Ahad, 26 Mac 2017

reflektif praktis

PENGHARGAAN
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan reflective practice ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
            Setinggi-tinggi pernghargaan diucapkan kepada penyelaras saya, Puan Azizah Binti Mahmud dan Puan Hayati Binti Basir, juga pengajar subjek Professional Development (NPDM 3222) Puan Saw Poh Gaik kerana banyak memberi tunjuk ajar, cadangan dan teguran membina dalam menyempurnakan tugasan ini.
                        Terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan, juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
            Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini baik secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Diharapkan, melalui tugasan yang diberikan ini dapat memberi pengajaran, kesedaran dan dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi kualiti penjagaan dan perawatan kepada pesakit pada masa akan datang. 





PENGENALAN
            Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan untuk meningkatkan mutu kerja individu melalui prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang kritis demi memartabatkan profesion kejururawatan . Amalan reflektif merujuk kepada proses dalam menerokai dan menganalisis sesuatu isu sama ada positif atau negatif. Terdapat dua komponen dalam amalan reflektif, iaitu reflection in action dan reflection on action. Di mana, reflection in action bermaksud berfikir tentang apa yang perlu dilaksanakan sewaktu memulakan sesuatu pekerjaan atau perawatan, manakala, reflection on action pula bermaksud mengimbas kembali sesuatu kejadian yang telah berlaku. Amalan reflektif  menunjukkan betapa pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman lepas, dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan pembelajaran teori.
            Amalan reflektif ini diperoleh semasa sesi praktikal di wad di mana ia dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri melalui pengalaman yang diperoleh. Ianya merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran professional dan prestasi pekerjaan pada masa akan datang melalui penilaian kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
           



Kaedah dalam melakukan amalan reflektif ini adalah melalui catatan peristiwa dalam diari. Kejadian yang berlaku dicatat dan direkodkan dengan ringkas. Selain itu, latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga boleh dilakukan. Andaian dikenal pasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang. Isu-isu dari pandangan serta teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik.
            Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif ini. Antaranya, kita dapat membayangkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian seharusnya digunakan oleh jururawat dalam perawatan yang selanjutnya. Amalan reflektif juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja individu mengikut prosedur yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis. Di samping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico legal ke atas jururawat. Sebagai contoh, jururawat melaporkan kejadian abnormal kepada doktor dengan kadar yang segera, memastikan prosedur yang dilakukan ke atas pesakit yang memerlukan consent telah ditandatangani oleh pesakit.
            Amalan reflektif penting sebagai satu kaedah latihan dalam bidang kejururawatan. Ianya amat penting bagi maningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.       


Areas Of Potential Liability In Nursing
            Belakangan ini, sering kali kita mendengar aduan berkaitan dengan kualiti jagaan dan perawatan yang semakin merosot dalam kalangan anggota kesihatan kepada masyarakat. Pelbagai aduan yang didengar di mana aduan tersebut melibatkan kes-kes perbuatan yang salah dari segi undang-undang yang boleh dikenakan tindakan sekiranya disabit kesalahan. Ianya melibatkan kes negligence khususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Contoh insiden yang berlaku seperti medication error kepada pesakit, membuat laporan yang tidak betul semasa menjalankan tugas dan sebagainya.

A.  Negligence
Merupakan perlakuan yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang di bawah standard of care.
Menurut Dewit S.C, (2009), negligence merupakan individu yang gagal melakukan tugasan dengan sempurna, tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) dan membuat keputusan tanpa berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.



B.  Malpractice
Merupakan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang professional semasa melakukan tugasnya apabila tidak mengikut piawaian professional yang telah dipelajari semasa latihan.
Menurut Fergusson R. BA dab Stibbs A. BA. (2008), malpractice merupakan kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan dan perawatan yang diberikan oleh seseorang yang professional kepada kliennya.

C.  Unprofessional Conduct
Merupakan pengurusan yang tidak professional yang boleh menjejaskan kesihatan dan kebajikan orang awam. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada perawatan kejururawatan. Contohnya jururawat gagal mengekalkan teknik aseptik semasa melakukan cucian luka ke atas pesakit.






Laporan reflective practice
DESCRIPTION
           
Kejadian berlaku semasa saya bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun di wad medical 5B lelaki. Ketika itu, saya berada di semester 5. Pada waktu itu saya bekerja pada shift pagi. Masa yang berlaku antara pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Insiden ini melibatkan saya dan pesakit yang saya rawat.
Pada hari tersebut, saya ditugaskan merawat pesakit di kubikel acute. Pesakit di kubikel tersebut seramai 6 orang dan salah seorang daripada pesakit itu perlu diambil tekanan darahnya setiap jam kerana pesakit A di bawah ubatan Noradrenaline yang diberikan melalui intra vena. Pesakit A berumur 35 tahun dan mempunyai berat badan 80 kilogram yang didiagnosis Septic Shock With Secondary Community-acquired Pnemonia (CAP).
Menurut laman web emedicine yang ditulis oleh Stephanie L Bear (25 July 2016) CAP is one of the most common infectious diseases and is an important cause of mortality and morbidity worldwide. Typical bacterial pathogens that couse CAP include Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenzae, and Moraxella catarrhalis.


Tekanan darah pesakit stabil dari jam 7 pagi hingga jam 8 pagi, iaitu pada jam 7 pagi, tekanan darah pesakit A ialah 115/70 mmHg, dan pada pukul 8 pagi, tekanan darahnya ialah 109/65 mmHg. Pada pukul 9 pagi, ketika saya mengambil tekanan darah pesakit A, tekanan darahnya sedikit rendah, iaitu 97/56 mmHg. Saya cartalogi, saya menulis tekanan darahnya 100/60 mmHg di dalam observation chart pesakit.
Ketika saya mengambil tekanan darah pesakit A pada pukul 10 pagi, tekanan darahnya masih lagi rendah, iaitu 90/55 mmHg. Saya hanya menulis bacaan tersebut dalam observation chart, tetapi saya langsung tidak terfikir untuk memberitahu staff nurse incas akan hal ini. Sehinggalah pada pukul 11 pagi, bacaan tekanan darah pesakit A semakin rendah, iaitu 76/47 mmHg. Pada waktu itu saya berasa panik, dan barulah saya terfikir untuk memberitahu staff nurse incas akan hal tersebut.
Staff nurse terus ke katil pesakit untuk melihat keadaan pesakit dan mengambil observation chart untuk melihat bacaan tekanan darah pesakit sebelum ini. Saya berasa sangat bersalah kerana tidak memberitahu staff nurse sejak dari awal lagi akan keadaan pesakit. Staff nurse hanya diam sejenak sebelum menasihati saya agar jangan mengulangi kesilapan ini lagi sebelum beliau bergegas ke kaunter jururawat untuk memberitahu doktor akan hal ini. Doktor segera ke katil pesakit, dan mengambil medication chart untuk melihat senarai ubatan pesakit. Doktor mengarahkan staff nurse untuk menaikkan jumlah ubatan Noradrenaline pesakit dari 0.4 mg kepada 0.8 mg per hour.

Staff nurse menyuruh saya mengambil tekanan darah pesakit dalam masa 15 minit kemudian. 15 minit kemudian, pada pukul 11.35 minit pagi, saya mengambil tekanan darah pesakit, tekanan darahnya meningkat iaitu 90/57 mmHg. Doktor menyuruh saya monitor tekanan darah pesakit setiap jam selepas itu. Pada pukul 12 tengah hari, sekali lagi saya mengambil tekanan darah pesakit, tekanan darahnya ialah 115/67 mmHg. Tekanan darah pesakit semakin normal, pada pukul 1 petang, tekanan darahnya ialah 123/70 mmHg.
                











FEELINGS
          Semasa kejadian itu berlaku, saya berasa sangat panik memandangkan hal ini berkaitan dengan nyawa pesakit yang saya jaga dan rawat. Andai sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada pesakit, saya pasti akan dikenakan tindakan tatatertib. Saya juga berasa takut andai saya akan dimarahi oleh staff nurse atau pun doktor disebabkan sikap sambil lewa saya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Namun, saya bersyukur kerana staff nurse tidak memarahi saya, sebaliknya staff nurse menasihati saya agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi. Doktor juga tidak memarahi saya dia atas kelalaian saya dalam menjalankan tugas.    
Selepas kejadian tersebut, saya berasa sangat bersalah terhadap pesakit kerana saya merasakan saya tak mampu untuk menjaga pesakit dengan sempurna. Saya seolah-olah menjaga pesakit sambil lewa sahaja, umpama melepaskan batok di tangga. Secara tidak langsung, saya telah melakukan kesalahan negligence kerana saya tidak peka terhadap penurunan tekanan darah pesakit. Saya tidak memberitahu staff nurse dengan lebih awal lagi berkaitan dengan tekanan darah pesakit yang semakin menurun.   





          EVALUATION
KESAN POSITIF
            Kesan positif yang saya peroleh akibat daripada kejadian ini ialah, pada masa akan datang, saya akan lebih peka terhadap keadaan pesakit. Setiap keabnormalan yang pesakit alami seperti demam, tekanan darah tinggi atau menurun, dan sebagainya seharusnya diberitahu kepada staff nurse incas dengan kadar yang segera. Hal ini demikian kerana, setiap keabnormalan tersebut pasti disebabkan oleh komplikasi berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh pesakit.
Saya juga bersikap lebih berhati-hati dan tidak melakukan tugas dengan sambil lewa lagi. Saya tidak mahu kelak, disebabkan oleh sikap sambil lewa saya ini, lebih ramai lagi pesakit yang akan jadi mangsa kesalahan saya gara-gara tidak mengendahkan keadaan dan keabnormalan yang dialami oleh pesakit.







KESAN NEGATIF
            Kesan negatif akibat daripada insiden ini ialah, saya berasa tidak yakin dengan diri sendiri untuk merawat dan menjaga pesakit. Saya merasakan bahawa saya seorang jururawat pelatih yang teruk. Disebabkan oleh sikap sambil lewa saya ni, saya hampir-hampir menjadi asbab kepada keterukan penyakit pesakit.
            Staff nurse juga tidak percaya akan saya lagi. Setiap tugasan yang saya lakukan, pasti staff nurse akan periksa kembali. Berkemungkinan staff nurse bimbang seandainya saya melakukan kerja sambil lewa lagi dan tidak memberitahu staff nurse seandainya keadaan pesakit abnormal.
            Bagi pandangan masyarakat pula, mereka pasti mengaggap staff nurse melakukan tugas dalam penjagaan dan perawatan dengan sambil lewa. Hal ini sedikit sebanyak boleh mencemarkan nama baik profesion kejururawatan.
              






                   ANALYSIS
Berdasarkan insiden yang telah berlaku, saya dapat simpulkan bahawa insiden  ini adalah disebabkan oleh kelalaian saya sendiri dalam merawat pesakit. Fitrah manusia, sentiasa melakukan salah dan silap dalam kehidupan mereka. Akan  tetapi, kesalahan tersebut haruslah dijadikan pengajaran atau tauladan agar kesalahan yang sama tidak akan diulangi lagi pada masa akan datang.
Berdasarkan insiden tersebut, saya akan lebih berhati-hati apabila saya mengambil tanda vital pesakit. Segala keabnormalan pesakit saya akan catat dalam observation chart dan akan saya inform kepada  staff nurse incas dalam kadar yang segera. Saya tidak akan berlengah-lengah lagi dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini demikaian kerana, nyawa pesakit lebih penting, dan harapan setiap pesakit yang datang ke hospital adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit, dan bukannya untuk menambahkah sakit pesakit itu lagi.
Saya juga tidak akan bersikap sambil lewa lagi dalam merawat dan menjaga pesakit. Saya akan lebih peka akan keadaan pesakit. Hal ini demikian kerana, setiap pesakit berhak mendapatkan perawatan yang sempurna daripada kakitangan kesihatan. Disebabkan oleh sikap endah tak endah saya ini, pesakit mungkin akan mendapat komplikasi lain seperti stoke atau kerosakan otak. Namun, syukur, saya memaklumkan keadaan pesakit kepada staff nurse dengan lebih awal. Pesakit A tidak mengalami sebarang komplikasi.


Saya juga akan lebih bersikap bertanggungjawab selepas ini. Kerana sikap tidak bertanggungjawab sayalah, saya hampir-hampir memberi kemudaratan kepada pesakit yang saya rawat. Sekiranya saya memberitahu staff nurse akan keadaan tekanan darah pesakit dengan lebih awal, sudah pasti pesakit dapat dirawat dengan lebih cepat.
Setiap kesalahan yang kita lakukan bakal mengundang risiko terhadap pesakit, malah juga kepada diri kita sendiri. Justeru, setiap kesilapan yang kita lakukan haruslah tidak diulangi lagi bagi nmenjamin kesejahteraan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada pesakit. Hal ini demikian kerana, profesion kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mana profesion ini dapat membantu pesakit dalam perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

                       







ACTION PLAN  
             Berdasarkan peristiwa yang berlaku, pelbagai usaha dan tindakan seharusnya dilakukan agar insiden sebegini tidak akan berulang kembali.  Penjagaan dan perawatan seharusnya diberikan yang terbaik untuk pesakit  bagi mencegah sebarang komplikasi yang berlaku kepada pesakit. Di samping itu juga, perawatan yang terbaik haruslah diberikan bagi mempertingkatkan kualiti mutu kerja sebagai jururawat.
            Setiap perawatan dan jagaan jururawat yang dilakukan terhadap pesakit mempunyai risiko dan akibat daripada perlakuan jururawat itu sendiri. Apatah lagi sekiranya jururawat tidak mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan perawatan dan jagaan pesakit. Oleh hal yang demikian, pengetahuan yang tinggi amatlah penting bagi memberi perawatan yang terbaik terhadap pesakit. Sebagai contoh, pengetahuan saya tentang ubatan Noradrenaline agak kurang. Umum mengetahui, salah satu fungsi ubat Noerdrenaline adalah untuk menstabilkan tekanan darah pesakit yang rendah. Hal ini dinyatakan melalui laman web netdoctor (23 April 2014)  Noradrenaline is used to restore blood pressure to normal in emergrncy situation when blood pressure has dropped dangerously low. Disebabkan kurang pengetahuan saya tentang ubatan tersebut, saya tidak ambil kisah akan tekanan darah pesakit yang semakin menurun akibat daripada pemberian ubatan tersebut kepada pesakit.
           


Proses pembelajaran yang berterusan juga amat penting bagi meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit. Melalui proses pembelajaran yang berterusan ini, pengetahuan dan maklumat yang terkini dapat diperoleh seiring dengan kemajuan perubatan dan kejururawatan selain dapat mempraktikkan diri lagi dalam kemahiran kejururawatan. Secara tidak langsung, penjagaan dan perawatan terhadap pesakit dapat dipertingkatkan dan menggalakkan jururawat menjalankan tugas dengan penuh komited dan berakauntabiliti, selari dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia “Kami Sedia Membantu”.
Jururawat pelatih seharusnya mendapat pemantauan dengan lebih ketat daripada semua pihak seperti Pengajar Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih  sepanjang menjalani sesi latihan pratikal di penempatan klinikal. Melalui pemantauan daripada semua pihak dapat memupuk sikap tanggungjawab dalam diri jururawat pelatih. Jururawat pelatih juga akan memupuk sikap berwaspada dan berhati-hati dalam diri mereka setiap kali melakukan sebarang prosedur kerana takut dimarahi oleh staff wad seandainya mereka melakukan kesilapan.





Pihak kolej juga disarankan untuk menambahkan bilangan local preceptor di penempatan klinikal di setiap wad yang tiada pengajar klinikal atau pengajar klinikal ditugaskan menjaga beberapa wad di bawahnya. Local preceptor dapat diperolah melalui pengajar kejururawatan yang menjadi penyelia di hospital tersebut bertanyakan jururawat terlatih dengan izin Ketua Jururawat untuk menjadi local preceptor. Dengan pemantauan seperti ini, setiap prosedur yang dilakukan oleh jururawat pelatih dapat dipantau secara terperinci. Di samping itu, jururawat pelatih juga dapat diberi bimbingan dan tujuk ajar mengikut garis panduan yang betul agar jururawat pelatih dapat mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberi dengan betul.
Semua pihak, sama ada pihak hospital mahu pun pihak kolej sama-sama berganding bahu bagi mengurangkan kesilapan dalam merawat dan menjaga pesakit. Segala usaha dan tindakan yang diambil haruslah dapat memberi penambahbaikan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti dan yang terbaik kepada pesakit.
           
           





RUMUSAN
            Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan dapat saya simpulkan. Amalan reflektif ini amat berguna kepada jururawat pelatih untuk dijadikan pengajaran agar kejadian sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang demi menjamin keselamatan pesakit dan diri sendiri. Saya juga lebih bersikap berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang jururawat pelatih agar penjagaan dan perawatan yang saya berikan kepada pesakit berkualiti dan terbaik. Jururawat pelatih merupakan asset penting bagi menghasilkan jururawat terlatih yang berkualiti. Justeru, jururawat pelatih haruslah diberi perhatian oleh pelbagai pihak untuk memastikan kecemerlangan dari aspek pembelajaran dan praktikal tercapai bagi melahirkan seorang jururawat terlatih yang berkualiti dalam menjalankan perawatan dan penjagaan terhadap pesakit. Oleh hal yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan dapat melahirkan seorang jururawat yang bukan sahaja berkualiti, tetapi disenangi oleh pesakit dek kerana sikap murni yang ada dalam diri jururawat seperti mengambil berat akan kebajikan pesakit





RUJUKAN
.           Dewit S.C. (2009), Fundamental Concept and Skills for Nursing Third Edition. Terbitan Elsevier Inc.
            Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan