Ahad, 26 Mac 2017

Triage

Definisi
Merupakan proses saringan dan pengasingan mangsa mengikut keterukan yg melibatkan ramai mangsa bagi menentukan keutamaan perawatan yg dilakukan di tempat kejadian atau di unit kecemasan.

Klasifikasi warna

Merah
Dikendalikan oleh pasukan trauma
Untuk mangsa yg tenat dan tidak stabil
Rawatab kecemasan dan pemulihan diberi dngan segera sehingga keadaan pesakit stabil sebelum dimasukkan ke wad
Contoh kes:
Cardio-respiratory arrest
Shock
Severe chest pain seperti unstable angina

Kuning
Rawatan diberikan kepada mangsa yang separa kritikal dan stabil hemodinamik

Hijau
Kes2 yg boleh tunggu dan tidak memerlukan rawatan yg segera
Contoh:
Demam atau direa

Hitam/putih
Decapitation
Tiada nadi melebihi 20 minit kecuali cold water drowning atau extreme hypotermia

reflektif praktis

PENGHARGAAN
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan reflective practice ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
            Setinggi-tinggi pernghargaan diucapkan kepada penyelaras saya, Puan Azizah Binti Mahmud dan Puan Hayati Binti Basir, juga pengajar subjek Professional Development (NPDM 3222) Puan Saw Poh Gaik kerana banyak memberi tunjuk ajar, cadangan dan teguran membina dalam menyempurnakan tugasan ini.
                        Terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan, juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
            Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini baik secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Diharapkan, melalui tugasan yang diberikan ini dapat memberi pengajaran, kesedaran dan dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi kualiti penjagaan dan perawatan kepada pesakit pada masa akan datang. 





PENGENALAN
            Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan untuk meningkatkan mutu kerja individu melalui prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang kritis demi memartabatkan profesion kejururawatan . Amalan reflektif merujuk kepada proses dalam menerokai dan menganalisis sesuatu isu sama ada positif atau negatif. Terdapat dua komponen dalam amalan reflektif, iaitu reflection in action dan reflection on action. Di mana, reflection in action bermaksud berfikir tentang apa yang perlu dilaksanakan sewaktu memulakan sesuatu pekerjaan atau perawatan, manakala, reflection on action pula bermaksud mengimbas kembali sesuatu kejadian yang telah berlaku. Amalan reflektif  menunjukkan betapa pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman lepas, dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan pembelajaran teori.
            Amalan reflektif ini diperoleh semasa sesi praktikal di wad di mana ia dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri melalui pengalaman yang diperoleh. Ianya merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran professional dan prestasi pekerjaan pada masa akan datang melalui penilaian kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
           



Kaedah dalam melakukan amalan reflektif ini adalah melalui catatan peristiwa dalam diari. Kejadian yang berlaku dicatat dan direkodkan dengan ringkas. Selain itu, latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga boleh dilakukan. Andaian dikenal pasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang. Isu-isu dari pandangan serta teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik.
            Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif ini. Antaranya, kita dapat membayangkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian seharusnya digunakan oleh jururawat dalam perawatan yang selanjutnya. Amalan reflektif juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja individu mengikut prosedur yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis. Di samping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico legal ke atas jururawat. Sebagai contoh, jururawat melaporkan kejadian abnormal kepada doktor dengan kadar yang segera, memastikan prosedur yang dilakukan ke atas pesakit yang memerlukan consent telah ditandatangani oleh pesakit.
            Amalan reflektif penting sebagai satu kaedah latihan dalam bidang kejururawatan. Ianya amat penting bagi maningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.       


Areas Of Potential Liability In Nursing
            Belakangan ini, sering kali kita mendengar aduan berkaitan dengan kualiti jagaan dan perawatan yang semakin merosot dalam kalangan anggota kesihatan kepada masyarakat. Pelbagai aduan yang didengar di mana aduan tersebut melibatkan kes-kes perbuatan yang salah dari segi undang-undang yang boleh dikenakan tindakan sekiranya disabit kesalahan. Ianya melibatkan kes negligence khususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Contoh insiden yang berlaku seperti medication error kepada pesakit, membuat laporan yang tidak betul semasa menjalankan tugas dan sebagainya.

A.  Negligence
Merupakan perlakuan yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang di bawah standard of care.
Menurut Dewit S.C, (2009), negligence merupakan individu yang gagal melakukan tugasan dengan sempurna, tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) dan membuat keputusan tanpa berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.



B.  Malpractice
Merupakan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang professional semasa melakukan tugasnya apabila tidak mengikut piawaian professional yang telah dipelajari semasa latihan.
Menurut Fergusson R. BA dab Stibbs A. BA. (2008), malpractice merupakan kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan dan perawatan yang diberikan oleh seseorang yang professional kepada kliennya.

C.  Unprofessional Conduct
Merupakan pengurusan yang tidak professional yang boleh menjejaskan kesihatan dan kebajikan orang awam. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada perawatan kejururawatan. Contohnya jururawat gagal mengekalkan teknik aseptik semasa melakukan cucian luka ke atas pesakit.






Laporan reflective practice
DESCRIPTION
           
Kejadian berlaku semasa saya bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun di wad medical 5B lelaki. Ketika itu, saya berada di semester 5. Pada waktu itu saya bekerja pada shift pagi. Masa yang berlaku antara pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Insiden ini melibatkan saya dan pesakit yang saya rawat.
Pada hari tersebut, saya ditugaskan merawat pesakit di kubikel acute. Pesakit di kubikel tersebut seramai 6 orang dan salah seorang daripada pesakit itu perlu diambil tekanan darahnya setiap jam kerana pesakit A di bawah ubatan Noradrenaline yang diberikan melalui intra vena. Pesakit A berumur 35 tahun dan mempunyai berat badan 80 kilogram yang didiagnosis Septic Shock With Secondary Community-acquired Pnemonia (CAP).
Menurut laman web emedicine yang ditulis oleh Stephanie L Bear (25 July 2016) CAP is one of the most common infectious diseases and is an important cause of mortality and morbidity worldwide. Typical bacterial pathogens that couse CAP include Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenzae, and Moraxella catarrhalis.


Tekanan darah pesakit stabil dari jam 7 pagi hingga jam 8 pagi, iaitu pada jam 7 pagi, tekanan darah pesakit A ialah 115/70 mmHg, dan pada pukul 8 pagi, tekanan darahnya ialah 109/65 mmHg. Pada pukul 9 pagi, ketika saya mengambil tekanan darah pesakit A, tekanan darahnya sedikit rendah, iaitu 97/56 mmHg. Saya cartalogi, saya menulis tekanan darahnya 100/60 mmHg di dalam observation chart pesakit.
Ketika saya mengambil tekanan darah pesakit A pada pukul 10 pagi, tekanan darahnya masih lagi rendah, iaitu 90/55 mmHg. Saya hanya menulis bacaan tersebut dalam observation chart, tetapi saya langsung tidak terfikir untuk memberitahu staff nurse incas akan hal ini. Sehinggalah pada pukul 11 pagi, bacaan tekanan darah pesakit A semakin rendah, iaitu 76/47 mmHg. Pada waktu itu saya berasa panik, dan barulah saya terfikir untuk memberitahu staff nurse incas akan hal tersebut.
Staff nurse terus ke katil pesakit untuk melihat keadaan pesakit dan mengambil observation chart untuk melihat bacaan tekanan darah pesakit sebelum ini. Saya berasa sangat bersalah kerana tidak memberitahu staff nurse sejak dari awal lagi akan keadaan pesakit. Staff nurse hanya diam sejenak sebelum menasihati saya agar jangan mengulangi kesilapan ini lagi sebelum beliau bergegas ke kaunter jururawat untuk memberitahu doktor akan hal ini. Doktor segera ke katil pesakit, dan mengambil medication chart untuk melihat senarai ubatan pesakit. Doktor mengarahkan staff nurse untuk menaikkan jumlah ubatan Noradrenaline pesakit dari 0.4 mg kepada 0.8 mg per hour.

Staff nurse menyuruh saya mengambil tekanan darah pesakit dalam masa 15 minit kemudian. 15 minit kemudian, pada pukul 11.35 minit pagi, saya mengambil tekanan darah pesakit, tekanan darahnya meningkat iaitu 90/57 mmHg. Doktor menyuruh saya monitor tekanan darah pesakit setiap jam selepas itu. Pada pukul 12 tengah hari, sekali lagi saya mengambil tekanan darah pesakit, tekanan darahnya ialah 115/67 mmHg. Tekanan darah pesakit semakin normal, pada pukul 1 petang, tekanan darahnya ialah 123/70 mmHg.
                











FEELINGS
          Semasa kejadian itu berlaku, saya berasa sangat panik memandangkan hal ini berkaitan dengan nyawa pesakit yang saya jaga dan rawat. Andai sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada pesakit, saya pasti akan dikenakan tindakan tatatertib. Saya juga berasa takut andai saya akan dimarahi oleh staff nurse atau pun doktor disebabkan sikap sambil lewa saya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Namun, saya bersyukur kerana staff nurse tidak memarahi saya, sebaliknya staff nurse menasihati saya agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi. Doktor juga tidak memarahi saya dia atas kelalaian saya dalam menjalankan tugas.    
Selepas kejadian tersebut, saya berasa sangat bersalah terhadap pesakit kerana saya merasakan saya tak mampu untuk menjaga pesakit dengan sempurna. Saya seolah-olah menjaga pesakit sambil lewa sahaja, umpama melepaskan batok di tangga. Secara tidak langsung, saya telah melakukan kesalahan negligence kerana saya tidak peka terhadap penurunan tekanan darah pesakit. Saya tidak memberitahu staff nurse dengan lebih awal lagi berkaitan dengan tekanan darah pesakit yang semakin menurun.   





          EVALUATION
KESAN POSITIF
            Kesan positif yang saya peroleh akibat daripada kejadian ini ialah, pada masa akan datang, saya akan lebih peka terhadap keadaan pesakit. Setiap keabnormalan yang pesakit alami seperti demam, tekanan darah tinggi atau menurun, dan sebagainya seharusnya diberitahu kepada staff nurse incas dengan kadar yang segera. Hal ini demikian kerana, setiap keabnormalan tersebut pasti disebabkan oleh komplikasi berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh pesakit.
Saya juga bersikap lebih berhati-hati dan tidak melakukan tugas dengan sambil lewa lagi. Saya tidak mahu kelak, disebabkan oleh sikap sambil lewa saya ini, lebih ramai lagi pesakit yang akan jadi mangsa kesalahan saya gara-gara tidak mengendahkan keadaan dan keabnormalan yang dialami oleh pesakit.







KESAN NEGATIF
            Kesan negatif akibat daripada insiden ini ialah, saya berasa tidak yakin dengan diri sendiri untuk merawat dan menjaga pesakit. Saya merasakan bahawa saya seorang jururawat pelatih yang teruk. Disebabkan oleh sikap sambil lewa saya ni, saya hampir-hampir menjadi asbab kepada keterukan penyakit pesakit.
            Staff nurse juga tidak percaya akan saya lagi. Setiap tugasan yang saya lakukan, pasti staff nurse akan periksa kembali. Berkemungkinan staff nurse bimbang seandainya saya melakukan kerja sambil lewa lagi dan tidak memberitahu staff nurse seandainya keadaan pesakit abnormal.
            Bagi pandangan masyarakat pula, mereka pasti mengaggap staff nurse melakukan tugas dalam penjagaan dan perawatan dengan sambil lewa. Hal ini sedikit sebanyak boleh mencemarkan nama baik profesion kejururawatan.
              






                   ANALYSIS
Berdasarkan insiden yang telah berlaku, saya dapat simpulkan bahawa insiden  ini adalah disebabkan oleh kelalaian saya sendiri dalam merawat pesakit. Fitrah manusia, sentiasa melakukan salah dan silap dalam kehidupan mereka. Akan  tetapi, kesalahan tersebut haruslah dijadikan pengajaran atau tauladan agar kesalahan yang sama tidak akan diulangi lagi pada masa akan datang.
Berdasarkan insiden tersebut, saya akan lebih berhati-hati apabila saya mengambil tanda vital pesakit. Segala keabnormalan pesakit saya akan catat dalam observation chart dan akan saya inform kepada  staff nurse incas dalam kadar yang segera. Saya tidak akan berlengah-lengah lagi dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini demikaian kerana, nyawa pesakit lebih penting, dan harapan setiap pesakit yang datang ke hospital adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit, dan bukannya untuk menambahkah sakit pesakit itu lagi.
Saya juga tidak akan bersikap sambil lewa lagi dalam merawat dan menjaga pesakit. Saya akan lebih peka akan keadaan pesakit. Hal ini demikian kerana, setiap pesakit berhak mendapatkan perawatan yang sempurna daripada kakitangan kesihatan. Disebabkan oleh sikap endah tak endah saya ini, pesakit mungkin akan mendapat komplikasi lain seperti stoke atau kerosakan otak. Namun, syukur, saya memaklumkan keadaan pesakit kepada staff nurse dengan lebih awal. Pesakit A tidak mengalami sebarang komplikasi.


Saya juga akan lebih bersikap bertanggungjawab selepas ini. Kerana sikap tidak bertanggungjawab sayalah, saya hampir-hampir memberi kemudaratan kepada pesakit yang saya rawat. Sekiranya saya memberitahu staff nurse akan keadaan tekanan darah pesakit dengan lebih awal, sudah pasti pesakit dapat dirawat dengan lebih cepat.
Setiap kesalahan yang kita lakukan bakal mengundang risiko terhadap pesakit, malah juga kepada diri kita sendiri. Justeru, setiap kesilapan yang kita lakukan haruslah tidak diulangi lagi bagi nmenjamin kesejahteraan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada pesakit. Hal ini demikian kerana, profesion kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mana profesion ini dapat membantu pesakit dalam perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

                       







ACTION PLAN  
             Berdasarkan peristiwa yang berlaku, pelbagai usaha dan tindakan seharusnya dilakukan agar insiden sebegini tidak akan berulang kembali.  Penjagaan dan perawatan seharusnya diberikan yang terbaik untuk pesakit  bagi mencegah sebarang komplikasi yang berlaku kepada pesakit. Di samping itu juga, perawatan yang terbaik haruslah diberikan bagi mempertingkatkan kualiti mutu kerja sebagai jururawat.
            Setiap perawatan dan jagaan jururawat yang dilakukan terhadap pesakit mempunyai risiko dan akibat daripada perlakuan jururawat itu sendiri. Apatah lagi sekiranya jururawat tidak mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan perawatan dan jagaan pesakit. Oleh hal yang demikian, pengetahuan yang tinggi amatlah penting bagi memberi perawatan yang terbaik terhadap pesakit. Sebagai contoh, pengetahuan saya tentang ubatan Noradrenaline agak kurang. Umum mengetahui, salah satu fungsi ubat Noerdrenaline adalah untuk menstabilkan tekanan darah pesakit yang rendah. Hal ini dinyatakan melalui laman web netdoctor (23 April 2014)  Noradrenaline is used to restore blood pressure to normal in emergrncy situation when blood pressure has dropped dangerously low. Disebabkan kurang pengetahuan saya tentang ubatan tersebut, saya tidak ambil kisah akan tekanan darah pesakit yang semakin menurun akibat daripada pemberian ubatan tersebut kepada pesakit.
           


Proses pembelajaran yang berterusan juga amat penting bagi meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit. Melalui proses pembelajaran yang berterusan ini, pengetahuan dan maklumat yang terkini dapat diperoleh seiring dengan kemajuan perubatan dan kejururawatan selain dapat mempraktikkan diri lagi dalam kemahiran kejururawatan. Secara tidak langsung, penjagaan dan perawatan terhadap pesakit dapat dipertingkatkan dan menggalakkan jururawat menjalankan tugas dengan penuh komited dan berakauntabiliti, selari dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia “Kami Sedia Membantu”.
Jururawat pelatih seharusnya mendapat pemantauan dengan lebih ketat daripada semua pihak seperti Pengajar Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih  sepanjang menjalani sesi latihan pratikal di penempatan klinikal. Melalui pemantauan daripada semua pihak dapat memupuk sikap tanggungjawab dalam diri jururawat pelatih. Jururawat pelatih juga akan memupuk sikap berwaspada dan berhati-hati dalam diri mereka setiap kali melakukan sebarang prosedur kerana takut dimarahi oleh staff wad seandainya mereka melakukan kesilapan.





Pihak kolej juga disarankan untuk menambahkan bilangan local preceptor di penempatan klinikal di setiap wad yang tiada pengajar klinikal atau pengajar klinikal ditugaskan menjaga beberapa wad di bawahnya. Local preceptor dapat diperolah melalui pengajar kejururawatan yang menjadi penyelia di hospital tersebut bertanyakan jururawat terlatih dengan izin Ketua Jururawat untuk menjadi local preceptor. Dengan pemantauan seperti ini, setiap prosedur yang dilakukan oleh jururawat pelatih dapat dipantau secara terperinci. Di samping itu, jururawat pelatih juga dapat diberi bimbingan dan tujuk ajar mengikut garis panduan yang betul agar jururawat pelatih dapat mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberi dengan betul.
Semua pihak, sama ada pihak hospital mahu pun pihak kolej sama-sama berganding bahu bagi mengurangkan kesilapan dalam merawat dan menjaga pesakit. Segala usaha dan tindakan yang diambil haruslah dapat memberi penambahbaikan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti dan yang terbaik kepada pesakit.
           
           





RUMUSAN
            Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan dapat saya simpulkan. Amalan reflektif ini amat berguna kepada jururawat pelatih untuk dijadikan pengajaran agar kejadian sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang demi menjamin keselamatan pesakit dan diri sendiri. Saya juga lebih bersikap berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang jururawat pelatih agar penjagaan dan perawatan yang saya berikan kepada pesakit berkualiti dan terbaik. Jururawat pelatih merupakan asset penting bagi menghasilkan jururawat terlatih yang berkualiti. Justeru, jururawat pelatih haruslah diberi perhatian oleh pelbagai pihak untuk memastikan kecemerlangan dari aspek pembelajaran dan praktikal tercapai bagi melahirkan seorang jururawat terlatih yang berkualiti dalam menjalankan perawatan dan penjagaan terhadap pesakit. Oleh hal yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan dapat melahirkan seorang jururawat yang bukan sahaja berkualiti, tetapi disenangi oleh pesakit dek kerana sikap murni yang ada dalam diri jururawat seperti mengambil berat akan kebajikan pesakit





RUJUKAN
.           Dewit S.C. (2009), Fundamental Concept and Skills for Nursing Third Edition. Terbitan Elsevier Inc.
            Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Jumaat, 24 Mac 2017

Diabetic Neuropathy

Definisi
Penyakit yg memberi kesan kpd semua jenis saraf termasuk saraf periferi,autonimic dan saraf spinal.

Etiologi
Vascular insufficiency
Peningkatan glukos yg kronik
Hypertension
Perokok

Komplikasi
Sensory neuropathy mengakibatkan Hilang sensori terhadap kesakitan dan tekanan
Autonomic neuropathy menyebabkan mascular atrophy mengakibatkan perubahan bentuk kaki
Peripheral vascular disease menyebabkan kemerosotan sirkulasi pada anggota bawah yg melambatkan penyembuhan luka.
Immunocompromise- hyperglysemia akan menekan kebolehan leucosite utk membunuh bakteria menyebabkn pertahanan badan berkurangan terhadap jangkitan tertentu

Khamis, 2 Jun 2016

Istimewa

"Baby,"aku dengar namaku dipanggil.
Berulang kali namaku dipanggil.Aku yang terlantar di atas rumput menjerit sekuat hati.Namun apakan daya,suaraku tidak didengar oleh mereka.Ammy,tolong Baby.Berulang kali aku merayu.Batinku menjerit,bawah ari-ariku terasa sakit.Seluruh badanku terasa sengal.Masih lagi terasa kesan tamparan yang mengenai di pipiku,masih lagi terasa kesan sepakan yang tepat mengenai di perutku.Itu semua gara-gara aku melawan kehendak mereka.

"Baby,mari makan sayang,"ammy memanggilku.Aku yang mendengar seruan ammy buat endah tak endah.Aku lebih ralit dengan permainan yang ada di depanku.
"Baby sayang,"panggil ammy lagi.Aku masih juga tidak mengendahkan panggilan ammy.
Aku lebih selesa bermain dengan patung barbie yang berada di tanganku.Rambut patung itu aku sikat,aku pakaikannya baju.Aku dandan rambutnya.Berulang kali aku melakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu.Panggilan ammy langsung aku tak endahkan sehinggakan ammy terpaksa menghampiri aku.Nasi disuakan ke mulutku,aku makan tanpa menghiraukan ammy dan keadaan di sekeliling.
Begitulah keadaan hidup aku seharian.Kalau ammy tak menyuapku makan,sampai ke sudahlah aku tak makan.Aku umpama anak kecil yang perlu diberi perhatian rapi,sedangkan umurku sudah mencecah ke angka 20 tahun.
Sewaktu aku kecil-kecil dahulu,aku selalu dibawa ke sebuah tempat yang baunya agak tak menyenangkan aku.Aku dibawa berjumpa dengan insan yang berbaju warna putih.Ibu cakap aku berjumpa dengan doktor.Doktor cakap,aku ada sejenis penyakit,iaitu autism.Penyakit yang tak hiraukan keadaan sekeliling.Pesakit lebih selesa bermain sendirian.Pesakit juga tidak bersosial.
Aku disahkan menghidap penyakit itu sejak dari lahir lagi.Gara-gara sayangkan aku,ibu yang berkerja sebagai engineer sanggup berhenti kerja demi menjaga aku sepenuh masa.Doktor cakap penyakit aku boleh diubati,tapi memakan masa yang agak lama.Berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi dalam diri ibu dan baba,penyakit aku hampir pulih,tapi,sewaktu aku berumur 6 tahun,ibu dan baba meninggal dunia kerana kemalangan yang berpunca daripada aku sendiri.

Aku berkalih ke kiri dan kanan.Mataku tak mahu lelap.Bosan berpusing kiri dan kanan,tapi mata tak juga mahu lelap,aku bangun.Langkah kaki menuju ke bilik ibu dan baba.Ketika aku masuk ke dalam bilik mereka,baba dan ibu aku lihat sedang nyenyak tidur.Tidak mahu mengganggu tidur mereka,langkah kaki menuju ke arah ruang tamu.Televisyen aku buka,melihat siaran yang tertera di kaca t.v.
Perut tiba-tiba rasa lapar.Aku menuju ke arah dapur pula.Mata ternampak sebungkus maggi di atas meja.Tekak terasa ingin makan meggi.Aku ingin capai heater,ingin melakukan perkara yang selalu ibu buat setiap pagi.Masukkan air ke dalam heater,letak kat tempatnya dan tekan punat.Dalam masa 5 minit,wap air meruap keluar daripada muncung heater.
Aku cuba capai heater,tapi tak dapat.Tempatnya agak tinggi.Hampa hatiku,kempunan aku nak makan maggi.Mata tiba-tiba tertancap pada dapur gas.Idea menerjah tiba-tiba.Aku mengambil periuk lalu diletakkan di atas dapur gas.Aku memasukkan sebungkus meggi ke dalam periuk tersebut lalu api dapur aku buka.Aku tinggalkan 'masakan' tersebut lalu aku keluar menuju ke ruang tamu semula.Aku menonton televisyen yang tersiar.Beberapa minit kemudian,aku terlena.
Aku membuka mata yang terasa pedih.Bunyi hingar bingar membuatkan aku tersedar.Mataku terbuntang luas melihat api marak dan asap berkepul-kepul ke udara.
"Pak cik,kenapa dengan rumah saya?"aku menyoal salah seorang pak cik yang sedang kalut membantu apa yang patut.
"Rumah kamu terbakar.Kami cuba menyelamatkan ibu bapa kamu,tapi api cepat sahaja marak,"kata-kata pak cik itu membuatkan lidahku kelu.
Gara-gara kejadian itu,aku kehilangan ibu bapaku.Ibu bapa saudaraku menuduh akulah puncanya.Hanya kerana ingin menyelamatkan aku,ibu dan bab terperangkap dalam rumah tersebut.Sekarang,aku berada di rumah ini,di rumah kebajikan kerana ibu bapa saudaraku tidak mahu menjaga aku.Sejak daripada itu,penyakitku kembali semula.Sehinggalah sekarang,beginilah keadaan hidup aku,tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Aku lebih selesa bermain bersendirian.
Seperti biasa,aku bermain bersendirian lagi.Aku berada di belakang rumah.Tempatnya agak terpencil dan berdekatan dengan hutan.Sedang aku ralit mewarna,mukaku tiba-tiba ditekup oleh seseorang dari arah belakang.Aku cuba melawan,namun,apakan daya,tenagaku tidak cukup kuat untuk melawannya.Badanku tiba-tiba diheret menghala ke dalam hutan di belakang rumah.Sampai di tengah-tengah hutan,aku dibaringkan di atas tanah.Aku masih lagi cuba melawan,tapi tamparan dan sepakan yang aku terima.Aku pengsan setelah beberapa sepakan dan tamparan mengenai tubuhku.Aku tak ingat apa yang terjadi selepas itu.
Sedar je dari pengsan,aku terdengar ammy memanggil namaku.Aku cuba menyahut,tapi tenagaku seolah-olah tiada.
"Ya Allah,Baby,siapa yang buat Baby macam ni,"raung ammy.Tubuhku dipeluk erat oleh ibu.
"Sabar kak,kita bawa Baby ke rumah,"pujuk salah seorang pekerja ammy.Badanku ditutup dengan sehelai kain lalu aku dibawa pulang ke rumah.
Sejak kejadian itu,aku dapat rasakan badanku berubah.Setiap pagi aku muntah-muntah,loya dan mual.Ammy membawa aku ke klinik,doktor cakap aku mengandung.Aku lihat ammy mengangis teresak-esak.Aku keliru.Mengandung?Apa tu?Kenapa ammy nangis?
"Siapa yang buat Baby macam ni?Manusia jenis apa dia tu?"ratap ammy.Aku mendiamkan diri.Lebih asyik dengan permainan yang berada di tanganku.
Sejak disahkan aku mengandung,aku selalu dibawa ke klinik.Perutku diperiksa,kadang kala darahku juga diambil.Aku juga perasan,perutku semakin membesar.Aku jadi takut,tapi aku tak mampu nak luahkan pada ammy.Aku hanya ikut rentak ammy.Ammy juga memberi lebih perhatian padaku.
Satu pagi,perutku terasa sakit.Aku perasan ada air yang mengalir keluar dari celah pahaku.Ammy yang perasan akan keadaanku,terus membawa aku ke hospital.Aku dibawa masuk ke dalam satu bilik.Doktor memeriksa keadaan aku.
"Os dah terbuka 8 inci.Nurse,beri perhatian rapi pada patient ni,jangan tinggalkan patient,"aku dengar perempuan berbaju kurung itu berkata-kata.Perempuan yang berbaju putih menganggukkan kepalanya.
Perutku memulas.Aku menangis,aku menjerit.Sakit sangat.Ammy mengusap kepalaku.
"Baby teran Baby,"arah ammy.Suasana bising dengan suara perempuan berbaju putih tadi menyuruh aku teran.
"Adik,angkat kepala,curi nafas sikit,lepas tu teran adik.Kepala baby dah nampak dah ni,"arah perempuan itu.Aku tak faham arahannya,tapi aku meneran juga.
Sehabis daya aku teran.Tiba-tiba aku ternampak wajah ibu dan baba tersemyum manis kepadaku.Aku menangis,aku rindukan ibu dan baba.Aku teran lagi,sehinggalah aku terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluanku.Tidak lama kemudian,aku terdengar suara bayi mengis keras.Aku kelelahan.Wajah ibu dan baba masih lagi aku tersenyum padaku.Mataku tiba-tiba kelam.Aku terdengar ammy membisikkan sesuatu padaku.Ammy menangis teresak.Mataku tertutup rapat.Sunyi,sepi,tubuhku kaku.

Selasa, 2 Jun 2015

nota

I love you.
Aku tenung bait ayat yang tertera di atas kertas.Air mata menuruni lekuk pipi.
l miss you.
Bait ayat yang kedua aku baca.Kertas kecil di tangan aku renung kosong.
Be my wife.
Kertas kecil yang ketiga aku baca.Allah,terlalu berat dugaan ini.Di saat aku ingin mengecap bahagia,dugaan melanda.
"Akak,jom turun.Majlis tahlil dah nak mula,"ajak Alisya.
"Sya turun dulu,kejap lagi akak turun,"balasku.Alisya akur.
Awak,damailah di sana.Saya doakan moga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Nota kecil pemberiannya aku simpan dalam kotak.Walau apa pun yang terjadi,hidup mesti diteruskan.
Cintakan bunga akan layu,cinta manusia akan mati,cintakan Allah kekal abadi,itulah cinta yang hakiki.

Rabu, 20 Mei 2015

Qisas

Encik Firdaus tersedar dari lena tatkala kedengaran pintu utama dikuak.Susuk tubuh anaknya yang terhuyung-hayang menyapa mata Encik Firdaus.
"Baru balik Kimi,"sapa Encik Firdaus.
"Papa tak tidur lagi ke?"soal Hakimi.Soalan papaya tidak dibalas.
"Apa nak jadi dengan kau ni Kimi?Masa ni baru balik.Balik pulak dalam keadaan mabuk.Kau sedar tak perkara yang kau buat ni dilaknat Allah?Berubahlah Kimi sementara masih ada masa lagi.Kita tak tahu bila ajal kita akan tiba,"nasihat Encik Firdaus.Hakimi merengus.
"Alah papa ni,rilek la.Kimi muda lagi kot.Enjoy la.Nanti Kimi tua macam papa Kimi berubah la,"balas Hakimi selamba.
"Dah la pa,tak payah nak bersyarah la pagi-pagi buta.Buat semak otak je,"sambung Hakimi lagi.Dalam keadaan terhuyung-hayang,Hakimi masuk ke dalam biliknya meninggalkan Encik Firdaus di ruang tamu.

Kepala Hakimi terangguk-angguk mengikut rentak lagu Bring Me To Life yang dimainkan dalam pub.Air haram yang berada di tangannya diteguk rakus tanpa ada perasaan bersalah dalam hati.Sebelah tangannya lagi memeluk erat pinggang perempuan yang menjadi pasangan tariannya pada malam itu.
"Kimi!,"pekik Bela.Tangan Hakimi yang memeluk erat pinggang perempuan itu direntap kasar oleh Bela.
"Oi,sakitlah,"marah perempuan itu.
"You ni kenapa Bela?"marah Hakimi,berang dengan Bela yang menyerangnya tiba-tiba.
Bela menarik tangan Hakimi supaya mengikutnya.Hakimi terpaksa mengikut Bela bila tangannya ditarik kasar oleh perempuan itu.Bela membawa Hakimi ke belakang kelab malam,tempatnya agak tersorok dan suasana kelam menyapa mereka.
"You ni kenapa?Tarik I bagai orang gila,"berang Hakimi.
"You tu yang gila.You janji nak jumpa I malam ni tapi you berfoya-foya pula dengan perempuan lain,"marah Bela dengan suara nyaring.
"Hei I tak janji apa-apa dengan you ok.Kan I dah kata hubungan kita dah putus.Kita tak akan jumpa lagi,"balas Hakimi angkuh.
"You tak guna Kimi.You ambil segala-galanya dari I,then you tinggalkan I begitu je.Lelaki tak guna you,"Bela memukul dada dan bahu Hakimi bertalu-talu.
"Hei perempuan,you ni memang gila,"marah Hakimi sambil mengelak dari terkena pukulan Bela yang bertalu-talu.
"I mengandungkan anak you tahu tak,"pekik Bela.Hakimi ketawa lepas.
"Setakat perempuan murah macam you ni,tak payah nak ugut I dengan kandungan you tu.You ingat I percaya?Entah berapa ramai lelaki yang meniduri you,tiba-tiba you bagi tahu tu anak I?I tak akan percaya,"tegas Hakimi.Langkah kakinya melangkah meninggalkan Bela.
"Sial you Hakimi.Jantan dayus,jantan tak guna.Elok you mati la daripada hidup kat dunia ni.Tahu memusnahkan perempuan je,"marah Bela.Langkah kaki Hakimi terhenti.
"Apa kau cakap?"soal Hakimi kasar.
"Jantan tak guna.Jantan dayus.Perosak perempuan,"suara Bela melengking.Hakimi yang hilang sabar terus mencekik leher Bela sekuat hatinya.
"Kau tu yang tak guna.Perempuan murah,"marah Hakimi.Tangannya masih lagi mencekik tengkuk Bela.Bela terkapai-kapai,cuba melepaskan diri namun tak berkesan.Tenaga Hakimi terlalu kuat berbanding dengan tenaga perempuannya.Hakimi terus-terusan mencekik Bela.Beberapa minit kemudian,Bela terkulai layu.Hakimi yang seolah-olah tersedar dari amukannya terkejut.
"Bela,Bela,"panggil Hakimi.Pipi Bela ditampar berkali-kali,namun,Bela tidak menyahut.Terkulai layu di pangkuan Hakimi.

Bahu Hakimi ditepuk lembut.Hakimi kalih kepala.Kelihatan Encik Firdaus sedang tersenyum lembut ke arahnya.
"Kimi tak nak balik lagi?"soal Encik Firdaus.
"Papa balik la dulu.Kejap lagi Kimi balik,"balas Hakimi lembut.Encik Firdaus akur.
Hakimi menarik nafas.Mutiara jernih mengalir perlahan dari tubir matanya.Terlalu banyak dosa yang telah dilakukannya.Masih adakah sinar kemaafan buatnnya?Tidak mahu melayan perasaan sedih,Hakimi mencapai al-quran.Lemah nadanya mengalunkan ayat-ayat suci kalam allah.Di rumah allah.Usai mengalunkan ayat-ayat suci al-quran,Hakimi bersiap-bersiap untuk balik ke rumah.
"Kau Hakimikan?"soal lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan Hakimi sambil mencekak kolar baju melayu yang dipakai Hakimi.
"Kau siapa?"soal Hakimi cuak.
"Aku abang Bela.Ni hadiah untuk kau,"sejurus ayat itu dihabiskan,kedengaran bunyi dentuman kuat.
Hakimi rebah tidak semena-mena.Lelaki itu pantas melarikan diri.Hakimi sempat melihat wajah papanya yang cemas berlari ke arahnya dalam samar cahaya sebelum matanya tertutup rapat buat selamanya.
Bila undang-undang dihakimi oleh hati sendiri tanpa mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah,hancurlah dunia ini.
Mata untuk melihat,hati untuk menilai.