Khamis, 14 November 2013

Akanku tunggu

Aku penanti yang setia,
Setia menantimu walau engkau berbahagia bersama dia,
Aku penunggu yang setia,
Setia menunggumu walau sampai kapan pun,
Kasih,
Peritnya mencintaimu dalam diam,
Sakitnya merinduimu yang kejauhan,
Cinta,
Walau di mana jua kau berada,
Doaku sentiasa mengiringimu,
Ya ALLAH,
Perasaan ini lahir dengan izinMU,
Fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai,
Jadikan perasaan cinta,kasih,sayang ini,
Hanya keranaMU.
Sayang,
Akanku tunggumu sehingga engkau sedar bahawa akulah pencintamu yang setia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan