Sabtu, 18 Oktober 2014
Isnin, 29 September 2014
Sabtu, 27 September 2014
Selasa, 23 September 2014
Ahad, 21 September 2014
Khamis, 18 September 2014
Sabtu, 6 September 2014
Jumaat, 8 Ogos 2014
Cinta Si Penjual Burger
Ina menahan kuap.Matanya ditalakan ke arah jalan yang sentiasa dipenuhi dengan kereta.Wajah Faizatul dikerling seketika.Adiknya sedang asyik dengan telefon di tangan.Tangannya menutup mulut.Argh!Mengantuknya.Ina yang sedang duduk bingkas bangun.Kakinya melangkah ke arah gerai burger yang berada berhampiran tempat duduknya.
"Awak,burger ayam satu,"pesan Ina.Si penjual burger,Azril mengangguk.
"Ina,"seru Faizatul yang masih lagi duduk di tempatnya berdekatan dengan gerai burger.Ina angkat kening tanda menyoal.
"Ni,"Faizatul memberikan telefon bimbitnya kepada Ina.Ina menuju ke arah Faizatul.Telefon yang diberikan disambut Ina.Matanya membaca aksara yang tertulis di skrin telefon Faizatul.Laman sesawang Penulisan2u terpampang di matanya.
"So?"soal Ina pura-pura tidak tahu.
"Kau hantarlah manuskrip kau,"saran Faizatul.Ina mencebik.
"Tak naklah aku,"tolak Ina.
"Come on la Na.Tak kanlah disebabkan kejadian dulu kau nak padamkan bakat penulisan kau,"pujuk Faizatul.Ina diam,malas rasanya mahu menjawab kata-kata Faizatul.
"Weh,kau hantar cerpen dulu kat laman sesawang Karya4us,bukan Penulisan2u,"Faizatul tidak mahu mengalah.
"Sama je kan?"soal Ina malas.
"Lain,"balas Faizatul keras.
"Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,"sambung Faizatul lagi.
"Kau tak tahu macam mana perasaan aku bila cerpen yang kita hantar,yang kita tulis,hak milik kita,tapi diciplak orang.Senang-senang je pihak lain dapat nama,"luah Ina.
"Itu lain,ini lain,"bela Faizatul.Ina buat muka menyampah.Burger yang dihulur Azril dicapainya.Setelah membayar,Ina kembali ke tempat duduknya tadi.Azril yang sedari tadi memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua duduk di belakang Ina.Masih lagi mahu mendengar perbualan yang menarik hatinya.
"Kau hantarlah beb.Mana tahu manuskrip kau dibukukan menjadi novel,"pujuk Faizatul lagi tidak mahu mengalah.
"Aku tak nak.Aku dah fed up.Bukan satu,tapi tiga buah cerpen yang aku hantar kat Karya4us,apa yang diaorang buat kat cerpen aku?Diaorang tukar nama pena aku,dia hakmilikkan pada orang lain.Nama pena aku Nuriarina tapi Zarina91 pula yang dapat nama.Aku dah fed up dengan semua ni,"bentak Ina.Faizatul diam.Marah Ina masih lagi bersisa rupanya sedangkan perkara ni dah setahun berlalu.Ina tahan sebak.Teringat cerpen Lara Rindu Laura,Kasih Kekasih dan Kalau Dah Jodoh yang dihantarnya kepada Karya4us,tapi dengan sewenang-wenangnya mereka memberikan karyanya kepada Zarina91,penulis yang meningkat naik dan hasil karyanya mendapat sambutan ramai.
"Itu Karya4us,syarikat penulisan yang menipu.Yang suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.Yang suka menciplak hasil karya orang lain,tapi menghakmilikkan kepada penulis mereka yang femes.Tapi ni Penulisan2u,syarikat penulisan yang popular.Yang banyak menghasilkan karya-karya hebat.Yang banyak melahirkan penulis-penulis yang berbakat.Paling penting,yang boleh dipercayai 100%,"Faizatul masih tidak berganjak dengan hujahnya.Masih mahu memenangkan diri.
"Argh!Aku tak nak.Kau tak payah nak pujuk rayu aku.Tak terkesan!"Ina masih juga tetap dengan keputusannya.
"Bas kau dah sampai,"beritahu Ina.
"Aku pergi dulu.Jaga mak,"Faizatul menyalami tangan kakaknya sebelum menghilang masuk ke dalam bas.Ina pula melangkah ke tempat parking keretanya.
Azril yang mendengar perbualan dua beradik itu hela nafas.Matanya tertancap pada satu objek segi empat di atas rumput yang berdekatan dengan tempat dua beradik itu duduk.Azril bingkas bangun lalu mengambil objek itu yang tak berapa jauh dari tempatnya duduk.Pendrive.Azril berpaling melihat ke arah Ina yang sedang melenggang ke arah keretanya.Sempat lagi kalau dia ingin mengembalikan pendrive ini kepada tuannya,tapi kakinya kaku tidak berganjak.Tangannya pula lebih cepat memasukkan pendrive itu ke dalam kocek seluar.
Faizatul yang melihat perlakuan Azril kerut dahi.Apa hal pulak mamat ni simpan pendrive Ina sedangkan dia ada masa untuk mengembalikan kepada tuannya semula?Bas bergerak bersama persoalan yang bergayut di minda Faizatul.
"Kalau suka,kata suka.Janganlah dok main simpan barang hak milik orang lain.Berdosa kau tahu,"Ikmal,rakan Azril memulakan kata.Azril berpaling mencari wajah rakannya.Aduss,kantoi sudah!
"Tak boleh ke kalau aku nak menghakmilikkan barang orang lain?"soal Azril sambil angkat kening.
"Kepunyaan orang tu,"
"Karya4us boleh apa menghakmilikkan cerpen orang lain,takkan aku tak boleh?"
"Gila kau,"Ikmal bangun,mengambil pesanan burger.
"Nanti aku bagi baliklah pada dia."
"Aku tengok mata kau tu hari-hari melilau sana sini.Kau harap kau akan ketemu Ina eh?"tebak Ikmal.
"Mana ada.Kitakan kerja sini,"acuh tak acuh saja jawapan Azril.Ikmal kerut dahi.
"Beb,aku cakap pasal mata kau.Yang kau tiba-tiba kaitkan pasal kerja ni apa kes?,"mendengarkan kata-kata Ikmal,Azril sengih lebar.Silap cakap ek?
"Tu,adik ipar kau dah turun dari bas.Kejap lagi sampailah pujaan hati kau.Bolehlah kau lepaskan rindu dendam kau kat dia,"Ikmal memuncungkan bibir ke seberang jalan.Kelihatan Faizatul turun dari bas membimbit sebuah beg.Setelah bas pergi,Faizatul melintas jalan menuju ke arah Azril.
"Kau yang ambik pendrive kakak aku minggu lepaskan?"tanpa salam,Faizatul terus menyerang Azril.Terkebil-kebil mata Azril.Ikmal yang mendengar soalan Faizatul terus duduk di bangku yang sedikit jauh daripada perbualan dua manusia itu.Sendiri cari penyakit,sendiri tanggunglah.Azril telan liur.Aiseh man,sekali tertangkap da...
"Kau nak buat apa dengan pendrive tu?Bak sini,"Faizatul dah menadah tangan.
"Helo,saya lebih tua dari awak ok.You should call me abang.Tak pun bersaya berawak.Sopanlah sikit,"Azril cuba menukar channel.Faizatul mencebik.
"Hello,kakak aku pun aku panggil nama je,ni kau?Aku nak panggil abang?Kirim salam boleh jalan.Tak ada maknanya,"balas Faizatul kasar.Azril geleng kepala.Budak-budak.
"Mana pendrive kakak aku?"Faizatul kembali ke topik asal.
"Azril letak dalam frame.Tak dapat tengok tuannya,tengok pendrive pun jadilah.Pengubat rindulah katakan,"selamba sahaja Ikmal menyampuk.Mata Faizatul terkebil-kebil.Mulutnya terbuka.
"Kau suka kat kakak aku?Haha,"Faizatul gelak kuat.Azril menjengilkan mata ke arah Ikmal.Ikmal selamba sardin.Faizatul masih lagi gelak.Gelak yang menyakitkan hati Azril.
"Salah ke kalau abang ada hati kat kakak awak?"soal Azril lirih.Ambil simpati bakal adik ipar.Kononnyalah!Gelak Faizatul mati.Wajah Azril dipandangnya.Dalam hati cuak juga.Boleh percaya ke mamat ni?Zaman sekarang kenyataannya lebih ramai orang yang menipu daripada yang bercakap benar.Faizatul tenung mata Azril.Terpancar sinar keikhlasan pada mata itu.Ah,ya sangatlah tu.
"Kalau dah suka,masuk meminanglah,"cadang Faizatul.Kali ni mulut Azril pula yang terbuka.Straight fowardnya minah ni bercakap.Dahlah aci main redah je.
"Nantilah.Duit simpanan tak cukup lagi nak buat kenduri,"selamba sardin je Ikmal menjawab bagi pihak Azril.
"Jangan tunggu lama-lama beb.Nanti dikebas orang,kau yang gigit jari,"Faizatul menakut-nakutkan Azril.
"Kalau dah jodoh abang dengan dia tak lari ke manalah dik,"balas Azril tenang.Faizatul mencebik.
"Mak kau tak penah pun kawin dengan abah aku ok.Aku bukan adik kau,"Azril senyum tipis.
"Tak lama lagi dia akan jadi abang ipar awak.Dia praktislah tu,"Ikmal tak habis-habis mencelah.
"Aku doakanlah moga angan-angan kau tu jadi kenyataan.Oklah,kakak aku dah sampai,lusa malam aku nak pendrive kakak aku tu.Kalau tak,aku burukkan nama kau depan kakak aku.Biar kakak aku benci kat kau?"Faizatul angkat kening.Riak muka jahat habis.
"Ni sebagai hadiah aku sebab tutup mulut,"Faizatul mengambil beg plastik yang berisi burger di atas meja lalu berlalu pergi ke arah kereta kakaknya.
"Hei,burger speacial tu.Aku nak bagi kat awek aku,"laung Ikmal lalu mendekati Azril.
"Kau buat yang lainlah,"Faizatul juga melaung sambil kaki melangkah ke arah kereta.
"Kau cari kakak aku ke?Sorry beb,aku datang dengan teksi hari ni.Kakak aku ada kerja,"beritahu Faizatul.Riak kehampaan jelas terlakar pada wajah Azril.
"Alololo,sedihnya muka.Kesian dia,"Faizatul buat muka jelik.Azril tidak menghiraukan kata-kata Faizatul.
"So,mana pendrive kakak aku?"soal Faizatul sambil menadah tangan.
"Pendrive,pendrive.Kakak awak tak minta apa-apa pun,awak yang terlebih,"omel Azril.
"Oi mangkuk ayun!Mangkuk tingkat.Mangkuk segala mangkuk!Kakak aku tak lebih-lebih sebab dia tak tau yang pendrive dia hilang.Pendrive tu aku yang bagi kat dia,pendrive kesayangan tu,"Faizatul membulatkan matanya.
"Sentimental value la ni,"
"Argh!Tak kira!Mana pendrive tu?"
"Ada kat rumah abang.Abang pinjam ya.Abang nak realisasikan impian kakak awak,"
"Awak,awak.Macam burung wak wak la pulak!Panggil aku Zatul.Naik loya tekak aku dengar.Realisasikan impian apa pulak ni?"
"Sorry Zatul.Abang terbukak pendrive kakak awak.Dalam tu abang ada baca manuskrip yang kakak awak tulis.Abang ingat nak hantar manuskrip tu kat syarikat penulisan,"terang Azril.Membulat mata Faizatul.
"Woi,woi.Ni dah melanggar etika adat istiadat ahli keluarga Faizatul ni.Macam mana aku nak percaya kat kau?Kau sapa?"
"Abang oranglah,si penjual burger kat sini.Jangan risau,you can trust me,"
"Macam mana aku nak percaya kat...."
"Zatul bas Zatul dah sampai,"belum pun sempat Faizatul menghabiskan kata-katanya,Azril sudah dulu memotong.Faizatul menoleh ke belakang.Basnya sudah sampai.Telefon di dalam kocek seluar Faizatul keluarkan.Gambar Azril ditangkapnya.
"Kalau kau lari,aku repot polis,"ugut Faizatul berkira-kira untuk menuju ke arah bas.
"Zatul,abang nak nombor fon Zatul,"
"0123456789"beri Zatul lalu masuk ke dalam perut bas setelah tiketnya dilihat.
Azril memandang kelibat Zatul sehingga hilang dalam perut bas.Kepala digeleng beberapa kali.Karton betul kepala otak budak sorang ni.Ada ke pasal pendrive pun nak direpot ke balai polis?Macamlah polis tu tak ada kerja nak dibuatnya.
Azril merenung bait-bait ayat yang terpampang di skrin laptopnya.Hatinya berbolak balik.Batul ke apa yang ingin dia lakukan ni?Azril tarik nafas,cuba menjana kekuatan dalam diri.Tetikus ditekannya berulang kali.
Sertakan nama penuh,nama pena,e-mel dan nombor telefon.Ayat itu Azril baca berulang kali.Nama penuh?Nama pena?Alamat e-mel?Nombor telefon?Manalah dia tahu.Adussss.Telefon di atas meja dicapai.Nombor Faizatul ditekan.Tidak sampai seminit,talian dijawab.
"Assalamualaikum,"ucap Faizatul.
"Waalaikumusalam.Zatul,abang ni,"perkenal Azril.
"Hah?Abang?Bila masa pulak mak aku kawin lain?Salah nombor ni,"Faizatul blur.Azril kerut dahi.Minah ni,straight jugak!
"Abanglah.Si penjual burger,"
"Oh.....Abang burger.Ada apa kau tepon aku ni?Kau nak hantar pendrive kakak aku tu ke?"soal Faizatul teruja.
"Tak,abang nak Zatul tolong abang,"Azril straight foward.Tak nak konar baring.Rugi kedit tepon je.
"Tolong apa?"
"Tolong bagi tahu abang nama penuh kakak,nama pena,nombor telefon dan alamat e-mel kakak,"
"Kau nak buat apa?Nak masuk meminang kakak aku ke?"mendengarkan soalan Faizatul,Azril ketawa lantang.Karton betul minah ni.
"Kalau nak masuk meminang,baik abang pergi rumah Zatul terus.Tak pun tanya alamat rumah Zatul,bukannya mintak benda-benda alah macam ni,"
"Mana tahu kot-kot nak testing depan cermin.Tu yang mintak nama penuh Ina agar tak tersasul depan tok kadi nanti,"balas Faizatul selamba.Pulak!Macam-macamlah budak sorang ni.
"Abang nak hantar manuskrip kakak Zatul kat Penulisan2u,"Azril berterus terang.
"Hah?Biar benar?Nanti kalau Ina marah,dihambatnya aku dengan batang penyapu,kau nak tolong?"
"Abang tolong tengok je la ek,"
"Ek eleh.Kerek jugak mamat ni.Tak da tak da.Permohonan anda tidak berjaya,maaf,sila cuba lain kali,"
"Zatul please.Zatul nak tengok bakat Ina terpendam begitu saja ke?"
"Ina dah fed up.Sejak cerpen dia diciplak hari tu,sampai sekarang dia dah tak percaya kat mana-mana syarikat penulisan lagi dah,"
Mana tak hangin beb,bersusah payah Ina mengerah idea,alih-alih orang lain yang dapat nama.Wal hal masa nak hantar karya tu,Ina siap tulis lagi nama penuh,nama pena,nombor telefon dan alamat e-mel.Alih-alih,orang lain yang dapat nama.Berat nanang!
"Itu syarikat lain.Ni syarikat lain.Ni Penulisan2u,kepecayaannya dijamin 101%.Tak adanya syarikat ni nak ciplak karya orang lain menjadi hak milik penulis kesayangannya,"Azril menyakinkan Faizatul.
"Zatul tak nak tengok Ina berjaya dalam bidang penulisan ke?"Azril tidak mahu mangalah.
"Zatul nak.Tapi,argh!Ok,aku bagi maklumat yang kau nak,tapi,kalau apa-apa terjadi kelak,kau yang bertanggungjawab.Jangan nak libatkan aku,"
"Ok,"
"Nama penuh Ina Wan Nur Salfarina bt Wan Mohd Saidi.Nama pena Nuriarina.Erm,lagi apa yang kau nak tahu?"
"Alamat e-mel dan nombor telefon,"pantas Azril menjawab.
"E-mel,Nuriarina93@gmail.com.Nombor telefon 0145678910,"
"Ok,thanks dik,"ucap Azril.
"Weh,aku tak jadi adik kaulah,"canggah Faizatul.
"Coming soon,insya ALLAH,minggu depan abang hantar rombongan meminang kakak adik,"Azril berterus-terang.
"What?!"tempik Faizatul.Azril menjauhkan telefon bimbit dari telinga.Boleh pekak dek tempikan Faizatul.
"Yes my dear sister.Doa-doakanlah moga kakak Zatul tak reject pinangan abang,"kedengaran ilai tawa di talian sana.
"Apa-apalah si penjual burger.By the way,kau tahu tak rumah aku kat mana?"
"Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan adikku,"
"Ye lah.Oklah,aku chow dulu.Apa-apa hal,telefon aku ek.Kalau kakak aku reject kau,telefon aku ek?Nanti aku gelakkan kau kuat-kuat,bubai,"talian dimatikan tanpa sempat Azril membalas kata.Kurang asam jawa cap Adabi punya bakal adik ipar!
Telefon Azril letak tepi.Projek yang tergendala seketika tadi diteruskan.Untuk permulaan,Azril menggunakan alamat e-melnya menghantar manuskrip Ina.Dalam hati tak putus-putus berdoa agar manuskrip Ina diterima lalu dibukukan menjadi sebuah novel.Insya ALLAH.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh abang iparku.Kih kih kih,"Azril yang mendengar suara di talian sana geleng kepala.Biul punya budak sekor ni.
"Tak payah Zatul nak perli-perli abang,"
"Weh,kalau ya pun,jawablah salam aku dulu,"salam Faizatul Azril jawab seadanya.
"Pihak Penulisan2u hantar e-mel kat abang tadi.Mereka suruh buat surat penyerahan manuskrip,"beritahu Azril.
"Ya?Jadi manuskrip Ina akan diterbitkan jadi novellah?"soal Faizatul teruja.
"Insya ALLAH,tapi jangan excited sangat.Pihak Penulisan2u baru nak nilai manuskrip Ina.Kalau berkenan di hati mereka,insya ALLAH akan dibukukan menjadi novel.Doa-doakanlah."
"Insya ALLAH,"masing-masing diam seketika.Mencari ayat yang sesuai untuk disusun.
"Beb,"seru Faizatul tiba-tiba.
"Yup?"sahut Azril.
"I wish you good luck.Insya ALLAH,kalau ada jodoh kau dengan Ina,adalah,"ucap Faizatul tulus.
"Thanks dik,"
"B,"seru Ina lembut.Azril angkat kening.
"Ada apa sayang?"
"Macam mana B boleh terlibat dalam novel ni?Yeah,You know what I mean,"novel Kerana Kau Isteriku ditunjukkan ke arah Azril.
"Sebab,"Azril bangun lalu menuju ke laci meja.Beberapa detik kemudian dia kembali semula ke arah Ina.
"Ni,"pendrive yang berada di tangannya ditunjukkan kepada Ina.Terbuntang mata Ina melihat pendrivenya yang berada di atas tapak tangan Azril.
"B,you?"kata-kata Ina mati di situ.Argh,argh dan argh lagi.Pendrive tu ada di tangan Azril?Maknanya?
"B yang hantar manuskrip Ina,dibantu oleh Faizatul,"jelas Azril.
"B hanya baca manuskrip tu je kan?"soal Ina lambat-lambat.Senyuman Azril menghangatkan wajahnya.Katakanlah ini semua tipu belaka.
"I did not mean.B terbaca,"Ina pekup muka.Malu tahap losyen mustajab D'hearbs paling panas ni!
"Malu?"soal Azril bodoh.Tangan Ina yang memekup muka digenggamnya.
"Lagi mahu tanya,"Ina membulatkan matanya.Azril ketawa riang.
"Dari situlah B ada kekuatan untuk pinang Ina,"Ina mencebik.Dah semuanya terbongkar,memang ada kekuatanlah.Tangannya mengambil pendrive dalam genggaman tangan Azril.Pendrive yang mengandungi luahan hatinya terhadap Azril.Memang dah lama Ina memendam rasa pada Azril,tapi malu untuk meluahkan.Tak sangka pula cintanya dibalas.
"Ok,lets forget about it.Kenapa Ina tak fight cerpen-cerpen Ina yang diciplak dulu?"soal Azril serius.
"Ina tak ada bukti yang kukuh.Kalau Ina fight pun,Ina pasti akan kalah,"
"Penghantaran?"
"Ina hantar melalui laman blog penulisan tu.Kalau hantar melalui e-mel,Ina ada bukti.Tapi Ina hantar melalui laman blog.Memang langsung tak ada bukti,"
"Tak apalah sayang.Yang penting sekarang ni Ina dah dapat lebih daripada yang Ina hilang,"
Ina angguk tanda mengiyakan.Apa lagi yang dia inginkan?Dia dah dapat Azril,lelaki yang dicintainya dalam diam.Novelnya juga laris di pasaran dan kini novelnya bakal diadaptasi ke layar perak.Karya4us?Syarikat tu dah bankrap.Ah,hukum karma.
Rabu, 28 Mei 2014
Kaki terkadang tempang untuk melangkah menongkah arus kehidupan yang penuh dengan onak dam cabaran
Minda terkadang lelah untuk berfikir mencerna erti kehidupan yang sebenar
Akal terkadang mati bila perasaan menguasai fikiran
Hati terkadang tak mampu menilai yang hak dan yang batil yang benar dan yang salah
Bila amukan perasaan menguasai diri
Tanpa iman yang kukuh dalam hati
Tanpa keyakinan yang jitu kepada ALLAH
Hanya godaan syaitan yang memandu jalan arah tuju hidup
Kuatkan diri tabahkan hati yakin dengan kekuasaan dan rahmat ALLAH
Insya ALLAH kita akan bahagia walau dilanda dengan berbagai masalah....
Selasa, 1 April 2014
KASIH KEKASIH
Aku menghempaskan tubuh ke atas katil dengan kasar.Nasib baiklah tilam katil ni tebal,kalau tak mahunya patah riuk katilku.Adoiyai.Nafasku hela perlahan.Kata-kata walid terngiang-ngiang di telingaku.
"Pilih antara dua,ikut walid pindah Pahang atau kawin dengan Rayyan,"
Aku pekup telinga.Mengharapkan kata-kata tegas walid itu tidak lagi menghantui aku.Selepas itu,aku ambil bantal pula lalu aku pekupkan ke mukaku.Aku menjerit sekuat hati,meluahkan rasa yang terpendam dalam sanubariku.Syarat yang walid letakkan membuatkan aku dalam dilema.
Aku mencapai telefon bimbit yang menjerit lantang.Dalam hati merungut-rungut,siapalah yang senang hati menelefon aku yang dalam kegalauan dan keresahan ini?Telefon aku jawab tanpa melihat sang pemanggil.
"Assalamualaikum,"kedengaran talian sana memberi salam.Hati yang panas semakin sejuk.Minah ni rupanya.
"Ada hal apakah tuan hamba menelefon beta permaisuri ini?"soalku.
"Kalau ya pun,jawablah salam aku dulu.Tak payahlah nak balik zaman dahulu kala.Tergeliat lidah aku nak nyebutnya",bidas Norma.Salamnya aku jawab.
"Pasar malam jom,"ajak Norma.
"Where?"
"Bachok,"
Aku berfikir sejenak.Walid kerja shif petang hari ni.Malam baru balik.Umi pula dah ke masjid belajar mengaji.Mungkin lepas Isyak malam ni baru balik.
"Ok,on,"
Talian aku matikan.Aku turun dari katil,untuk bersiap-siap.
"Dah tu,apa keputusan kau?"soal Norma.Aku manggeleng.Buntu kepala aku untuk buat keputusan.
"Susah-susah sangat,kau kawin je la dengan Abang Rayyan.Habis cerita,"cadang Anis.
"Argh!Aku tak tahu.Walid ni pun satu.Apa salahnya kalau aku tinggal dengan kakak aku,tak pun dengan abang aku.Tak adalah aku buntu macam ni,"aku yang sedang duduk di atas batu bangun.
"Kau gila nak tinggal dengan abang kau?Agak-agaklah beb.Abang kau tu dok rumah sewa,dan semua rakan rumah sewanya lelaki,"tempelak Anis.
Termangu aku seketika.Memang betul kata-kata Anis.Walid pun berkata macam tu juga.Bila diajukan untuk tinggal bersama kakakku,alasan walid pula kakak dah kahwin.Dah ada kehidupan sendiri,tak payahlah membebankan hidup kakak dengan kehadiranku.Adoiyai.
"Kau kawin je la dengan Abang Rayyan tu Ain.Dahlah hensem,duit berkepuk pulak tu,"Norma pula mengiyakan cadangan Anis.
"Ke situ pulak.Setakat duit banyak dan hensem boleh janjikan kebahagiaan ke?Dahlah aku langsung tak kenal family dia.Jumpa dia pun sekali cuma.Buatnya family dia dah ada calon untuk si Rayyan tu tak ke haru hidup aku?Cubalah kau bagi cadangan membina sikit,"omelku.
"Cuba kau buat Solat Istikharah,mohon petunjuk,"Sarah yang senyap sedari tadi membuka mulut.
"Apasal kau tak bagi tahu aku dari tadi ek?Briliant!"aku menepuk tangan lalu kembali duduk di sisi Sarah.
"Entah kau ni.Kawan tu dah nak pecah kepala baru kau bagi idea yang bernas macam tu,"gurau Anis.
"Aku saja je bagi can kat Ain semakkan kepala dia dulu,"selamba badak je Sarah jawab.
"Tahniah,anda sudah berjaya menyemakkan kepala Ain,"Norma pula membuka bicara sambil menghulurkan tangan kepada Sarah untuk bersalaman.Sarah menyambut salam Norma.Aku yang mendengar perbualan dan melihat perbuatan mereka ketap bibir.Boleh dibuat gurauan pula masalah aku ni.Ada ke patut???
"Geng,jom jalan-jalan kat pasar malam.Lapo la pulak,"ajakku.
"Masalah dah selesai terus lapar ek?"si Anis ni,tak habis-habis nak bergurau.Kami berempat yang sedang enak santai duduk di atas batu berhadapan dengan pantai bingkas bangun.Gerai yang menjual makanan aku tuju diikuti dengan rakan-rakanku.
Sedang kami berempat ingin ke tempat parking motor,aku ternampak seorang mak cik tua yang sedang membimbit beg plastik.Banyaknya!Penuh kedua-dua belah tangan.Perasaan simpati muncul dalam diriku.Segera aku memberi plastik yang aku pegang di tangan kepada Norma.
"Kau pegang plastik ni,aku nak tolong mak cik tu kejap,"Norma menyambut huluran plastikku.Aku segera menuju ke arah mak cik tersebut.
"Assalamualaikum mak cik,"sapaku sambil tersenyum manis.
"Waalaikumussalam,"jawab mak cik itu.
"Saya Ain,ni rakan-rakan saya.Norma,Anis dan Sarah.Saya tolong bawakan barang-barang mak cik ya,"aku terus ke tujuan asalku.Beg plastik di tangan mak cik itu aku ambil.Kami lalu berjalan beriringan menuju ke tempat yang ingin dituju oleh mak cik itu.
"Ain dan rakan-rakan boleh panggil mak cik Mak Yan.Terima kasihlah Ain sebab sudi tolong Mak Yan.Sejuk perut ibu Ain mengandungkan Ain,"wah!Kembang jap aku dapat pujian.Heheh.Eh,Alhamdulillah.Aku hanya senyum.
"Mak Yan datang sorang je ke?"Anis membuka bicara.
"Mak Yan datang dengan anak Mak Yan.Entah ke mana pulak la dia pergi.Ni,kamu semua datang dengan apa?"
"Dengan motor Mak Yan,"Anis menjawab bagi pihak kami.
Mak Yan rupa-rupanya peramah juga orangnya.Aku yang susah untuk beramah mesra dengan orang yang baru dikenali pun boleh berbual mesra dengannya.Ah!Bestnya kalau Mak Yan ni jadi ibu mentua aku.Eh,Ain,kau malalut apa ni?
"Hah ni kereta anak Mak Yan,"beritahu Mak Yan lalu berhenti di hadapan sebuah kereta Toyota Vios.Aku kerut dahi.Macam pernah tengok je kereta ni.No plate aku teliti.DCF 9093.Erk.Takkanlah?
"Ain letak bawah dululah barang-barang tu.Manalah anak,"belum pun sempat Mak Yan menghabiskan kata-kata,kedengaran suara lelaki menyapa gegendang telingaku.
"Mak,sorry mak.Ray asyik sangat tengok pertunjukan ular.Tak sedar masa berlalu,"
Aku yang mendengar suara itu menoleh ke arah sang pemiliknya.Erm,aku gigit bibir bawah.Kelihatan rakan-rakanku yang lain sedang senyum-senyum.Aku manjegilkan mata ke arah mereka.Lagi galak mereka senyum mengejek ke arahku.Apalah nasib.
"Eh Ain.Buat apa kat sini?"soal lelaki itu dalam nada terkejut.
"Rayyan kenal ke dengan Ain ni?"belum pun sempat aku menjawab soalan Rayyan,suara Mak Yan terlebih dahulu kedengaran dalam nada terkejut.
"Mak,ni Ain.Nurul Ain Husna"tu dia,siap dengan nama penuhku lagi disebutnya Rayyan.Wait,mak?Rayyan?Maknanya?
"La Ain menantu mak ke?Dah lama mak nak jumpa Ain.Nak kenal dengan Ain.Alhamdulillah,hari ni tercapai jugak hajat mak,"begitu teruja Mak Yan berkata-kata.Segan aku.Kelihatan rakan-rakanku senyum lebar.Erk,Mak Yan,saya belum lagi bagi kata putus.Janganlah anggap saya ni menantu Mak Yan.Belum tahu lagi.
"Jom kita minum air kelapa kat gerai sana,"
"Ok jugak tu.Jom,"aku yang pada mulanya ingin menolak hanya akur dengan ajakan Mak Yan.Tambahan pula,ajakannya itu disokong kuat oleh anaknya.Tak ada canlah aku nak menolak.Lambat-lambat langkah kakiku mengikut langkah kaki Mak Yan dan rakan-rakanku yang sudah ke depan.
"Datang sini dengan apa?"soal Rayyan tiba-tiba.Tersentak aku.Waduh-waduh ngak perasan pulak si Rayyan ni ada di tepi.
"Motor,"balasku sepatah.
"Jauh tu,"omel Rayyan.Aku tak membalas omelannya.Tak adalah jauh mana.Ada la dalam setengah jam perjalanan.
Ketika aku dan Rayyan sampai di gerai makanan,tempat sudah penuh.
"Ain dan Rayyan duduk kat situlah.Tempat sudah penuh ni,"Mak Yan berkata.Aku gigit bibir.
Amboi-amboi,sportingnya bakal mak mentua aku ni.Kata nak kenal dengan aku,tapi gayanya macan nak suruh aku dan Rayyan je yang mengenali hati budi masing-masing.Dia siap berbual mesra dengan rakan-rakanku lagi.Langsung tak hiraukan aku walau pun aku perasan matanya sesekali melirik ke arah aku dan Rayyan.Budak tiga orang tu pun macam berkomplot sama dengan Mak Yan je.Adoiyai.Hampir setengah jam kami berada di gerai tersebut sebelum masing-masing berangkat pulang.
"Beb,tahniah.Tak lama lagi,bertukar statuslah kawan aku ni,"Sarah menepuk bahuku.Aku membuat isyarat senyap sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
"Kau jangan nak buat kepoh di asrama pulak lepas ni.Ingat,ni rahsia tau,"aku beri amaran.Serentak dengan itu juga Norma sampai diikuti dengan Anis.
"Teksi tak sampai lagikan?"soal Norma kelam-kabut.Sarah menggeleng.
"Kau tahu tak,"belum pun sempat Sarah menghabiskan kata-katanya,bahunya terlebih dahulu aku tampar.
"Dah tahu dah.Mak Mi dah bagi tahu Mak Dah.Mak Dah bagi tahu Anis Inani,"Anis berkata-kata.
"Anis Inani bagi tahu Siti Sarah dan Siti Norma,"Sarah pula menyambung.
Aku tepuk dahi.Aduhai,Puan Hajah Razimi!Mentang-mentanglah Puan Faridah itu merangkap mak Anis rakan baiknya,cepat benar berita ini tersebar.Malunya aku.
"Tahniah Ain.Tak lama lagi,makan nasi minyaklah kitaorang,"Anis pula mengucapkan tahniah.
"Beb,tolong simpan rahsia ni ketat-ketat.Aku mintak tolong sangat-sangat kat korang,"rayuku.
Mana ada pelajar tingkatan enam atas yang kawin masa belajar?Ni semua walid punya pasal.Eh tak jugak.Kenapa nak salahkan walid sedangkan walid dah beri aku buat pilihan?Kahwin dengan Rayyan atau ikut walid pindah ke Pahang.Dek tuntutan kerja sebagai anggota polis,walid ditukarkan ke Pahang.Setelah buat Solat Istikharah,inilah keputusan yang aku buat.Lagi pula,aku tak suka dengan tempat dan suasana baru.Tak selesa.Eh Ain,bukankah kawin dengan Rayyan pun perkara baru yang terpaksa kau lalui?Ah,entahlah.Bila aku buat Solat Istikharah,aku mimpikan Rayyan.Aku mimpi Rayyan tenung aku tanpa berkelip.Aku pula buat selamba sardin.Naluri aku juga kuat memilih untuk kawin dengan Rayyan berbanding ikut walid pindah Pahang.
"Jangan risau darling.You can trust us.Insya ALLAH,kami tak akan sekali-kali bocorkan rahsia ini,"janji Norma.Aku senyum lega.
"So,bila nak makan nasi minyak?"soal Anis.
"Tahun depan,"balasku sambil tangan menahan sebuah teksi.Teksi berhenti lalu kami berempat masuk ke dalam perut teksi.Perbualan kami mati di situ.
"Sekolah Ahmad Maher,"beritahu Anis.Pemandu teksi itu menggangguk.Teksi meluncur pergi.
Aku naik ke dorm setelah waktu prep tamat.Jam menunjukkan ke angka 11.05 minit malam.Habis je waktu prep,aku terus naik ke Dorm D11 yang berada di tingkat dua.Dorm yang menempatkan semua pelajar tingkatan enam atas seramai 15 orang.Tunggu pak guard bukak pintu pagar asrama selama dua minit.Kalau tak 11.02 minit lagi aku masuk dorm.Dorm yang aku inap berdekatan dengan tangga.Memang sekejap je la kalau aku naik tangga.Dua tangga aku langkau sekali gus.Haha.
Sampai je ke katilku,aku terus buka loker yang berada di kepala katil.Baju kurung yang tersarung di tubuh aku tukarkan ke baju tidur.Rakan-rakan sedorm aku tak ada yang masuk dorm lagi.Hanya aku seorang je yang berada dalam dorm.Setelah siap menyalin baju,aku panjat katil dua tingkat untuk tidur di tempat tidurku,di tingkat atas.Di tingkat bawah pula tempat tidur Sarah.Baru je kepala mencecah bantal, telefon bimbitku bergetar tanda panggilan masuk.Dengan malas aku jawab panggilan itu.
"Assalamualaikum,"suara di talian sana memberi salam.Erk,laki aku.
"Waalaikumusalam,"balasku lemah.Mengantuknya.Beberapa rakanku sudah masuk ke dalam dorm.
"Dah tidur?"soal Rayyan.
"Erm,"balasku lemah.Mengantuk sangat.
"Esok minggu balikkan?"soal Rayyan pula.
"Erm,"jawapanku tetap sama.
"Abang jemput Ain dan rakan-rakan esok,"beritahu Rayyan.
"Erm,"balasku,masih lagi sama jawapannya.
"Mengantuknya dia,"komen Rayyan.
"Erm,"pun sama jawapanku.Mata dah tertutup rapat.Mengantuk sangat.
"Oklah,Ain tidurlah.Esok abang jemput Ain,"telefon yang berada di telinga aku letak tepi.Kata-kata Rayyan langsung aku tak balas.Tidak sampai seminit,aku sudah berlayar ke alam mimpi.
"Awak,saya nak bilik ni,"aku menunjukkan sebuah bilik kosong kepada Rayyan.Rayyan angkat kening.
"Kita tinggal kat bilik ni la.Bilik tu tak ada katil.Toto pun tak ada,"aku telan liur.Kita?Erk,itu yang aku tak nak dengar.
"Awak tinggal dalam bilik tu,"aku menunjukkan bilik yang setentang dengan bilik yang aku inginkan.
"Saya tinggal dalam bilik ni.Nanti kita pergi beli toto,"cadangku.Rayyan memasukkan tangan ke dalam poket seluar jeansnya.
"Kenapa perlu tinggal dalam bilik asing-asing?"soal Rayyan serius.Tergagap-gagap aku untuk menjawab.
"Tak payah nak tiru babak dalam novel.Asal kena kawin paksa je mesti hero dan heroin tidur bilik asing-asing.Kita suami isteri yang sah.Kita bukan bersekedudukan.Ain dan abang tinggal dalam bilik ni.Tak payah nak dok bilik asing-asing.Lagi pun kita tak kena kawin paksa.Right?"Rayyan bersuara tegas.
Aku ketap bibir.Ek eleh,minat baca novel cintan cintun gak mamat ni.Muka maco,tapi dalam hati ada taman beb.Aku hela nafas,akur dengan kata-kata yang berupa arahan daripada Rayyan.
"Jangan risau.Kita dah pun sah sebagai suami isteri.Tak ada istilah terlanjur dalam perhubungan kita,"aku telan liur.Kenapa aku rasa macam ada maksud tersirat je dalam kata-kata Rayyan ni?Erk!
"Ain,Ain bangunlah.Dah pukul 6 dah,"aku celik mata.Mata yang mengantuk terus segar bila lihat jam di telefon bimbitku.Cepat-cepat aku turun dari katil.Tuala aku capai lalu langkah kaki menuju ke tandas.
Sepanjang perjalanan menuju ke tandas,fikiranku teringat akan mimpi tadi.Mimpi yang persis aku lalui dua minggu lepas.Cuti sekolah bulan 8 selama seminggu,aku telah berkahwin dengan Farish Rayyan.Walau pun kami nikah gantung,tapi kenduri secara kecil-kecilan tetap diadakan,tanda menguar-uarkan aku dan Rayyan telah pun bernikah.Begitu juga sebelah keluarga Rayyan.Kata walid,majlis besar-besaran akan diadakan lepas aku tamat periksa STPM nanti.
Mujur jugalah rumah aku jauh dari sekolah.Kalau tak,pasti cikgu-cikgu kat sekolah sudah mengetahui yang aku dah berkahwin.Haru hidup kalau cikgu-cikgu aku tahu!Walid dan umi pindah Pahang ketika usia perkahwinanku baru memasuki hari keenam.Setelah umi dan walid pindah Pahang,aku pindah tinggal di rumah sewa Rayyan.Tak adalah jauh mana dengan rumah umi dan walidku.
Langkah kaki aku berhenti di muka pintu utama tandas.Kepala ku jengah ke tempat shower,penuh.Kelihatan beberapa pelajar sudah pun menunggu giliran mereka untuk mandi.Aku toleh pula kepala ke tempat tandas.Pun penuh,tapi tak ada pulak pelajar-pelajar yang menunggu giliran.Aku hela nafas.Ni la aku tak suka bila bangun lewat.Tak suka aku bab manunggu ni.Fikiranku ligat mengingati kejadian semalam.Dalam hati tertanya-tanya,kenapa jam loceng telefon bimbitku tak berbunyi.Aku berfikir sejenak sebelum menepuk dahiku.Dek terlalu mengantuk,sesudah aku berbual dengan Rayyan,aku terus tidur sehingga lupa untuk mengunci jam.Adoiyai.Pintu tandas dibuka,aku terus masuk ke dalam tandas setelah pelajar tingkatan tiga itu keluar dari tandas.Masa untuk mandi.
"Untunglah dia ada laki.Lepas ni tiap-tiap minggu la laki dia jemput,"aku yang mendengar kata-kata Norma kepal penumbuk.Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali aku dengar tiga sekawan ni dok bergurau lagu tu.Sejak aku bagi tahu mereka yang Rayyan akan menjemput kami berempat,galak mereka mengusik aku.Aku tak suka!
"Dah-dah,tak payah nak bagi tahu benda yang aku dah tahu.Sekali lagi korang cakap pasal hal ni,aku suruh korang balik dengan koster,balik naik teksi,"ugutku.
"Beginilah nasib diriku yang hina.Tiada yang sudi menghulurkan budi.Apalah nasib diriku,"Anis menyanyi.Aku and the geng galak ketawa.Adoiyai,macam-macam budak-budak ni.
"Anis dah nyanyi.Nanti hujan,tak dapat aku nak pergi pasar malam balik nanti,"pintas Norma.
"Cakap ajelah kau dengki dengan suara merdu aku ni,"Anis angkat bakul sendiri.Norma mencebik.Tak ada masa!
"Ain,tak nak turun bawah ke?Tunggu laki kau kat pejabat urus setia,"Anis menyoal.Aku geleng kepala.
"Tak naklah aku.Aku dah hantar mesej kat Rayyan,nanti dia sampai dia mesejlah.Pas tu kita turun,"balasku.Suasana dorm yang sunyi aku perhatikan.Jam baru menunjukkan ke angka 4 petang.Tapi dorm ni lagak dilanggar garuda.Sunyi sepi.Hanya kami berempat sahaja yang masih lagi berada dalam dorm ini.Yang lain-lain dah berangkat pulang.Tak pun masih lagi menunggu di pejabat urus setia.
Rakan-rakanku galak berbual itu ini.Aku hanya jadi pendengar setia.Sesekali aku menyampuk.Asyik kami berbual,telefon bimbitku bergetar tanda mesej masuk.
Ain kat mana?Abang dah sampai
Mesej dari Rayyan.
Give us 10 minit.Kejap lagi kitaorang turun.
Mesej dariku.
"Guys,Encik Farish Rayyan dah sampai.Jom turun,"ajakku.
"Yang dok depan ni Nurul Ain Husna bt Adnan.Yang belakang pulak apa nama?"soal Rayyan lalu berpaling ke seat belakang.Kereta berhenti pada lampu isyarat.
"Saya Anis Inani bt Ibrahim,panggil saya Anis,"Anis yang sememangnya seorang yang peramah memperkenalkan diri.
"Norma,"
"Sarah,"Sarah dan Norma pula memperkenalkan diri.Rayyan mungkin tidak mengenali rakan-rakanku,tapi rakan-rakanku memang mengenali Rayyan melalui cerita-ceritaku.Pernah juga rakan-rakanku terserempak dengan Rayyan ketika Rayyan berkunjung ke rumahku sebelum kami kawin dulu.Lampu bertukar hijau.Kereta melunjur laju membelah jalan raya.
Sepanjang perjalanan,Rayyan rancak berbual dengan rakan-rakanku.Kerjayanya sebagai kaunselor UiTM kampus Kota Bharu manyebabkan Rayyan mudah beramah mesra dengan orang sekeliling.Mungkin.Rayyan nampaknya tidak kekok untuk berbual dengan rakan-rakanku walau pun baru pertama kali bersua muka.
Usai makan,aku manghempaskan tubuh ke atas katil.Bila perut sudah kenyang,mata mulalah tak dapat nak buka.Baru aku ingin ke alam mimpi,mataku tiba-tiba terbuka luas bila terasa seseorang tidur di tepiku.Secara outomatik aku bangun dari tempat pembaringan.
"Apa hal ni?"soal Rayyan pelik dengan kelakuanku.
"Errr,tarapapa,"jawabku gugup.Masih lagi segan dan takut-takut untuk tidur di sebelahnya.
"Tidurlah,"bagaikan terkena renjatan elektrik bila tanganku tiba-tiba disentuh Rayyan.Manggigil tanganku.Malihatkan aku yang masih lagi duduk,Rayyan juga bingkas bangun dari pembaringan lalu duduk di sebelahku.
"Kalau boleh berhati-hati dengan Sarah.Jangan terlalu rapat dengan dia.Dengan Norma,jangan terlalu mendedahkan rahsia Ain kepadanya,"beritahu Rayyan.Aku kerut dahi.Apa hal pulak ni tiba-tiba nak kongkong hidup aku ni?
"Whatever,"balasku lalu tidur.Pesanannya aku tak hiraukan.Aku dah lama berkawan dengan mereka bertiga,sejak di tingkatan satu lagi.Mereka best friend forever aku.
"Argh!Bencinya aku.Kenapalah dia dapat semuanya?Apa keistimewaan dia sehingga dia dapat segala-galanya?Semua cikgu sukakan dia.Kawin pulak dengan Rayyan yang sempurna segalanya,"Sarah meluahkan rasa hati.
"Aku ingat aku je yang macam ni.Kau pun sama,"ujar Norma pula.
"Tak baiklah mengumpat orang.Dahlah mengumpat dalam rumah dia,"celah Anis pula.Mereka bertiga menungguku bersiap di rumah sewa Rayyan untuk sama-sama pergi ke asrama.
Aku yang mendengar perbualan mereka terasa ingin rebah.Mujurlah Rayyan sempat memeluk bahuku.Kalau tidak,mungkin aku sudah rebah ke lantai.Rayyan menggosok bahuku,cuba memberiku kekuatan untuk menghadapi rakan-rakanku.
"Dah siap semua?Jom kita pergi,"ajak Rayyan.Aku hanya diam.Perbualan mereka masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Mereka dengkikan aku?
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah,aku hanya diam.Langsung tidak berbual dengan rakan-rakanku yang berada di seat belakang.Hanya Rayyan sahaja yang berbual mesra dengan mereka.Sesekali Rayyan menyelitkan unsur nasihat dalam percakapannya.Tak lain tak bukan,tentang sikap rakan-rakanku tang dengkikan aku.Sikap Rayyan yang aku kagumi.Dia pandai menyelitkan unsur-unsur nasihat dan menegur rakan-rakanku tanpa mengguriskan hati mereka.
"Ain,tolong ambil kertas Sejarah dalam bilik saya.Bilik peperiksaan,saya terlupa nak bawa tadi,"arah Cikgu Rahim.Aku bangun,akur dengan arahan Cikgu Rahim.Ketika itu pelajar tingkatan enam sedang mengikuti kelas tambahan pada waktu petang.
Suasana dalam bilik peperiksaan sunyi sepi.Waktu petang biasanya cikgu-cikgu dah pulang.Sewaktu aku ingin keluar dari bilik peperiksaan setelah mengambil kertas Sejarah,pintu bilik peperiksaan dibuka.Terpempan aku bila Izul masuk ke dalam bilik peperiksaan lalu mengunci tombol pintu.Dadaku berdebar.Malang apa pula yang bakal aku hadapi ni?
"Ain,"seru Izul lembut.
"Zul,apa kau buat ni?Tepilah.Aku nak keluar ni,"marahku perlahan.Dada berdebar sakan.Izul aku lihat sudah pelik.Tanganku yang memegang kertas Sejarah dipegang Izul.
"Ain,aku cintakan kau.Kenapa kau tak balas cintaku?Aku sayangkan kau,"luah Izul.Aku cuba menepis tangan Izul yang erat memegang tanganku,tapi tak berjaya.Pintu bilik dibuka dari luar menggunakan kunci.Izul masih memegang tanganku dan aku meronta ingin dilepaskan.
"Astaghfirullah al azim,dalam bilik peperiksaan pun korang jadi buat?"jerkah Cikgu Zah yang sememangnya anti dengan pelajar tingkatan enam.Izul melepaskan tanganku,aku terus menonong keluar dari bilik itu.
Aku berjalan pantas menuju ke kelas.Dalam hati aku tak putus-putus berdoa,moga Cikgu Zah tak menyebarkan cerita tentang apa yang dia lihat seketika tadi.Namun,hatiku berat menyatakan hal yang sebaliknya.
Firasatku ternyata benar.Keesokannya,heboh satu sekolah tentang aku dan Izul.Cerita yang asalnya kami berpegang tangan melarat sampai kami bercium.Paling dashsyat versi cerita mengatakan kami sudah terlanjur dan berasmara dalam bilik peperiksaan.Aku yang mendengarnya terasa gelap dunia.Terasa semua pelajar sekolah memandang serong padaku.Rakan-rakan sekelasku juga turut mempercayai cerita itu dan turut meminggirkanku.Rakan-rakan baikku?Mereka juga mempercayainya.Sarah dan Norma mula menjauhiku secara perlahan-lahan.Anis masih lagi menegurku,tapi tak serancak dulu.
Masuk bilik prep pula,rakan-rakan memerli dan menyindir aku.Cikgu-cikgu memandang serong padaku.Keadaan ini membuatkan aku tertekan.Di sekolah,cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar memandang serong padaku.Di asrama pula,rakan-rakan mengejekku.Keadaan kesihatanku mula merosot.Tekak terasa loya,mual-mual,pening-pening dek aku tertekan dan tidak ada selera untuk makan.Melihatkan keadaan aku sebegitu,timbul pula cerita mengatakan bahawa aku mengandungkan anak Izul.Hampir seminggu cerita ini berlarutan,aku dipanggil Cikgu Penolong Kanan Tingkatan Enam,Cikgu Labri.Masuk je dalam bilik Cikgu Labri,terkejut aku bila melihat Rayyan yang duduk berhadapan dengan Cikgu Labri.Izul pula duduk di tepi Rayyan.
"Ain,duduk,"persila cikgu.Aku duduk di atas kerusi kosong di tepi sebelah kanan Rayyan.
"Cikgu,saya akan bertanggungjawab terhadap Ain,"Izul bersuara tiba-tiba.Aku yang sedari tadi tunduk panggung kepala.Tak sangka aku rupa-rupanya perkara ni dah berlarutan sehingga begini sekali.Aku pandang wajah Rayyan.Serius.
"Betul Ain mengandung?"soal Cikgu Labri.Aku kerut dahi.Panas di hati cuba aku sejukkan.
"Macam mana saya nak mengandung kalau tak ada seorang lelaki pun yang sentuh saya,"aku jawab tegas.
"Habis tu.Yang kau muntah-muntah tu bukan mangandung?"soal Izul.
"Aku tak mengandung!"jawab aku kasar.
"Tipu.Muntah-muntah tu simptom orang mengandung.Ain,aku akan bertanggungjawab terhadap kau walau pun dalam bilik peperiksaan hari tu kita tak buat apa-apa,"Izul berpaling menghadapku.Mujur jugalah ada Rayyan penghalangnya,kalau tidak,pasti tanganku menjadi mengsa genggaman tangannya.Rayyan kulihat kepal penumbuk.Merah padam mukanya menahan amarah.Aku senyum sinis.
"Baru sekarang kau nak mengaku yang kita tak buat apa-apa masa dalam bilik peperiksaan dulu?Bila nama aku dah tercemar,bila semua orang pulaukan aku baru sekarang kau nak mengaku semua tu?Dah terlambat!"bentakku kasar.
"Ain,saya panggil awak ke sini untuk selesaikan masalah.Bukan menambahkan masalah.Dengan keadaan awak yang macam ni,macam mana awak nak fokus pada pelajaran?Exam lagi dua minggu Ain,"celah Cikgu Labri.
"Maaf cikgu.Masalah saya dah selesai.Cikgu dah dengar dari mulut dia sendirikan yang saya dan dia tak buat apa-apa kat bilik peperiksaan minggu lepas.Saya fikir masalah saya dah selesai.Tak ada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan.Saya pergi dulu.Maaf andai saya kurang ajar.Rayyan,maaf sebab susahkan awak dengan masalah saya yang tak besar mana ni,"sejurus mengucapkan kata-kata tersebut,aku terus keluar dari bilik Cikgu Labri tanpa menghiraukan sesiapa lagi.Air mata merembes keluar dari tubir mataku.
Aku mengemas pakaianku ala kadar.Minggu ni minggu balik.Tak banyak mana pun pakaian kotor yang ku bawa balik pada minggu ni.Semalam,aku dah basuh kesemua pakaian kotorku.Usai mengemas pakaian,aku turun ke bilik prep di tingkat bawah.Hajat di hati ingin tunggu Rayyan di dorm sahaja,tapi,memandangkan Rayyan menjemputku lewat pada hari ini,aku mengambil keputusan untuk menunggunya di bilik prep tingkatan enam sahaja.Tambahan pula,pintu pagar asrama akan ditutup pada pukul 4.30 petang.
Tatkala aku masuk ke dalam bilik prep,kelihatan Asni,rakan sekelasku masih belum pulang lagi.
"Tak balik lagi?"soal Asni.Aku menggeleng kepala.
"Aku simpati sebenarnya dengan kau.Tak sepatutnya Sarah dan Norma pulaukan kau bila kau ditimpa musibah.Tapi,tu lah,perempuan,lebih pentingkan hati dan perasaan berbanding persahabatan.Gara-gara seorang lelaki,dia seolah-olah putuskan persahabatan dengan kau,"Asni meluahkan kata-katanya.Aku senyum tipis.Memahami siapa 'dia' yang dimaksudkan Asni.
"Aku balik dulu.Kakak aku dah sampai,"Asni berpamitan.
"Erm,take care.Jumpa petang Sabtu ni.Assalamualaikum,"salamku Asni jawab sebelum dia keluar dari bilik prep.Tinggallah aku seorang diri dalam bilik prep menunggu kedatangan Rayyan.
Fikiranku melayang mengingati perhubunganku dengan rakan-rakan baikku yang semakin renggang.Sarah,hanya kerana cintanya terhadap Izul,dia butakan mata.Pekakkan telinga sehingga dia pulaukan aku.Hanya kerana seorang lelaki,dia pinggirkan aku yang dah bertahun menjadi rakannya.Norma,dia mudah terpengaruh.Bila dengar cerita yang bukan-bukan,dia mempercayainya sedangkan dia dah lama mengenaliku.Anis,hanya dia yang mempercayaiku dan masih lagi sudi berkawan denganku walaupun masanya banyak dihabiskan bersama Sarah dan Norma.
Aku yang baru sahaja ingin masuk ke bilik usai solat Isyak berjemaah dengan Rayyan,kedengaran namaku dipanggil.
"Kita berbual kejap.Jom ke ruang tamu,"ajak Rayyan.Aku akur.Dalam hati sudah dapat mengagak topik apa yang bakal kami bualkan.
"Ain sihat?"mukadimah Rayyan.Aku angguk.
"Kalau awak nak tahu pasal saya dan Izul,saya tak dapat nak buktikan yang saya dan dia memang tak ada apa-apa hubungan.Hanya ALLAH yang mengetahui cerita sebenar,"aku ke tujuan asal.Aku yakin,topik inilah yang bakal Rayyan utarakan.
"Abang tahu dan abang yakin Ain tak buat perkara-perkara terkutuk tu,"aku senyum sinis.
"Mudahnya awak mempercayai saya sedangkan awak baru mengenali saya.Kawan baik saya sendiri pun tak mempercayai saya sedangkan kami dah lama berkawan,"dadaku sebak bila mengenangkan sikap rakan-rakanku.Di saat aku terumbang-ambing memerlukan sokongan dan dorongan mereka,mereka lari tinggalkanku.Paling perit lagi bila mereka juga mentertawa dan mengejekku.Air mata menitis tanpa dapat ditahan.Rayyan duduk di sebelahku.
"Ain,kita tak memerlukan masa yang lama untuk mempercayai seseorang.Cukuplah andai kita menyakininya tanpa rasa ragu-ragu,"Rayyan memelukku erat.Aku menangis sepuas-puasnya di dadanya.
"Dia orang langsung tak tanya keadaan Ain.Ain keseorangan melalui saat-saat getir.Melalui tohmohan orang-orang di sekeliling,tapi diaorang?Seperti orang lain juga,yang mengejek Ain mempersenda Ain,bukan memberi kata-kata semangat pada Ain,"luahku setelah tangisanku reda.
"Ain terlalu mempercayai mereka.Terlalu mengagungkan mereka.Bila mereka pulaukan Ain,Ain tersentap.Ain terus jatuh tersungkur,"sambungku lagi.Kepala aku tundukkan.Sisa air mata masih lagi berbekas.
"Kenapa tak telefon abang?Kenapa perlu tanggung seorang diri?"aku panggung kepala,mencari keikhlasan dalam kata-kata Rayyan.
"Kalau Ain telefon abang,ceritakan semua ini pada abang,abang nak percaya ke dengan kata-kata Ain?"soalku mempersendakan keikhlasannya.
"Setidaknya Ain ada seseorang untuk luahkan persaan yang terpendam dalam hati Ain,"
"Lepas tu abang mentertawakan Ain,seperti mereka semua.Macam tu?"tempelakku.
"Abang tak akan terima sesuatu berita membuta tuli macam tu saja tanpa selidik terlebih dahulu kesahihannya.Nasib baik Abang Labri beritahu abang tentang hal ni,kalau tak tentu sampai ke sudah abang tak tahu,"
"Abang Labri?Abang kenal Cikgu Labri?"soalku terkejut.Rayyan angguk.
"Dia sepupu abang,"
"Maknanya dia tahu kita dah kawin?"soalku dua kali terkejut.Rayyan angguk.Aku ketuk dahi.
"Perkara yang macam ni besar pun Ain nak sorokkan pada abang?Tak percayakan abang ke?"soal Rayyan kembali ke pokok asalnya.
"Ain tak berniat nak sorokkan pada abang.Cuma,entahlah.Susah Ain nak cakap,"tanpa sedar,aku lebih senang ber'Ain' ber'abang' dengan Rayyan.
"Kalau Ain beritahu abang,mungkin perkara ni dah lama selesai.Tak adalah kesihatan Ain terganggu sampai muntah-muntah bagai.Sampai semua orang fikir Ain betul-betul terlanjur dengan Izul,"
"Macam mana perkara ni boleh selesai?"soalku.Nampak macam mudah je jalan penyelesaiannya.
"Apa susah.Kat dalam bilik exam tu ada cctv.Tengok cctv tu la,"aku angkat kening.Ya tak ya juga.Kenapalah aku tak terfikir tentang tu?
"Tapi kenapa cikgu-cikgu diamkan perkara ni?Langsung tak buktikan yang Ain tak bersalah?"soalku tak puas hati.
"Sayang,cikgu dah bersihkan nama Ain.Ain je yang tak sedar.Asyik sangat fikirkan hal ni sampai tak ambil kisah hal sekeliling,"terangkat keningku.Betul ke?
"Serius?"soalku tak percaya.Rayyan mengusap kepalaku.
"Buat apa abang nak tipu?Buang karan je,"bibirku tersenyum.Alhamdulillah,moga masalah ini dah selesai.
"Harap masalah ni dah selesai,"
"Insya ALLAH,"
"Tapi,Ain terkilan dengan Sarah,Norma dan Anis.Mereka mula pinggirkan Ain.Anis memang masih berbual lagi dengan Ain,tapi tak serancak dulu,"aku masih lagi meluahkan rasa yang terpendam dalam hati.
"Ada hikmah kenapa semua ni terjadi.Ain tahu tak Ain dah dapat segala-galanya?Apalah sangat dengan dugaan yang Ain tanggung ni berbanding nikmat yang Ain dah dapat?"aku diam.Berfikir sejenak.Merenung masa-masa lampauku yang penuh dengan warna-warni.
"Ain dah dapat kasih seorang kekasih yang bergelar ibu bapa.Ain dah dapat kasih seorang kekasih yang bergelar adik-beradik.Ain dah dapat kasih seorang kekasih dari abang,suami Ain.Ain dah dapat kasih seorang kekasih dari rakan-rakan.Dan sekarang,Ain dah dapat kasih kekasih yang didambakan semua muslimin muslimat.Kasih ALLAH.ALLAH bukan saja-saja memberi dugaan ini kepada Ain melainkan DIA ingin Ain berada dekat denganNYA.DIA ingin memberi kasih sayangNYA pada Ain.Subhanallah,"kata-kata Rayyan menyedarkan aku.Ya ALLAH,aku terlalu memikirkan masalah ini sehingga aku jatuh tersungkur sedangkan semua ini adalah kehendakMU.
"Bersangka baiklah pada ALLAH.Pasti ada hikmah kenapa DIA uji Ain.DIA rindu Ain untuk mengadu padaNYA.Bila perkara ni terjadi,Ain juga dapat tahukan siapa kawan dan siapa lawan Ain,"sambung Rayyan lagi.Air mata menitis di pipiku.Betapa kerdilnya diriku di sisi ALLAH.Betapa selama ini aku tidak sedar yang ALLAH begitu sayangkanku,sehingga DIA menurunkan ujian ini buat aku agar aku mengingatiNYA.
"Ain harus redha dan sabar dengan dugaan ini.Kalau Ain redha dan sabar,insya ALLAH,ALLAH akan bagi nikmat yang Ain tak sangka-sangka lepas ni,"Rayyan masih lagi memberi kata nasihat kepadaku.
"Abang,terima kasih sebab sudi sediakan bahu untuk Ain ketika Ain memerlukan,"ucapku.Rayyan senyum manis,senyuman yang bisa menggetarkan sanubariku.
"My pleasure honey.Abang suami Ain,dan abang akan sentiasa di sisi Ain saat Ain memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa,"terharu aku dengan kata-kata Rayyan.Alhamdulillah,aku pilih pasangan hidup yang tepat.Syukur padaMU ya ALLAH kerana dengan izinMU,aku memilih Rayyan sebagai suamiku.
"Ain perasan tak?"soal Rayyan tiba-tiba.Aku angkat kening tanda menyoalnya.
"Ain panggil abang,abang.Dah tak bersaya berawak lagi.I like it!Kekalkannya ya,"Rayyan mencuit hidungku.Aku gigit bibir.Mukaku terasa panas.Apasal aku tak perasan ek?Waduh-waduh.Malu dong.Tapi aku suka.Rasa lebih dekat dan rapat dengan Rayyan.Haha!Gatal no!
"Ain,"Sarah menyapaku.Ketika itu kami berada di dalam kelas.Hanya aku,Sarah,Norma dan Anis sahaja yang berada di dalam kelas.Rakan-rakan yang lain belum masuk kelas lagi.
"Erm,"balasku malas.
"Aku nak minta maaf kat kau,"pohon Sarah.
"Aku juga,"Norma memohon kata-kata yang sama diikuti Anis.Aku hela nafas.Kalau ikutkan hati yang penuh dendam,tak ingin aku untuk memberi kemaafan pada mereka bertiga.Tapi,siapa aku untuk tidak memaafkan mereka?Sedangkan nabi memaafkan umatnya yang melakukan kezaliman pada baginda.
"Aku maafkan korang,"balasku tulus.Belumpun sempat kami berbual panjang,rakan-rakan sekelasku masuk ke dalam kelas diikuti Cikgu Labri.Petang ni,kelas tambahan subjek Pengajian Am.
Mataku asyik melihat jam.Tak sabar rasanya untuk menelefon Rayyan balik asrama nanti.Berita gembira ini aku ingin kongsikan dengan Rayyan.Walau pun mereka dah meminta maaf padaku,tapi,untuk menganggap mereka sebagai kawan baikku semula tak mungkin.Kejadian lampau membuatkan aku lebih mengenali siapa kawan dan siapa lawanku.
Benarlah,ada hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi.Dapat aku rasakan kasih dari kekasih yang diimpikan semua muslimin muslimat.Kasih kekasih yang abadi.Kasih kekasih yang setia denganku.Terima ya ALLAH.
Sabtu, 11 Januari 2014
Kalau Dah Jodoh
"Hahaha,"berdekah-dekah Auni ketawa sampai keluar air mata.Lawak giler beb dengar cerita daripada Aira.Memang tak dibuat dek orang.Hanya orang seperti Aira saja yang buat benda-benda alah macam ni.
Aira yang lihat telatah Auni kepal penumbuk.Nasib baiklah yang ketawa di hadapannya ni ialah rakan baiknya.Kalau orang lain,dia lempang jadi lempeng,lepas tu goreng.Sodap gak kalau dimakannya!
"Dah habis ketawa?"perli Aira tatkala ketawa Auni reda.
"Sorry beb.Memang lawak giler cerita kau,haha,"sisa ketawa Auni masih lagi kedengaran.Aira mencebik.
"Kalau aku tahu kau gelakkan aku macam ni sekali,tak ada maknanya aku nak cerita kat kau,"
"Tapi,kau dah ceritakan?Padan muka kau,haha,"Auni mengejek Aira lalu ketawa.Pergh,bertuah punya kawan!
"Argh,menyesal,menyesal,menyesal aku bagi tahu kat kau,"Aira menghentak-hentakkan kakinya ke lantai tanda protes.Auni menahan ketawa,memujuk Airalah kononnya tu.
"Okey,okey,so,apa masalahnya sekarang ni?"soal Auni serius.Aira mengeluh.
"Masalahnya sekarang aku malu.Malu kau tahu tak?"
"Apa yang nak dimalukan?Kau kan dah tak jumpa dia lagi,"pujuk Auni.
"Kalau aku jumpa dia balik macam mana?"Aira pula menyoal.
"Nanti-nantilah kita fikirkan ek.Tak payahlah nak fikirkan masa depan yang kita tak pasti lagi,"senangnya Auni buat keputusan.Aira pula hanya diam.Malas nak bersoal jawab dengan Auni walau hatinya tak setuju dengan kata-kata Auni seketika tadi.
-Selamat hari lahir Aqil.Awak jodoh saya.Terkejut?Saya tahu,pasti awak fikir saya ni angau + gila bayang kat awak kan?Aqil,setiap kali saya solat sunat istikharah,hanya bayangan awak yang muncul dalam minda saya.
Aira menghela nafas perlahan.Memori lalu menjengah mindanya.Bagaimana dia dengan sewenang-wenangnya memberitahu Aqil bahawa lelaki itu adalah jodohnya sedang jodoh itu adalah rahsia ALLAH.Siapa jodoh kita,langsung kita tak tahu.
Aira meraup mukanya pula.Ikutkan hati muda yang masih lagi panas,sanggup dia menghantar mesej sebegitu rupa kepada Aqil Fatah.'Jodoh' merangkap seniornya sewaktu di sekolah dahulu.Malunya pada Aqil,hanya ALLAH yang tahu.Tak pernah dibuat dek orang.Tapi,tulah,nak menyesal pun dah tak ada gunanya lagi.Perkara dah jadi,tak perlu disesalkan,buang karan je.Moralnya,selepas ni,fikir dulu sebelum buat satu-satu keputusan agar tidak menyesal kelak.
Daripada meraup muka,Aira pejam mata pula.Sungguh,tindakannya itu benar-benar memalukan dirinya.Mesej balas daripada Aqil menerpa minda Aira.Ayat-ayat yang Aqil balas masih lagi utuh dalam memori fikirannya.
+Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik,dan hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Dalam banyak-banyak mesej yang dibalas,mesej ni yang paling Aira ingat.Tersentap Aira tatkala mesej ni dibacanya.Ah,malunya dia!Sejak dari hari itu,Aira cuba melupakan Aqil dan membiarkan masa yang menentukan segalanya walau terkadang mindanya kuat mengingati Aqil.Betapa seksanya Aira!Ah,cinta itu memang menyakitkan.
Hari-hari yang Aira lalui penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.Detik demi detik dilalui Aira dengan penuh keseronokan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.Sedar tak sedar,Aira sudah pun memasuki alam tingkatan enam atas.Bermakna,tahun ni Aira bakal menduduki peperiksaan STPM.Hal berkaitan Aqil Aira lupakan seketika walau terkadang bayang Aqil menjengah mindanya.
"Weh,Ra,kau mengelamun eh?"sergah Auni.Aira terkebil-kebil dengan sergahan Auni,bukan dia terkejut pun bila disergah oleh Auni.
"Apa hal kau ni?"soal Auni.Pelik bebenor nampoknyo sikap Aira hari ini.Aira diam,pun tidak dijawabnya soalan Auni.
Mata Aira melilau mencari kelibat Cikgu Zahari merangkap cikgu ekonominya.Ke manakah beliau menghilang?Tak pernah dibuatnya cikgu yang sorang itu masuk lambat ke kelas.
"Weh,cikgu kau tak datang ke hari ni?"soal Auni lagi.Kawan yang sorang ni memang,dah tengok yang Aira malas nak berbual,tapi tetap disoalnya si Aira ni.Saja je nak suruh Aira buka suara.Aira angkat bahu,tanda menjawab soalan Auni.
"Cikgu aku tak datang hari ni,"beritahu Auni tanpa dipinta.
Sememangnya,semua pelajar tingkatan enam atas ditempatkan dalam satu kelas sementelah mereka taklah ramai mana.Hanya 29 orang sahaja yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun itu.Satu kelas,tapi ada dua kelas.Kelas Enam Atas Ibnu Sina kat dalam kelas ni,kelas Enam Atas Al Zahrawi pun ada dalam kelas ni jugak.Jimat ruang dan kelaslah katakan,walau dalam kelas ni pelajar-pelajar boleh mengambil salah satu subjek yang mereka pilih,yakni subjek Ekonomi,Geografi dan Pengajian Perniagaan.
"Ra,cikgu kau dah datang,"Auni yang duduk bertentangan dengan Aira dapat melihat dengan jelas kelibat Cikgu Zahari yang semakin mendekat dengan kelas mereka.
"Aira,"kata-kata Auni terhenti di situ.Terkejut tatkala melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya.
"Ekonomi,naik pss,"arah Cikgu Zahari yang berada di muka pintu kelas enam atas.Aira yang sudah berdiri terbantut untuk berjalan tatkala matanya tiba-tiba tertaut dengan mata bening itu.Hatinya berdebar hebat,tubuh pula kaku.Terasa lemah lututnya untuk berjalan.
"Aira,jomlah,"terangkat bahu Aira mendengar suara speaker box Ina.Aira yang baru je berada di awang-awangan tersedar dek kelantangan suara Ina yang menyapanya.Lambat-lambat Aira melangkah menuju ke perpustakaan yang berada di tingkat dua.Semua pelajar ekonomi yang seramai 11 orang itu sudah naik ke pustaka,termasuk dengan Cikgu Zahari dan lelaki itu.Bermakna Aira pelajar yang last sekali ke perpustakaan.
Sewaktu kaki Aira melangkah ke dalam perpustakaan,rakan-rakannya sudah tiada di depan,bermakna,mereka semua berada di belakang pustaka.Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar subjek Ekonomi untuk belajar dalam pustaka di bahagian belakang.Tempatnya agak tersorok dan sangat sesuai untuk belajar.Tak ada gangguanlah katakan.
Perlahan-lahan langkah kaki Aira menuju ke arah rakan-rakannya.Dadanya berdebar-debar.Semakin dekat tempat yang ingin dituju,semakin berdebar dada Aira.Semuanya gara-gara lelaki yang bersama dengan Cikgu Zahari tadi.
"Hah,Aira,lambat masuk.Tertinggal kereta api ke?"sergah Cikgu Zahari.Sempat lagi perli tu!Aira hanya sengih lalu duduk di kerusi belakang.Selalunya ada je modal dia membalas kata-kata Cikgu Zahari,tapi hari ni modalnya langsung tak ada.
"Dok kat depan ni lah.Jauhnya dia ambil tempat duduk,"terkebil-kebil Aira mendengar suara Cikgu Zahari.
Kenapa dengannya hari ni?Tak kanlah sebab lelaki tu dia jadi tak tentu arah sampai macam ni sekali?Lambat-lambat Aira bangun lalu duduk di barisan kedua.
"Shy shy cat cikgu,"kedengaran Ina bersuara.Aira buat tak tahu,dah masak dengan sikap Ina.Cikgu Zahari hanya senyum mendengar kata-kata Ina.Aira langsung tak bersuara.Sempat dia melirik ke arah lelaki itu yang sedang merenungnya.Dalam hati dia memarahi diri sendiri kerana masuk lambat tadi.Tak pasal-pasal dah jadi tumpuan.
"Ok,sebelum saya mulakan pelajaran pada hari ni,saya kenalkan lelaki yang berada di sebelah saya ni,"Cikgu Zahari berjeda seketika.Aira hanya tunduk.
"Hah siapa dia tu cikgu?Sejak dari tadi lagi saya tertanya-tanya,"Suhaizad menyoal.
"Kenapa Suhaizad?Berkenanan ke?"Cikgu Zahari menyoal balik.
"ALLAH,siapa yang tak minat orang hensem macam tu.Orang buta je yang tak minat,"dengan selamba,Suhaizad menjawab.Biasalah Suhaizad,bercakap memang berterus-terang,tapi sikapnya yang merendah diri dan pandai berkata-kata membuatkan rakan-rakan menyenanginya.Cikgu Zahari hanya senyum sedang Hafizi sudah mencebik.
"Kau cebikkan apa tu Fizi?"soal Suhaizad lagak bagai nak cari gaduh je.
"Dah,dah,tanpa membuang masa,saya kenalkan.Lelaki di sebelah saya ni Encik Aqil Fatah.Senang cerita,Cikgu Aqil Fatah.Dia cikgu praktikal kat sini dan mulai esok dia akan mengajar kamu semua subjek Makroekonomi dan saya akan ajar subjek Mikroekonomi,"dengan panjang lebar,Cikgu Zahari memperkenalkan Aqil Fatah kepada mereka semua.
"Ok,kita sambung belajar.Tentang Cikgu Aqil,esok awak boleh berkenalan dengan dia,nanti tiba masanya,"sambung Cikgu Zahari.
Setelah itu,pelajaran bermula seperti biasa dan dalam keadaan tenang kecuali Aira.Kehadiran Aqil Fatah sedikit sebanyak mengocak ketenangannya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Baru je debaran di dada Aira berkurang,dengan tidak semena-mena Aqil Fatah mengambil tempat duduk di belakangnya menyebabkan debaran Aira kembali kencang.Sejak kehadiran Aqil Fatah,dapat Aira rasakan hidup dia pasti akan jadi kucar-kacir.Contoh paling mudah hari ni,langsung dia tak bersuara.Andai Cikgu Zahari menyoalnya tentang pelajaran pun dia hanya geleng kepala walau dia tahu jawapannya.Serasa berat untuk berkata-kata,apatah lagi untuk membalas kata seperti selalu.Semuanya gara Aqil Fatah!
Masa ekonomi dah tiba.Masa yang paling mendebarkan Aira.Seperti kata Cikgu Zahari semalam,hari ni Aqil Fatah yang akan mengajar subjek Makroekonomi mereka.Bermakna,Cikgu Zahari dan Aqil Fatah akan bergilir mengajar mereka.Aira sudah tak senang duduk apabila dari kejauhan lagi dia sudah nampak kelibat Aqil Fatah semakin mendekat ke kelasnya.
Kenangan yang memalukan dirinya menjengah ke minda tiba-tiba.Bagaimana dia dengan bodohnya memberitahu jejaka itu bahawa Aira adalah jodohnya.Dan sekarang,dapat Aira rasakan bahawa kulit mukanya sudah setebal satu inci.Dalam hati Aira berdoa moga Aqil Fatah tidak mengingatinya dan melupakan hal 'jodoh' itu yang sudah berlalu hampir dua tahun.
"Ekonomi naik atas ya,"suara Aqil Fatah yang menyapa cuping telinga Aira menyentakkan lamunannya.Terkocoh-kocoh langkah kaki Aira naik ke tingkat atas.
"Aira,"Auni memanggil Aira,namun tidak Aira hiraukan.Dalam benaknya,dia hanya ingin naik ke pss dalam kadar yang segera sementelah kebanyakan rakan-rakannya juga sudah pun memulakan langkah perjalanan.Aira tak nak masuk lambat macam semalam.Buat malu jer!
Sewaktu Aira masuk,kelihatan rakan-rakannya,Ina,Ema,Nisah,Zamah dan Mazni sudah pun berada di tempat masing-masing.Bayang Suhaizad,Aslamiah,Fatihah, Riduan dan Hafizi tak lagi kelihatan,begitu juga dengan Aqil Fatah.Aira menghela nafas lega,selamat,bukan dia yang terlewat masuk hari ni.
Seminit kemudian,kesemua pelajar subjek ekonomi yang seramai sebelas orang sudah bersedia untuk belajar.Tidak lama kemudian,Aqil Fatah muncul sambil membimbit buku Makroekonomi.
"Semua dah ada ke?"soal Aqil Fatah.Terpaku Aira melihat wajah kacak Aqil Fatah.Ops,rasanya bukan dia seorang yang terpukau dengan aura Aqil Fatah,tapi yang lain pun macam tu jugak.Aira melirik ke arah Ema yang sedang asyik merenung Aqil Fatah.Ah,orang hensem macam dia,siapa yang tak terpikat?
"Dah,cikgu la yang paling lambat,"Suhaizad menjawab mewakili yang lain.Aqil Fatah senyum,menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan.Ah,cair dah hati pelajar-pelajar ekonomi.Memang lepas ni masa Makroekonomi adalah masa yang dinanti-nantikan.
"Hari ni kita tak payah mulakan pelajaran lagilah ya.Kita berkenal-kenalan dulu.Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta,"erm,berfalsafah la pulak si Aqil Fatah ni.
"Hah,betul tu.So,apa kata cikgu yang mulakan dulu.Baru bersemangat kitaorang nak memperkenalkan diri pula,"Suhaizad menyampuk.Nisah,Mazni,dan Ina dah galak ketawa.Biasalah tiga orang ni,kaki ketawa.Ema dan yang lain-lain hanya senyum.
"Macam tu pulak ya.Ok,saya kenalkan diri saya dulu.Nama saya Aqil Fatah bin Muhaimin.Saya belajar di UPSI.Asal Bachok,Kelantan dan berumur 24 tahun,"akhiri Aqil Fatah.
"Muda lagi tu.Dah ada yang steady ke belum?"Suhaizad menyoal lagi.Memang berminat sungguh Suhaizad dengan Aqil Fatah ni.
"Siapalah yang berminat dengan saya ni,"Aqil Fatah merendah diri.Aira mencebik.Tak ada konon.Entah-entah keliling pinggang.Pirah!Eh,apasal pulak aku yang cemburu tiba-tiba ni?Aira menggeleng beberapa kali.
"Yalah tu.Entah-entah tak cukup tangan nak layan,"Suhaizad mengenakan Aqil Fatah lagi.Sekali lagi,Mazni,Ina dan Nisah galak ketawa.Terpaku Aira seketika tatkala mendengar ketawa lepas Aqil Fatah.Boleh tahan gak mamat ni bila ketawa!
"Ok,dah.Sekarang,saya nak awak semua pula yang memperkenalkan diri masing-masing.Beritahu nama,asal dan sekolah terdahulu,"Aqil Fatah memberitahu kerana dia sudah maklum bahawa pelajar-pelajar tingkatan enam kebanyakannya bukan berasal dari sekolah ini.
Setelah itu,satu persatu rakan-rakan Aira memperkenalkan diri masing-masing.Mula-mula Hafizi,diikuti oleh Riduan,Fatihah,dan Aslamiah.Setelah Suhaizad mengakhiri kata-katanya,Aira bingkas bangun,namun terbantut tatkala mendengar suara Aqil Fatah.
"Kita mulakan di bahagian kiri dulu.Awak kejap lagi ya,"Aira gigit bibir.Bermakna dia adalah insan terakhir yang akan memperkenalkan diri.Ema bangun lalu memperkenalkan diri.Setelah itu,Azamah,Nisah,Mazni,Ina dan akhir sekali Aira.
"Nama saya Saidatul Aira Alimin.Saya berasal area Kota Bharu,"Aira memperkenalkan dirinya.Sengaja dia tidak memberitahu sekolah terdahulu,takut andai Aqil Fatah mengingatinya.
"Sekolah terdahulu?"soal Aqil Fatah yang berdiri di hadapannya.Aira menghela nafas.Perlukah diberitahu?Padahal bukannya penting pun,namun,gara-gara hormatkan cikgu di hadapannya,lambat-lambat Aira memberitahu.
"SMKKC,"
"Sekolah Menengah Kampung Chengal?"soal Aqil Fatah.Aira mengangguk.
"Sekolah saya dulu tu.Awak kenal saya tak?"soal Aqil Fatah teruja.
Tapi kenapa Aira merasakan bahawa Aqil Fatah sedang menahan senyum.Aira amati lelaki di hadapannya.Serta merta Aira dapat tangkap maksud di sebalik soalan itu.Ceh,lelaki ini mengingatinya.Argh,argh dan argh lagi.Malunya!
"Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar sekolah suatu ketika dahulu,"beritahu Aira tenang.Rilek Aira,malu kau tu kau tolak ke tepi.Aqil Fatah senyum,menampakkan lesung pipitnya.Seriusly,Aira memang terpukau dengan senyuman itu!Menawan hatinya.
"Kat SMKKC kan ada kelas tingkatan enam jugak.Kenapa tak belajar kat sana?"walaweh,banyak soal la pulak si Aqil Fatah ni.Mentang-mentanglah dia bekas pelajar tingkatan enam kat sana.
"Entah,ubah angin kot.Dah bosan dok tempat yang sama,"acuh tak acuh je Aira jawab.Kelihatan riak muka Aqil berubah.Ambik ko,banyak tanya pulak!Kan dah berubah air muka tu.
Setelah kesemua pelajar memperkenalkan diri,Aqil Fatah berbual kosong dengan pelajar-pelajar.Suara Suhaizad,Mazni,Ina,Riduan,Aslamiah dan Hafizi sesekali menyampuk perbualan guru praktikal itu.Hanya Aira sahaja yang diam sehingga tamat waktu ekonomi.Perasaan malu bertimpa-timpa dalam hatinya.Cepatlah masa berlalu agar Aqil Fatah cepat-cepat menghabiskan praktikalnya.
Hari berlalu begitu pantas.Sedar tak sedar,hari ni merupakan hari terakhir Aqil Fatah mengajar mereka.Bermakna,lepas ni Aira tidak akan bertemu dengan Aqil Fatah lagi.Sayu hatinya tiba-tiba bila mengenangkan hal itu.
"Hari ni hari last saya mengajar kat sini,"kata-kata Aqil Fatah menambahkan kesayuan di hati Aira.Tidak mahu kesedihan melanda diri,Aira pantas meminta izin Aqil Fatah untuk ke tandas.Kepada Ina Aira pesan agar membawa turun barang-barangnya andai waktu ekonomi dah tamat tapi dia belum masuk lagi.
"Kejap lagilah,dah nak habis dah masa saya ni,"Aqil Fatah menghalang.
"Maaf cikgu,emergency case.Saya pergi dulu,"tangan Aira menekan-nekan perutnya seolah-seolah dia memang sakit perut yang teramat sangat.Tanpa menunggu keizinan Aqil,Aira segera berlalu pergi.
Sesampainya Aira di tandas,dia membuka paip dan menangis semahunya.Bunyi flash dari dalam tandas tidak Aira hiraukan.Hatinya sangat rawan.
"Aira,kau ni kenapa?"kedengaran suara cemas Auni menyapa gegendang telinganya.Auni rupanya.Aira mendekati Auni lalu tubuh rakannya dipeluk erat.
"Dia dah nak pergi.Aku tak akan jumpa dia lagi,"ngongoi Aira di bahu Auni.Sememangnya hanya Auni seorang yang mengetahui cerita Aira dan Aqil Fatah.
"Sabarlah.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,"Auni mengusap perlahan belakang tubuh Aira.
"Aku tak rela membiarkan dia pergi,"
"Kau jangan terlalu ikutkan perasaan sangat.Kumbang bukan seekor,nanti kau masuk u,ramai lagi lelaki yang akan kau jumpa,"nasihat Auni.
Hampir sepuluh minit mereka berada di dalam tandas meluah isi hati dan menasihati sesama sendiri.Setelah keadaan Aira pulih,mereka menuju ke kelas.Sempat Aira membasuh mukanya agar tidak kelihatan oleh rakan-rakan yang lain bahawa dia menangis.Sewaktu Aira dan Auni keluar dari tandas,tanpa diduga mereka terserempak dengan Aqil Fatah yang ingin ke bilik guru.Terpaku Aira seketika tatkala matanya dan mata bening itu bertaut.
"Assalamualaikum cikgu,"suara Auni yang memberi salam menyentakkan lamunan Aira.Tangan Auni Aira tarik lalu langkah kakinya laju meninggalkan Aqil Fatah.
"Lamanya kau pergi tandas,"ujar Ina tatkala Aira melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Ah,lega,"Aira mengusap perutnya.Ceh,pengotor!Ina mencebik.
"Oh ya,Cikgu Aqil kirim salam kat kau.Dia pesan agar kau belajar bersungguh-sungguh,"Aira mengangguk.Hal Aqil Aira cuba lupakan seketika.STPM dah semakin hampir,biarlah dia fokus terhadap pelajarannya dulu.Bak kata cikgu sejarahnya,belajarlah sebaik mungkin kerana pada tahun hadapan pelajar-pelajar tingkatan enam sudah belajar ikut sistem semester.Kalau gagal dalam satu-satu subjek,susah untuk mengambil peperiksaan ulangan.
Aira ralit menonton cerita Ogy and The Corchroach.Lucu sekali melihat telatah kucing yang bermusuhan dengan tiga ekor lipas.Pulak tu,ceritanya memang tak masuk dek akal.Karton betul.Ketawa Aira pecah bila ada adegan yang mencuit hatinya.
"Seronoknya dia tengok tv,"sapa Encik Alimin,ayah Aira.
"Eh,ayah,"Aira yang sedang syok tidur pantas bangun.Encik Alimin pula duduk di sebelah Aira.
"Puas hati ya bila dah habis exam.Asyik dok tengok tv je dua empat jam,"Puan Ainur pula menyampuk lalu duduk di hadapan Aira.Aira sekarang ni dalam mood cuti semester.Baru minggu lepas dia mula bercuti.
"Biarlah dia,release tension,"Encik Alimin menyebelahi anak bongsunya.Aira sengih lalu memeluk Encik Alimin tanda terima kasih.
"Dah besar anak ayah.Dah 23 tahun dah pun,"komen Encik Alimin tiba-tiba.
"Memang pun,tapi manjanya tak berubah-ubah.Ibu dulu baya Aira dah kahwin dah,"Puan Ainur pula menambah.Hati Aira jadi tak sedap.Apasal Aira rasa macam ada something je ni?Jeng jeng jeng.
"Aira dah ada kekasih?"gurlp.Soalan apakah ini.Pelukan di tubuh Encik Alimin Aira leraikan.
"Apa ni ayah.Ayah tahukan Aira mana ada kekasih,"bukan tak ada lelaki yang ingin pikat Aira di u,ramai.Tapi hati Aira tertutup untuk kesemua lelaki itu.Hati Aira hanya tetap setia pada Aqil seorang.
"Hah,baguslah kalau macam tu.Ayah dan ibu pun tak nak berkias bagai,bukannya Aira faham pun bahasa kiasan orang dulu-dulu.Senang cerita hari Jumaat ni ada orang nak masuk meminang Aira.Kami dah setuju untuk menerimanya.Bukannya orang lain pun.Anak Mak Cik Sarah,tauke butik pengantin yang Aira pernah kerja dulu tu,"amboi mak.Straight forward sungguh kata-kata Puan Ainur.Aira yang mendengarnya telan liur.Masuk meminang?Bererti kahwinlah kan?Apa ni?
"Ayah,Aira tak habis belajar lagi,"Aira cuba memohon simpati Encik Alimin.
"Kalau dah jodoh datang,terima ajelah.Lagipun anak Mak Cik Sarah tu baik orangnya.Kerja cikgu pulak tu.Aira pun kenalkan dengan Mak Cik Sarah tu,"Aira diam akur dengan kata-kata si ayah dan ibu.
Anak Mak Cik Sarah?Siapa agaknya ya?Aira memang kenal dengan Mak Cik Sarah.Baik orangnya dan beruntunglah kalau siapa yang dapat jadi anak menantunya.
Kompang dipalu pengantin baru,
Lagu pengantin kedengaran riuh di rumah ibu bapa Aira.Hari ni hari bersejarahnya.Terasa seram sejuk pula dirinya.Siapakah yang bakal bergelar suaminya?Memang Puan Ainur ada memberikan Aira sekeping gambar,tapi langsung Aira tak melihatnya.Bukan takut,tapi tak bersedia untuk melukai hatinya sendiri.Nama Aqil masih lagi terpahat dalam hatinya.Dia redha,pasrah dengan ketentuan ILAHI.
"Aira,dah siap?Jomlah kita ke masjid.Pengantin lelaki dah nak sampai tu,"ajak Puan Ainur.Aira mengangguk.Tika ini Aira amat memerlukan Auni di sisi,tapi,apakan daya,Auni sekarang sedang menyambung pengajian di luar negara.
Sewaktu kakinya melangkah memasuki ke dalam ruang masjid,kelihatan rombongan pengantin lelaki sudah bersiap sedia.Aira menarik nafas lalu dihela perlahan.Sudah banyak kali dia lakukan solat sunat Istikarah dan inilah hasilnya.Walaupun Aira tak pernah mengalami sebarang mimpi,tapi nalurinya kuat mengatakan bahawa lelaki ini adalah jodohnya.
Saat terpandangkan tubuh pengantin lelaki yang membelakangi dirinya,mimpi yang pernah Aira alami beberapa tahun lepas terlayar di minda.Mimpi dia berlari dan terus berlari sehingga dia merempuh Aqil Fatah.Aira lihat Aqil Fatah merenungnya dan hanya ungkapan maaf sahaja yang terbit dari bibir Aira sebelum dia melarikan diri dari lelaki itu.
"Aqil Fatah bin Muhaimin,aku nikah akan dikau dengan Saidatul Aira binti Alimin...."terpaku Aira tatkala mendengar nama yang disebutkan oleh tok imam.
Terasa air mata bergenang di kelopak matanya.Aqil Fatah sudah sah menjadi suaminya.Ya ALLAH!Puan Ainur mencuit bahu Aira.
"Tadah tangan,doa ni,"cepat-cepat Aira menadah tangan.
Usai berdoa,Aqil Fatah mendekati Aira.Cincin yang bertahtakan mutiara disarungkan ke jari manis Aira.Air mata gugur tanpa ditahan.Tangan Aqil Fatah Aira cium lembut sebelum Aqil Fatah meletakkan tangannya ke atas ubun-ubun Aira.
"Maaf,tak elok cium depan orang ramai.Malam nanti,dalam bilik,B cium sayang puas-puas,"merona merah muka Aira mendengar bisikan Aqil.Gatal punya suami!
Aira tenung wajah Aqil Fatah.Ya ALLAH,sungguh besar kekuasaanMU.Aqil Fatah rupa-rupanya memang jodohku.Kalau dah jodoh,walau berapa kali berpisah,walau berapa kali bertemu,pasti akan berjodoh juga.
Aqil Fatah,awak memang diciptakan untuk saya,Saidatul Aira.
"Awak jodoh saya.Setiap kali saya solat Istikarah,hanya bayangan wajah awak yang muncul dalam minda saya,"bisik Aqil sambil mengenyitkan matanya.Aira sengih,argh,dia ingat lagi rupanya mesej tu.
Sayang awak Aqil,sayang awak kerana ALLAH.