Selasa, 1 April 2014

KASIH KEKASIH

Aku menghempaskan tubuh ke atas katil dengan kasar.Nasib baiklah tilam katil ni tebal,kalau tak mahunya patah riuk katilku.Adoiyai.Nafasku hela perlahan.Kata-kata walid terngiang-ngiang di telingaku.
"Pilih antara dua,ikut walid pindah Pahang atau kawin dengan Rayyan,"
Aku pekup telinga.Mengharapkan kata-kata tegas walid itu tidak lagi menghantui aku.Selepas itu,aku ambil bantal pula lalu aku pekupkan ke mukaku.Aku menjerit sekuat hati,meluahkan rasa yang terpendam dalam sanubariku.Syarat yang walid letakkan membuatkan aku dalam dilema.
Aku mencapai telefon bimbit yang menjerit lantang.Dalam hati merungut-rungut,siapalah yang senang hati menelefon aku yang dalam kegalauan dan keresahan ini?Telefon aku jawab tanpa melihat sang pemanggil.
"Assalamualaikum,"kedengaran talian sana memberi salam.Hati yang panas semakin sejuk.Minah ni rupanya.
"Ada hal apakah tuan hamba menelefon beta permaisuri ini?"soalku.
"Kalau ya pun,jawablah salam aku dulu.Tak payahlah nak balik zaman dahulu kala.Tergeliat lidah aku nak nyebutnya",bidas Norma.Salamnya aku jawab.
"Pasar malam jom,"ajak Norma.
"Where?"
"Bachok,"
Aku berfikir sejenak.Walid kerja shif petang hari ni.Malam baru balik.Umi pula dah ke masjid belajar mengaji.Mungkin lepas Isyak malam ni baru balik.
"Ok,on,"
Talian aku matikan.Aku turun dari katil,untuk bersiap-siap.

"Dah tu,apa keputusan kau?"soal Norma.Aku manggeleng.Buntu kepala aku untuk buat keputusan.
"Susah-susah sangat,kau kawin je la dengan Abang Rayyan.Habis cerita,"cadang Anis.
"Argh!Aku tak tahu.Walid ni pun satu.Apa salahnya kalau aku tinggal dengan kakak aku,tak pun dengan abang aku.Tak adalah aku buntu macam ni,"aku yang sedang duduk di atas batu bangun.
"Kau gila nak tinggal dengan abang kau?Agak-agaklah beb.Abang kau tu dok rumah sewa,dan semua rakan rumah sewanya lelaki,"tempelak Anis.
Termangu aku seketika.Memang betul kata-kata Anis.Walid pun berkata macam tu juga.Bila diajukan untuk tinggal bersama kakakku,alasan walid pula kakak dah kahwin.Dah ada kehidupan sendiri,tak payahlah membebankan hidup kakak dengan kehadiranku.Adoiyai.
"Kau kawin je la dengan Abang Rayyan tu Ain.Dahlah hensem,duit berkepuk pulak tu,"Norma pula mengiyakan cadangan Anis.
"Ke situ pulak.Setakat duit banyak dan hensem boleh janjikan kebahagiaan ke?Dahlah aku langsung tak kenal family dia.Jumpa dia pun sekali cuma.Buatnya family dia dah ada calon untuk si Rayyan tu tak ke haru hidup aku?Cubalah kau bagi cadangan membina sikit,"omelku.
"Cuba kau buat Solat Istikharah,mohon petunjuk,"Sarah yang senyap sedari tadi membuka mulut.
"Apasal kau tak bagi tahu aku dari tadi ek?Briliant!"aku menepuk tangan lalu kembali duduk di sisi Sarah.
"Entah kau ni.Kawan tu dah nak pecah kepala baru kau bagi idea yang bernas macam tu,"gurau Anis.
"Aku saja je bagi can kat Ain semakkan kepala dia dulu,"selamba badak je Sarah jawab.
"Tahniah,anda sudah berjaya menyemakkan kepala Ain,"Norma pula membuka bicara sambil menghulurkan tangan kepada Sarah untuk bersalaman.Sarah menyambut salam Norma.Aku yang mendengar perbualan dan melihat perbuatan mereka ketap bibir.Boleh dibuat gurauan pula masalah aku ni.Ada ke patut???
"Geng,jom jalan-jalan kat pasar malam.Lapo la pulak,"ajakku.
"Masalah dah selesai terus lapar ek?"si Anis ni,tak habis-habis nak bergurau.Kami berempat yang sedang enak santai duduk di atas batu berhadapan dengan pantai bingkas bangun.Gerai yang menjual makanan aku tuju diikuti dengan rakan-rakanku.
Sedang kami berempat ingin ke tempat parking motor,aku ternampak seorang mak cik tua yang sedang membimbit beg plastik.Banyaknya!Penuh kedua-dua belah tangan.Perasaan simpati muncul dalam diriku.Segera aku memberi plastik yang aku pegang di tangan kepada Norma.
"Kau pegang plastik ni,aku nak tolong mak cik tu kejap,"Norma menyambut huluran plastikku.Aku segera menuju ke arah mak cik tersebut.
"Assalamualaikum mak cik,"sapaku sambil tersenyum manis.
"Waalaikumussalam,"jawab mak cik itu.
"Saya Ain,ni rakan-rakan saya.Norma,Anis dan Sarah.Saya tolong bawakan barang-barang mak cik ya,"aku terus ke tujuan asalku.Beg plastik di tangan mak cik itu aku ambil.Kami lalu berjalan beriringan menuju ke tempat yang ingin dituju oleh mak cik itu.
"Ain dan rakan-rakan boleh panggil mak cik Mak Yan.Terima kasihlah Ain sebab sudi tolong Mak Yan.Sejuk perut ibu Ain mengandungkan Ain,"wah!Kembang jap aku dapat pujian.Heheh.Eh,Alhamdulillah.Aku hanya senyum.
"Mak Yan datang sorang je ke?"Anis membuka bicara.
"Mak Yan datang dengan anak Mak Yan.Entah ke mana pulak la dia pergi.Ni,kamu semua datang dengan apa?"
"Dengan motor Mak Yan,"Anis menjawab bagi pihak kami.
Mak Yan rupa-rupanya peramah juga orangnya.Aku yang susah untuk beramah mesra dengan orang yang baru dikenali pun boleh berbual mesra dengannya.Ah!Bestnya kalau Mak Yan ni jadi ibu mentua aku.Eh,Ain,kau malalut apa ni?
"Hah ni kereta anak Mak Yan,"beritahu Mak Yan lalu berhenti di hadapan sebuah kereta Toyota Vios.Aku kerut dahi.Macam pernah tengok je kereta ni.No plate aku teliti.DCF 9093.Erk.Takkanlah?
"Ain letak bawah dululah barang-barang tu.Manalah anak,"belum pun sempat Mak Yan menghabiskan kata-kata,kedengaran suara lelaki menyapa gegendang telingaku.
"Mak,sorry mak.Ray asyik sangat tengok pertunjukan ular.Tak sedar masa berlalu,"
Aku yang mendengar suara itu menoleh ke arah sang pemiliknya.Erm,aku gigit bibir bawah.Kelihatan rakan-rakanku yang lain sedang senyum-senyum.Aku manjegilkan mata ke arah mereka.Lagi galak mereka senyum mengejek ke arahku.Apalah nasib.
"Eh Ain.Buat apa kat sini?"soal lelaki itu dalam nada terkejut.
"Rayyan kenal ke dengan Ain ni?"belum pun sempat aku menjawab soalan Rayyan,suara Mak Yan terlebih dahulu kedengaran dalam nada terkejut.
"Mak,ni Ain.Nurul Ain Husna"tu dia,siap dengan nama penuhku lagi disebutnya Rayyan.Wait,mak?Rayyan?Maknanya?
"La Ain menantu mak ke?Dah lama mak nak jumpa Ain.Nak kenal dengan Ain.Alhamdulillah,hari ni tercapai jugak hajat mak,"begitu teruja Mak Yan berkata-kata.Segan aku.Kelihatan rakan-rakanku senyum lebar.Erk,Mak Yan,saya belum lagi bagi kata putus.Janganlah anggap saya ni menantu Mak Yan.Belum tahu lagi.
"Jom kita minum air kelapa kat gerai sana,"
"Ok jugak tu.Jom,"aku yang pada mulanya ingin menolak hanya akur dengan ajakan Mak Yan.Tambahan pula,ajakannya itu disokong kuat oleh anaknya.Tak ada canlah aku nak menolak.Lambat-lambat langkah kakiku mengikut langkah kaki Mak Yan dan rakan-rakanku yang sudah ke depan.
"Datang sini dengan apa?"soal Rayyan tiba-tiba.Tersentak aku.Waduh-waduh ngak perasan pulak si Rayyan ni ada di tepi.
"Motor,"balasku sepatah.
"Jauh tu,"omel Rayyan.Aku tak membalas omelannya.Tak adalah jauh mana.Ada la dalam setengah jam perjalanan.
Ketika aku dan Rayyan sampai di gerai makanan,tempat sudah penuh.
"Ain dan Rayyan duduk kat situlah.Tempat sudah penuh ni,"Mak Yan berkata.Aku gigit bibir.
Amboi-amboi,sportingnya bakal mak mentua aku ni.Kata nak kenal dengan aku,tapi gayanya macan nak suruh aku dan Rayyan je yang mengenali hati budi masing-masing.Dia siap berbual mesra dengan rakan-rakanku lagi.Langsung tak hiraukan aku walau pun aku perasan matanya sesekali melirik ke arah aku dan Rayyan.Budak tiga orang tu pun macam berkomplot sama dengan Mak Yan je.Adoiyai.Hampir setengah jam kami berada di gerai tersebut sebelum masing-masing berangkat pulang.

"Beb,tahniah.Tak lama lagi,bertukar statuslah kawan aku ni,"Sarah menepuk bahuku.Aku membuat isyarat senyap sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
"Kau jangan nak buat kepoh di asrama pulak lepas ni.Ingat,ni rahsia tau,"aku beri amaran.Serentak dengan itu juga Norma sampai diikuti dengan Anis.
"Teksi tak sampai lagikan?"soal Norma kelam-kabut.Sarah menggeleng.
"Kau tahu tak,"belum pun sempat Sarah menghabiskan kata-katanya,bahunya terlebih dahulu aku tampar.
"Dah tahu dah.Mak Mi dah bagi tahu Mak Dah.Mak Dah bagi tahu Anis Inani,"Anis berkata-kata.
"Anis Inani bagi tahu Siti Sarah dan Siti Norma,"Sarah pula menyambung.
Aku tepuk dahi.Aduhai,Puan Hajah Razimi!Mentang-mentanglah Puan Faridah itu merangkap mak Anis rakan baiknya,cepat benar berita ini tersebar.Malunya aku.
"Tahniah Ain.Tak lama lagi,makan nasi minyaklah kitaorang,"Anis pula mengucapkan tahniah.
"Beb,tolong simpan rahsia ni ketat-ketat.Aku mintak tolong sangat-sangat kat korang,"rayuku.
Mana ada pelajar tingkatan enam atas yang kawin masa belajar?Ni semua walid punya pasal.Eh tak jugak.Kenapa nak salahkan walid sedangkan walid dah beri aku buat pilihan?Kahwin dengan Rayyan atau ikut walid pindah ke Pahang.Dek tuntutan kerja sebagai anggota polis,walid ditukarkan ke Pahang.Setelah buat Solat Istikharah,inilah keputusan yang aku buat.Lagi pula,aku tak suka dengan tempat dan suasana baru.Tak selesa.Eh Ain,bukankah kawin dengan Rayyan pun perkara baru yang terpaksa kau lalui?Ah,entahlah.Bila aku buat Solat Istikharah,aku mimpikan Rayyan.Aku mimpi Rayyan tenung aku tanpa berkelip.Aku pula buat selamba sardin.Naluri aku juga kuat memilih untuk kawin dengan Rayyan berbanding ikut walid pindah Pahang.
"Jangan risau darling.You can trust us.Insya ALLAH,kami tak akan sekali-kali bocorkan rahsia ini,"janji Norma.Aku senyum lega.
"So,bila nak makan nasi minyak?"soal Anis.
"Tahun depan,"balasku sambil tangan menahan sebuah teksi.Teksi berhenti lalu kami berempat masuk ke dalam perut teksi.Perbualan kami mati di situ.
"Sekolah Ahmad Maher,"beritahu Anis.Pemandu teksi itu menggangguk.Teksi meluncur pergi.

Aku naik ke dorm setelah waktu prep tamat.Jam menunjukkan ke angka 11.05 minit malam.Habis je waktu prep,aku terus naik ke Dorm D11 yang berada di tingkat dua.Dorm yang menempatkan semua pelajar tingkatan enam atas seramai 15 orang.Tunggu pak guard bukak pintu pagar asrama selama dua minit.Kalau tak 11.02 minit lagi aku masuk dorm.Dorm yang aku inap berdekatan dengan tangga.Memang sekejap je la kalau aku naik tangga.Dua tangga aku langkau sekali gus.Haha.
Sampai je ke katilku,aku terus buka loker yang berada di kepala katil.Baju kurung yang tersarung di tubuh aku tukarkan ke baju tidur.Rakan-rakan sedorm aku tak ada yang masuk dorm lagi.Hanya aku seorang je yang berada dalam dorm.Setelah siap menyalin baju,aku panjat katil dua tingkat untuk tidur di tempat tidurku,di tingkat atas.Di tingkat bawah pula tempat tidur Sarah.Baru je kepala mencecah bantal, telefon bimbitku bergetar tanda panggilan masuk.Dengan malas aku jawab panggilan itu.
"Assalamualaikum,"suara di talian sana memberi salam.Erk,laki aku.
"Waalaikumusalam,"balasku lemah.Mengantuknya.Beberapa rakanku sudah masuk ke dalam dorm.
"Dah tidur?"soal Rayyan.
"Erm,"balasku lemah.Mengantuk sangat.
"Esok minggu balikkan?"soal Rayyan pula.
"Erm,"jawapanku tetap sama.
"Abang jemput Ain dan rakan-rakan esok,"beritahu Rayyan.
"Erm,"balasku,masih lagi sama jawapannya.
"Mengantuknya dia,"komen Rayyan.
"Erm,"pun sama jawapanku.Mata dah tertutup rapat.Mengantuk sangat.
"Oklah,Ain tidurlah.Esok abang jemput Ain,"telefon yang berada di telinga aku letak tepi.Kata-kata Rayyan langsung aku tak balas.Tidak sampai seminit,aku sudah berlayar ke alam mimpi.

"Awak,saya nak bilik ni,"aku menunjukkan sebuah bilik kosong kepada Rayyan.Rayyan angkat kening.
"Kita tinggal kat bilik ni la.Bilik tu tak ada katil.Toto pun tak ada,"aku telan liur.Kita?Erk,itu yang aku tak nak dengar.
"Awak tinggal dalam bilik tu,"aku menunjukkan bilik yang setentang dengan bilik yang aku inginkan.
"Saya tinggal dalam bilik ni.Nanti kita pergi beli toto,"cadangku.Rayyan memasukkan tangan ke dalam poket seluar jeansnya.
"Kenapa perlu tinggal dalam bilik asing-asing?"soal Rayyan serius.Tergagap-gagap aku untuk menjawab.
"Tak payah nak tiru babak dalam novel.Asal kena kawin paksa je mesti hero dan heroin tidur bilik asing-asing.Kita suami isteri yang sah.Kita bukan bersekedudukan.Ain dan abang tinggal dalam bilik ni.Tak payah nak dok bilik asing-asing.Lagi pun kita tak kena kawin paksa.Right?"Rayyan bersuara tegas.
Aku ketap bibir.Ek eleh,minat baca novel cintan cintun gak mamat ni.Muka maco,tapi dalam hati ada taman beb.Aku hela nafas,akur dengan kata-kata yang berupa arahan daripada Rayyan.
"Jangan risau.Kita dah pun sah sebagai suami isteri.Tak ada istilah terlanjur dalam perhubungan kita,"aku telan liur.Kenapa aku rasa macam ada maksud tersirat je dalam kata-kata Rayyan ni?Erk!
"Ain,Ain bangunlah.Dah pukul 6 dah,"aku celik mata.Mata yang mengantuk terus segar bila lihat jam di telefon bimbitku.Cepat-cepat aku turun dari katil.Tuala aku capai lalu langkah kaki menuju ke tandas.
Sepanjang perjalanan menuju ke tandas,fikiranku teringat akan mimpi tadi.Mimpi yang persis aku lalui dua minggu lepas.Cuti sekolah bulan 8 selama seminggu,aku telah berkahwin dengan Farish Rayyan.Walau pun kami nikah gantung,tapi kenduri secara kecil-kecilan tetap diadakan,tanda menguar-uarkan aku dan Rayyan telah pun bernikah.Begitu juga sebelah keluarga Rayyan.Kata walid,majlis besar-besaran akan diadakan lepas aku tamat periksa STPM nanti.
Mujur jugalah rumah aku jauh dari sekolah.Kalau tak,pasti cikgu-cikgu kat sekolah sudah mengetahui yang aku dah berkahwin.Haru hidup kalau cikgu-cikgu aku tahu!Walid dan umi pindah Pahang ketika usia perkahwinanku baru memasuki hari keenam.Setelah umi dan walid pindah Pahang,aku pindah tinggal di rumah sewa Rayyan.Tak adalah jauh mana dengan rumah umi dan walidku.
Langkah kaki aku berhenti di muka pintu utama tandas.Kepala ku jengah ke tempat shower,penuh.Kelihatan beberapa pelajar sudah pun menunggu giliran mereka untuk mandi.Aku toleh pula kepala ke tempat tandas.Pun penuh,tapi tak ada pulak pelajar-pelajar yang menunggu giliran.Aku hela nafas.Ni la aku tak suka bila bangun lewat.Tak suka aku bab manunggu ni.Fikiranku ligat mengingati kejadian semalam.Dalam hati tertanya-tanya,kenapa jam loceng telefon bimbitku tak berbunyi.Aku berfikir sejenak sebelum menepuk dahiku.Dek terlalu mengantuk,sesudah aku berbual dengan Rayyan,aku terus tidur sehingga lupa untuk mengunci jam.Adoiyai.Pintu tandas dibuka,aku terus masuk ke dalam tandas setelah pelajar tingkatan tiga itu keluar dari tandas.Masa untuk mandi.

"Untunglah dia ada laki.Lepas ni tiap-tiap minggu la laki dia jemput,"aku yang mendengar kata-kata Norma kepal penumbuk.Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali aku dengar tiga sekawan ni dok bergurau lagu tu.Sejak aku bagi tahu mereka yang Rayyan akan menjemput kami berempat,galak mereka mengusik aku.Aku tak suka!
"Dah-dah,tak payah nak bagi tahu benda yang aku dah tahu.Sekali lagi korang cakap pasal hal ni,aku suruh korang balik dengan koster,balik naik teksi,"ugutku.
"Beginilah nasib diriku yang hina.Tiada yang sudi menghulurkan budi.Apalah nasib diriku,"Anis menyanyi.Aku and the geng galak ketawa.Adoiyai,macam-macam budak-budak ni.
"Anis dah nyanyi.Nanti hujan,tak dapat aku nak pergi pasar malam balik nanti,"pintas Norma.
"Cakap ajelah kau dengki dengan suara merdu aku ni,"Anis angkat bakul sendiri.Norma mencebik.Tak ada masa!
"Ain,tak nak turun bawah ke?Tunggu laki kau kat pejabat urus setia,"Anis menyoal.Aku geleng kepala.
"Tak naklah aku.Aku dah hantar mesej kat Rayyan,nanti dia sampai dia mesejlah.Pas tu kita turun,"balasku.Suasana dorm yang sunyi aku perhatikan.Jam baru menunjukkan ke angka 4 petang.Tapi dorm ni lagak dilanggar garuda.Sunyi sepi.Hanya kami berempat sahaja yang masih lagi berada dalam dorm ini.Yang lain-lain dah berangkat pulang.Tak pun masih lagi menunggu di pejabat urus setia.
Rakan-rakanku galak berbual itu ini.Aku hanya jadi pendengar setia.Sesekali aku menyampuk.Asyik kami berbual,telefon bimbitku bergetar tanda mesej masuk.

Ain kat mana?Abang dah sampai

Mesej dari Rayyan.

Give us 10 minit.Kejap lagi kitaorang turun.

Mesej dariku.
"Guys,Encik Farish Rayyan dah sampai.Jom turun,"ajakku.

"Yang dok depan ni Nurul Ain Husna bt Adnan.Yang belakang pulak apa nama?"soal Rayyan lalu berpaling ke seat belakang.Kereta berhenti pada lampu isyarat.
"Saya Anis Inani bt Ibrahim,panggil saya Anis,"Anis yang sememangnya seorang yang peramah memperkenalkan diri.
"Norma,"
"Sarah,"Sarah dan Norma pula memperkenalkan diri.Rayyan mungkin tidak mengenali rakan-rakanku,tapi rakan-rakanku memang mengenali Rayyan melalui cerita-ceritaku.Pernah juga rakan-rakanku terserempak dengan Rayyan ketika Rayyan berkunjung ke rumahku sebelum kami kawin dulu.Lampu bertukar hijau.Kereta melunjur laju membelah jalan raya.
Sepanjang perjalanan,Rayyan rancak berbual dengan rakan-rakanku.Kerjayanya sebagai kaunselor UiTM kampus Kota Bharu manyebabkan Rayyan mudah beramah mesra dengan orang sekeliling.Mungkin.Rayyan nampaknya tidak kekok untuk berbual dengan rakan-rakanku walau pun baru pertama kali bersua muka.

Usai makan,aku manghempaskan tubuh ke atas katil.Bila perut sudah kenyang,mata mulalah tak dapat nak buka.Baru aku ingin ke alam mimpi,mataku tiba-tiba terbuka luas bila terasa seseorang tidur di tepiku.Secara outomatik aku bangun dari tempat pembaringan.
"Apa hal ni?"soal Rayyan pelik dengan kelakuanku.
"Errr,tarapapa,"jawabku gugup.Masih lagi segan dan takut-takut untuk tidur di sebelahnya.
"Tidurlah,"bagaikan terkena renjatan elektrik bila tanganku tiba-tiba disentuh Rayyan.Manggigil tanganku.Malihatkan aku yang masih lagi duduk,Rayyan juga bingkas bangun dari pembaringan lalu duduk di sebelahku.
"Kalau boleh berhati-hati dengan Sarah.Jangan terlalu rapat dengan dia.Dengan Norma,jangan terlalu mendedahkan rahsia Ain kepadanya,"beritahu Rayyan.Aku kerut dahi.Apa hal pulak ni tiba-tiba nak kongkong hidup aku ni?
"Whatever,"balasku lalu tidur.Pesanannya aku tak hiraukan.Aku dah lama berkawan dengan mereka bertiga,sejak di tingkatan satu lagi.Mereka best friend forever aku.

"Argh!Bencinya aku.Kenapalah dia dapat semuanya?Apa keistimewaan dia sehingga dia dapat segala-galanya?Semua cikgu sukakan dia.Kawin pulak dengan Rayyan yang sempurna segalanya,"Sarah meluahkan rasa hati.
"Aku ingat aku je yang macam ni.Kau pun sama,"ujar Norma pula.
"Tak baiklah mengumpat orang.Dahlah mengumpat dalam rumah dia,"celah Anis pula.Mereka bertiga menungguku bersiap di rumah sewa Rayyan untuk sama-sama pergi ke asrama.
Aku yang mendengar perbualan mereka terasa ingin rebah.Mujurlah Rayyan sempat memeluk bahuku.Kalau tidak,mungkin aku sudah rebah ke lantai.Rayyan menggosok bahuku,cuba memberiku kekuatan untuk menghadapi rakan-rakanku.
"Dah siap semua?Jom kita pergi,"ajak Rayyan.Aku hanya diam.Perbualan mereka masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Mereka dengkikan aku?
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah,aku hanya diam.Langsung tidak berbual dengan rakan-rakanku yang berada di seat belakang.Hanya Rayyan sahaja yang berbual mesra dengan mereka.Sesekali Rayyan menyelitkan unsur nasihat dalam percakapannya.Tak lain tak bukan,tentang sikap rakan-rakanku tang dengkikan aku.Sikap Rayyan yang aku kagumi.Dia pandai menyelitkan unsur-unsur nasihat dan menegur rakan-rakanku tanpa mengguriskan hati mereka.

"Ain,tolong ambil kertas Sejarah dalam bilik saya.Bilik peperiksaan,saya terlupa nak bawa tadi,"arah Cikgu Rahim.Aku bangun,akur dengan arahan Cikgu Rahim.Ketika itu pelajar tingkatan enam sedang mengikuti kelas tambahan pada waktu petang.
Suasana dalam bilik peperiksaan sunyi sepi.Waktu petang biasanya cikgu-cikgu dah pulang.Sewaktu aku ingin keluar dari bilik peperiksaan setelah mengambil kertas Sejarah,pintu bilik peperiksaan dibuka.Terpempan aku bila Izul masuk ke dalam bilik peperiksaan lalu mengunci tombol pintu.Dadaku berdebar.Malang apa pula yang bakal aku hadapi ni?
"Ain,"seru Izul lembut.
"Zul,apa kau buat ni?Tepilah.Aku nak keluar ni,"marahku perlahan.Dada berdebar sakan.Izul aku lihat sudah pelik.Tanganku yang memegang kertas Sejarah dipegang Izul.
"Ain,aku cintakan kau.Kenapa kau tak balas cintaku?Aku sayangkan kau,"luah Izul.Aku cuba menepis tangan Izul yang erat memegang tanganku,tapi tak berjaya.Pintu bilik dibuka dari luar menggunakan kunci.Izul masih memegang tanganku dan aku meronta ingin dilepaskan.
"Astaghfirullah al azim,dalam bilik peperiksaan pun korang jadi buat?"jerkah Cikgu Zah yang sememangnya anti dengan pelajar tingkatan enam.Izul melepaskan tanganku,aku terus menonong keluar dari bilik itu.
Aku berjalan pantas menuju ke kelas.Dalam hati aku tak putus-putus berdoa,moga Cikgu Zah tak menyebarkan cerita tentang apa yang dia lihat seketika tadi.Namun,hatiku berat menyatakan hal yang sebaliknya.
Firasatku ternyata benar.Keesokannya,heboh satu sekolah tentang aku dan Izul.Cerita yang asalnya kami berpegang tangan melarat sampai kami bercium.Paling dashsyat versi cerita mengatakan kami sudah terlanjur dan berasmara dalam bilik peperiksaan.Aku yang mendengarnya terasa gelap dunia.Terasa semua pelajar sekolah memandang serong padaku.Rakan-rakan sekelasku juga turut mempercayai cerita itu dan turut meminggirkanku.Rakan-rakan baikku?Mereka juga mempercayainya.Sarah dan Norma mula menjauhiku secara perlahan-lahan.Anis masih lagi menegurku,tapi tak serancak dulu.
Masuk bilik prep pula,rakan-rakan memerli dan menyindir aku.Cikgu-cikgu memandang serong padaku.Keadaan ini membuatkan aku tertekan.Di sekolah,cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar memandang serong padaku.Di asrama pula,rakan-rakan mengejekku.Keadaan kesihatanku mula merosot.Tekak terasa loya,mual-mual,pening-pening dek aku tertekan dan tidak ada selera untuk makan.Melihatkan keadaan aku sebegitu,timbul pula cerita mengatakan bahawa aku mengandungkan anak Izul.Hampir seminggu cerita ini berlarutan,aku dipanggil Cikgu Penolong Kanan Tingkatan Enam,Cikgu Labri.Masuk je dalam bilik Cikgu Labri,terkejut aku bila melihat Rayyan yang duduk berhadapan dengan Cikgu Labri.Izul pula duduk di tepi Rayyan.
"Ain,duduk,"persila cikgu.Aku duduk di atas kerusi kosong di tepi sebelah kanan Rayyan.
"Cikgu,saya akan bertanggungjawab terhadap Ain,"Izul bersuara tiba-tiba.Aku yang sedari tadi tunduk panggung kepala.Tak sangka aku rupa-rupanya perkara ni dah berlarutan sehingga begini sekali.Aku pandang wajah Rayyan.Serius.
"Betul Ain mengandung?"soal Cikgu Labri.Aku kerut dahi.Panas di hati cuba aku sejukkan.
"Macam mana saya nak mengandung kalau tak ada seorang lelaki pun yang sentuh saya,"aku jawab tegas.
"Habis tu.Yang kau muntah-muntah tu bukan mangandung?"soal Izul.
"Aku tak mengandung!"jawab aku kasar.
"Tipu.Muntah-muntah tu simptom orang mengandung.Ain,aku akan bertanggungjawab terhadap kau walau pun dalam bilik peperiksaan hari tu kita tak buat apa-apa,"Izul berpaling menghadapku.Mujur jugalah ada Rayyan penghalangnya,kalau tidak,pasti tanganku menjadi mengsa genggaman tangannya.Rayyan kulihat kepal penumbuk.Merah padam mukanya menahan amarah.Aku senyum sinis.
"Baru sekarang kau nak mengaku yang kita tak buat apa-apa masa dalam bilik peperiksaan dulu?Bila nama aku dah tercemar,bila semua orang pulaukan aku baru sekarang kau nak mengaku semua tu?Dah terlambat!"bentakku kasar.
"Ain,saya panggil awak ke sini untuk selesaikan masalah.Bukan menambahkan masalah.Dengan keadaan awak yang macam ni,macam mana awak nak fokus pada pelajaran?Exam lagi dua minggu Ain,"celah Cikgu Labri.
"Maaf cikgu.Masalah saya dah selesai.Cikgu dah dengar dari mulut dia sendirikan yang saya dan dia tak buat apa-apa kat bilik peperiksaan minggu lepas.Saya fikir masalah saya dah selesai.Tak ada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan.Saya pergi dulu.Maaf andai saya kurang ajar.Rayyan,maaf sebab susahkan awak dengan masalah saya yang tak besar mana ni,"sejurus mengucapkan kata-kata tersebut,aku terus keluar dari bilik Cikgu Labri tanpa menghiraukan sesiapa lagi.Air mata merembes keluar dari tubir mataku.

Aku mengemas pakaianku ala kadar.Minggu ni minggu balik.Tak banyak mana pun pakaian kotor yang ku bawa balik pada minggu ni.Semalam,aku dah basuh kesemua pakaian kotorku.Usai mengemas pakaian,aku turun ke bilik prep di tingkat bawah.Hajat di hati ingin tunggu Rayyan di dorm sahaja,tapi,memandangkan Rayyan menjemputku lewat pada hari ini,aku mengambil keputusan untuk menunggunya di bilik prep tingkatan enam sahaja.Tambahan pula,pintu pagar asrama akan ditutup pada pukul 4.30 petang.
Tatkala aku masuk ke dalam bilik prep,kelihatan Asni,rakan sekelasku masih belum pulang lagi.
"Tak balik lagi?"soal Asni.Aku menggeleng kepala.
"Aku simpati sebenarnya dengan kau.Tak sepatutnya Sarah dan Norma pulaukan kau bila kau ditimpa musibah.Tapi,tu lah,perempuan,lebih pentingkan hati dan perasaan berbanding persahabatan.Gara-gara seorang lelaki,dia seolah-olah putuskan persahabatan dengan kau,"Asni meluahkan kata-katanya.Aku senyum tipis.Memahami siapa 'dia' yang dimaksudkan Asni.
"Aku balik dulu.Kakak aku dah sampai,"Asni berpamitan.
"Erm,take care.Jumpa petang Sabtu ni.Assalamualaikum,"salamku Asni jawab sebelum dia keluar dari bilik prep.Tinggallah aku seorang diri dalam bilik prep menunggu kedatangan Rayyan.
Fikiranku melayang mengingati perhubunganku dengan rakan-rakan baikku yang semakin renggang.Sarah,hanya kerana cintanya terhadap Izul,dia butakan mata.Pekakkan telinga sehingga dia pulaukan aku.Hanya kerana seorang lelaki,dia pinggirkan aku yang dah bertahun menjadi rakannya.Norma,dia mudah terpengaruh.Bila dengar cerita yang bukan-bukan,dia mempercayainya sedangkan dia dah lama mengenaliku.Anis,hanya dia yang mempercayaiku dan masih lagi sudi berkawan denganku walaupun masanya banyak dihabiskan bersama Sarah dan Norma.

Aku yang baru sahaja ingin masuk ke bilik usai solat Isyak berjemaah dengan Rayyan,kedengaran namaku dipanggil.
"Kita berbual kejap.Jom ke ruang tamu,"ajak Rayyan.Aku akur.Dalam hati sudah dapat mengagak topik apa yang bakal kami bualkan.
"Ain sihat?"mukadimah Rayyan.Aku angguk.
"Kalau awak nak tahu pasal saya dan Izul,saya tak dapat nak buktikan yang saya dan dia memang tak ada apa-apa hubungan.Hanya ALLAH yang mengetahui cerita sebenar,"aku ke tujuan asal.Aku yakin,topik inilah yang bakal Rayyan utarakan.
"Abang tahu dan abang yakin Ain tak buat perkara-perkara terkutuk tu,"aku senyum sinis.
"Mudahnya awak mempercayai saya sedangkan awak baru mengenali saya.Kawan baik saya sendiri pun tak mempercayai saya sedangkan kami dah lama berkawan,"dadaku sebak bila mengenangkan sikap rakan-rakanku.Di saat aku terumbang-ambing memerlukan sokongan dan dorongan mereka,mereka lari tinggalkanku.Paling perit lagi bila mereka juga mentertawa dan mengejekku.Air mata menitis tanpa dapat ditahan.Rayyan duduk di sebelahku.
"Ain,kita tak memerlukan masa yang lama untuk mempercayai seseorang.Cukuplah andai kita menyakininya tanpa rasa ragu-ragu,"Rayyan memelukku erat.Aku menangis sepuas-puasnya di dadanya.
"Dia orang langsung tak tanya keadaan Ain.Ain keseorangan melalui saat-saat getir.Melalui tohmohan orang-orang di sekeliling,tapi diaorang?Seperti orang lain juga,yang mengejek Ain mempersenda Ain,bukan memberi kata-kata semangat pada Ain,"luahku setelah tangisanku reda.
"Ain terlalu mempercayai mereka.Terlalu mengagungkan mereka.Bila mereka pulaukan Ain,Ain tersentap.Ain terus jatuh tersungkur,"sambungku lagi.Kepala aku tundukkan.Sisa air mata masih lagi berbekas.
"Kenapa tak telefon abang?Kenapa perlu tanggung seorang diri?"aku panggung kepala,mencari keikhlasan dalam kata-kata Rayyan.
"Kalau Ain telefon abang,ceritakan semua ini pada abang,abang nak percaya ke dengan kata-kata Ain?"soalku mempersendakan keikhlasannya.
"Setidaknya Ain ada seseorang untuk luahkan persaan yang terpendam dalam hati Ain,"
"Lepas tu abang mentertawakan Ain,seperti mereka semua.Macam tu?"tempelakku.
"Abang tak akan terima sesuatu berita membuta tuli macam tu saja tanpa selidik terlebih dahulu kesahihannya.Nasib baik Abang Labri beritahu abang tentang hal ni,kalau tak tentu sampai ke sudah abang tak tahu,"
"Abang Labri?Abang kenal Cikgu Labri?"soalku terkejut.Rayyan angguk.
"Dia sepupu abang,"
"Maknanya dia tahu kita dah kawin?"soalku dua kali terkejut.Rayyan angguk.Aku ketuk dahi.
"Perkara yang macam ni besar pun Ain nak sorokkan pada abang?Tak percayakan abang ke?"soal Rayyan kembali ke pokok asalnya.
"Ain tak berniat nak sorokkan pada abang.Cuma,entahlah.Susah Ain nak cakap,"tanpa sedar,aku lebih senang ber'Ain' ber'abang' dengan Rayyan.
"Kalau Ain beritahu abang,mungkin perkara ni dah lama selesai.Tak adalah kesihatan Ain terganggu sampai muntah-muntah bagai.Sampai semua orang fikir Ain betul-betul terlanjur dengan Izul,"
"Macam mana perkara ni boleh selesai?"soalku.Nampak macam mudah je jalan penyelesaiannya.
"Apa susah.Kat dalam bilik exam tu ada cctv.Tengok cctv tu la,"aku angkat kening.Ya tak ya juga.Kenapalah aku tak terfikir tentang tu?
"Tapi kenapa cikgu-cikgu diamkan perkara ni?Langsung tak buktikan yang Ain tak bersalah?"soalku tak puas hati.
"Sayang,cikgu dah bersihkan nama Ain.Ain je yang tak sedar.Asyik sangat fikirkan hal ni sampai tak ambil kisah hal sekeliling,"terangkat keningku.Betul ke?
"Serius?"soalku tak percaya.Rayyan mengusap kepalaku.
"Buat apa abang nak tipu?Buang karan je,"bibirku tersenyum.Alhamdulillah,moga masalah ini dah selesai.
"Harap masalah ni dah selesai,"
"Insya ALLAH,"
"Tapi,Ain terkilan dengan Sarah,Norma dan Anis.Mereka mula pinggirkan Ain.Anis memang masih berbual lagi dengan Ain,tapi tak serancak dulu,"aku masih lagi meluahkan rasa yang terpendam dalam hati.
"Ada hikmah kenapa semua ni terjadi.Ain tahu tak Ain dah dapat segala-galanya?Apalah sangat dengan dugaan yang Ain tanggung ni berbanding nikmat yang Ain dah dapat?"aku diam.Berfikir sejenak.Merenung masa-masa lampauku yang penuh dengan warna-warni.
"Ain dah dapat kasih seorang kekasih yang bergelar ibu bapa.Ain dah dapat kasih seorang kekasih yang bergelar adik-beradik.Ain dah dapat kasih seorang kekasih dari abang,suami Ain.Ain dah dapat kasih seorang kekasih dari rakan-rakan.Dan sekarang,Ain dah dapat kasih kekasih yang didambakan semua muslimin muslimat.Kasih ALLAH.ALLAH bukan saja-saja memberi dugaan ini kepada Ain melainkan DIA ingin Ain berada dekat denganNYA.DIA ingin memberi kasih sayangNYA pada Ain.Subhanallah,"kata-kata Rayyan menyedarkan aku.Ya ALLAH,aku terlalu memikirkan masalah ini sehingga aku jatuh tersungkur sedangkan semua ini adalah kehendakMU.
"Bersangka baiklah pada ALLAH.Pasti ada hikmah kenapa DIA uji Ain.DIA rindu Ain untuk mengadu padaNYA.Bila perkara ni terjadi,Ain juga dapat tahukan siapa kawan dan siapa lawan Ain,"sambung Rayyan lagi.Air mata menitis di pipiku.Betapa kerdilnya diriku di sisi ALLAH.Betapa selama ini aku tidak sedar yang ALLAH begitu sayangkanku,sehingga DIA menurunkan ujian ini buat aku agar aku mengingatiNYA.
"Ain harus redha dan sabar dengan dugaan ini.Kalau Ain redha dan sabar,insya ALLAH,ALLAH akan bagi nikmat yang Ain tak sangka-sangka lepas ni,"Rayyan masih lagi memberi kata nasihat kepadaku.
"Abang,terima kasih sebab sudi sediakan bahu untuk Ain ketika Ain memerlukan,"ucapku.Rayyan senyum manis,senyuman yang bisa menggetarkan sanubariku.
"My pleasure honey.Abang suami Ain,dan abang akan sentiasa di sisi Ain saat Ain memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa,"terharu aku dengan kata-kata Rayyan.Alhamdulillah,aku pilih pasangan hidup yang tepat.Syukur padaMU ya ALLAH kerana dengan izinMU,aku memilih Rayyan sebagai suamiku.
"Ain perasan tak?"soal Rayyan tiba-tiba.Aku angkat kening tanda menyoalnya.
"Ain panggil abang,abang.Dah tak bersaya berawak lagi.I like it!Kekalkannya ya,"Rayyan mencuit hidungku.Aku gigit bibir.Mukaku terasa panas.Apasal aku tak perasan ek?Waduh-waduh.Malu dong.Tapi aku suka.Rasa lebih dekat dan rapat dengan Rayyan.Haha!Gatal no!

"Ain,"Sarah menyapaku.Ketika itu kami berada di dalam kelas.Hanya aku,Sarah,Norma dan Anis sahaja yang berada di dalam kelas.Rakan-rakan yang lain belum masuk kelas lagi.
"Erm,"balasku malas.
"Aku nak minta maaf kat kau,"pohon Sarah.
"Aku juga,"Norma memohon kata-kata yang sama diikuti Anis.Aku hela nafas.Kalau ikutkan hati yang penuh dendam,tak ingin aku untuk memberi kemaafan pada mereka bertiga.Tapi,siapa aku untuk tidak memaafkan mereka?Sedangkan nabi memaafkan umatnya yang melakukan kezaliman pada baginda.
"Aku maafkan korang,"balasku tulus.Belumpun sempat kami berbual panjang,rakan-rakan sekelasku masuk ke dalam kelas diikuti Cikgu Labri.Petang ni,kelas tambahan subjek Pengajian Am.
Mataku asyik melihat jam.Tak sabar rasanya untuk menelefon Rayyan balik asrama nanti.Berita gembira ini aku ingin kongsikan dengan Rayyan.Walau pun mereka dah meminta maaf padaku,tapi,untuk menganggap mereka sebagai kawan baikku semula tak mungkin.Kejadian lampau membuatkan aku lebih mengenali siapa kawan dan siapa lawanku.
Benarlah,ada hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi.Dapat aku rasakan kasih dari kekasih yang diimpikan semua muslimin muslimat.Kasih kekasih yang abadi.Kasih kekasih yang setia denganku.Terima ya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan