadaanku,terus membawa aku ke hospital.Aku dibawa masuk ke dalam satu bilik.Doktor memeriksa keadaan aku.
"Os dah terbuka 8 inci.Nurse,beri perhatian rapi pada patient ni,jangan tinggalkan patient,"aku dengar perempuan berbaju kurung itu berkata-kata.Perempuan yang berbaju putih menganggukkan kepalanya.
Perutku memulas.Aku menangis,aku menjerit.Sakit sangat.Ammy mengusap kepalaku.
"Baby teran Baby,"arah ammy.Suasana bising dengan suara perempuan berbaju putih tadi menyuruh aku teran.
"Adik,angkat kepala,curi nafas sikit,lepas tu teran adik.Kepala baby dah nampak dah ni,"arah perempuan itu.Aku tak faham arahannya,tapi aku meneran juga.
Sehabis daya aku teran.Tiba-tiba aku ternampak wajah ibu dan baba tersemyum manis kepadaku.Aku menangis,aku rindukan ibu dan baba.Aku teran lagi,sehinggalah aku terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluanku.Tidak lama kemudian,aku terdengar suara bayi mengis keras.Aku kelelahan.Wajah ibu dan baba masih lagi aku tersenyum padaku.Mataku tiba-tiba kelam.Aku terdengar ammy membisikkan sesuatu padaku.Ammy menangis teresak.Mataku tertutup rapat.Sunyi,sepi,tubuhku kaku.