Jumaat, 6 September 2013

Rindu

Rindu ini membunuhku,
Rindu ini melalaikanku,
Rindu ini membuatku gelisah,
Rindu ini merugikanku,
Rindu ini merobek ketenanganku,
Rindu ini melemahkanku,
Rindu ini menggugah hatiku,
Rindu ini melemaskanku,
Rindu ini menewaskanku,
Rindu ini membuatku tak berdaya,
Rindu ini menyedihkanku,
Semuanya kerana RINDU.
Ah!Patutkah aku merindui seseorang sebegini dalam sedangkan rinduku pada ALLAH hanya sekelumit cuma?
Ya ALLAH!
Aku berdosa.
Aku bersalah.
Tak patut untuk aku merindui insan yang bernama manusia sebegini hebat berbanding denganMU...
Maafkan aku ya ALLAH.
Ampunkan aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan