"Hahaha,"berdekah-dekah Auni ketawa sampai keluar air mata.Lawak giler beb dengar cerita daripada Aira.Memang tak dibuat dek orang.Hanya orang seperti Aira saja yang buat benda-benda alah macam ni.
Aira yang lihat telatah Auni kepal penumbuk.Nasib baiklah yang ketawa di hadapannya ni ialah rakan baiknya.Kalau orang lain,dia lempang jadi lempeng,lepas tu goreng.Sodap gak kalau dimakannya!
"Dah habis ketawa?"perli Aira tatkala ketawa Auni reda.
"Sorry beb.Memang lawak giler cerita kau,haha,"sisa ketawa Auni masih lagi kedengaran.Aira mencebik.
"Kalau aku tahu kau gelakkan aku macam ni sekali,tak ada maknanya aku nak cerita kat kau,"
"Tapi,kau dah ceritakan?Padan muka kau,haha,"Auni mengejek Aira lalu ketawa.Pergh,bertuah punya kawan!
"Argh,menyesal,menyesal,menyesal aku bagi tahu kat kau,"Aira menghentak-hentakkan kakinya ke lantai tanda protes.Auni menahan ketawa,memujuk Airalah kononnya tu.
"Okey,okey,so,apa masalahnya sekarang ni?"soal Auni serius.Aira mengeluh.
"Masalahnya sekarang aku malu.Malu kau tahu tak?"
"Apa yang nak dimalukan?Kau kan dah tak jumpa dia lagi,"pujuk Auni.
"Kalau aku jumpa dia balik macam mana?"Aira pula menyoal.
"Nanti-nantilah kita fikirkan ek.Tak payahlah nak fikirkan masa depan yang kita tak pasti lagi,"senangnya Auni buat keputusan.Aira pula hanya diam.Malas nak bersoal jawab dengan Auni walau hatinya tak setuju dengan kata-kata Auni seketika tadi.
-Selamat hari lahir Aqil.Awak jodoh saya.Terkejut?Saya tahu,pasti awak fikir saya ni angau + gila bayang kat awak kan?Aqil,setiap kali saya solat sunat istikharah,hanya bayangan awak yang muncul dalam minda saya.
Aira menghela nafas perlahan.Memori lalu menjengah mindanya.Bagaimana dia dengan sewenang-wenangnya memberitahu Aqil bahawa lelaki itu adalah jodohnya sedang jodoh itu adalah rahsia ALLAH.Siapa jodoh kita,langsung kita tak tahu.
Aira meraup mukanya pula.Ikutkan hati muda yang masih lagi panas,sanggup dia menghantar mesej sebegitu rupa kepada Aqil Fatah.'Jodoh' merangkap seniornya sewaktu di sekolah dahulu.Malunya pada Aqil,hanya ALLAH yang tahu.Tak pernah dibuat dek orang.Tapi,tulah,nak menyesal pun dah tak ada gunanya lagi.Perkara dah jadi,tak perlu disesalkan,buang karan je.Moralnya,selepas ni,fikir dulu sebelum buat satu-satu keputusan agar tidak menyesal kelak.
Daripada meraup muka,Aira pejam mata pula.Sungguh,tindakannya itu benar-benar memalukan dirinya.Mesej balas daripada Aqil menerpa minda Aira.Ayat-ayat yang Aqil balas masih lagi utuh dalam memori fikirannya.
+Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik,dan hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Dalam banyak-banyak mesej yang dibalas,mesej ni yang paling Aira ingat.Tersentap Aira tatkala mesej ni dibacanya.Ah,malunya dia!Sejak dari hari itu,Aira cuba melupakan Aqil dan membiarkan masa yang menentukan segalanya walau terkadang mindanya kuat mengingati Aqil.Betapa seksanya Aira!Ah,cinta itu memang menyakitkan.
Hari-hari yang Aira lalui penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.Detik demi detik dilalui Aira dengan penuh keseronokan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.Sedar tak sedar,Aira sudah pun memasuki alam tingkatan enam atas.Bermakna,tahun ni Aira bakal menduduki peperiksaan STPM.Hal berkaitan Aqil Aira lupakan seketika walau terkadang bayang Aqil menjengah mindanya.
"Weh,Ra,kau mengelamun eh?"sergah Auni.Aira terkebil-kebil dengan sergahan Auni,bukan dia terkejut pun bila disergah oleh Auni.
"Apa hal kau ni?"soal Auni.Pelik bebenor nampoknyo sikap Aira hari ini.Aira diam,pun tidak dijawabnya soalan Auni.
Mata Aira melilau mencari kelibat Cikgu Zahari merangkap cikgu ekonominya.Ke manakah beliau menghilang?Tak pernah dibuatnya cikgu yang sorang itu masuk lambat ke kelas.
"Weh,cikgu kau tak datang ke hari ni?"soal Auni lagi.Kawan yang sorang ni memang,dah tengok yang Aira malas nak berbual,tapi tetap disoalnya si Aira ni.Saja je nak suruh Aira buka suara.Aira angkat bahu,tanda menjawab soalan Auni.
"Cikgu aku tak datang hari ni,"beritahu Auni tanpa dipinta.
Sememangnya,semua pelajar tingkatan enam atas ditempatkan dalam satu kelas sementelah mereka taklah ramai mana.Hanya 29 orang sahaja yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun itu.Satu kelas,tapi ada dua kelas.Kelas Enam Atas Ibnu Sina kat dalam kelas ni,kelas Enam Atas Al Zahrawi pun ada dalam kelas ni jugak.Jimat ruang dan kelaslah katakan,walau dalam kelas ni pelajar-pelajar boleh mengambil salah satu subjek yang mereka pilih,yakni subjek Ekonomi,Geografi dan Pengajian Perniagaan.
"Ra,cikgu kau dah datang,"Auni yang duduk bertentangan dengan Aira dapat melihat dengan jelas kelibat Cikgu Zahari yang semakin mendekat dengan kelas mereka.
"Aira,"kata-kata Auni terhenti di situ.Terkejut tatkala melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya.
"Ekonomi,naik pss,"arah Cikgu Zahari yang berada di muka pintu kelas enam atas.Aira yang sudah berdiri terbantut untuk berjalan tatkala matanya tiba-tiba tertaut dengan mata bening itu.Hatinya berdebar hebat,tubuh pula kaku.Terasa lemah lututnya untuk berjalan.
"Aira,jomlah,"terangkat bahu Aira mendengar suara speaker box Ina.Aira yang baru je berada di awang-awangan tersedar dek kelantangan suara Ina yang menyapanya.Lambat-lambat Aira melangkah menuju ke perpustakaan yang berada di tingkat dua.Semua pelajar ekonomi yang seramai 11 orang itu sudah naik ke pustaka,termasuk dengan Cikgu Zahari dan lelaki itu.Bermakna Aira pelajar yang last sekali ke perpustakaan.
Sewaktu kaki Aira melangkah ke dalam perpustakaan,rakan-rakannya sudah tiada di depan,bermakna,mereka semua berada di belakang pustaka.Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar subjek Ekonomi untuk belajar dalam pustaka di bahagian belakang.Tempatnya agak tersorok dan sangat sesuai untuk belajar.Tak ada gangguanlah katakan.
Perlahan-lahan langkah kaki Aira menuju ke arah rakan-rakannya.Dadanya berdebar-debar.Semakin dekat tempat yang ingin dituju,semakin berdebar dada Aira.Semuanya gara-gara lelaki yang bersama dengan Cikgu Zahari tadi.
"Hah,Aira,lambat masuk.Tertinggal kereta api ke?"sergah Cikgu Zahari.Sempat lagi perli tu!Aira hanya sengih lalu duduk di kerusi belakang.Selalunya ada je modal dia membalas kata-kata Cikgu Zahari,tapi hari ni modalnya langsung tak ada.
"Dok kat depan ni lah.Jauhnya dia ambil tempat duduk,"terkebil-kebil Aira mendengar suara Cikgu Zahari.
Kenapa dengannya hari ni?Tak kanlah sebab lelaki tu dia jadi tak tentu arah sampai macam ni sekali?Lambat-lambat Aira bangun lalu duduk di barisan kedua.
"Shy shy cat cikgu,"kedengaran Ina bersuara.Aira buat tak tahu,dah masak dengan sikap Ina.Cikgu Zahari hanya senyum mendengar kata-kata Ina.Aira langsung tak bersuara.Sempat dia melirik ke arah lelaki itu yang sedang merenungnya.Dalam hati dia memarahi diri sendiri kerana masuk lambat tadi.Tak pasal-pasal dah jadi tumpuan.
"Ok,sebelum saya mulakan pelajaran pada hari ni,saya kenalkan lelaki yang berada di sebelah saya ni,"Cikgu Zahari berjeda seketika.Aira hanya tunduk.
"Hah siapa dia tu cikgu?Sejak dari tadi lagi saya tertanya-tanya,"Suhaizad menyoal.
"Kenapa Suhaizad?Berkenanan ke?"Cikgu Zahari menyoal balik.
"ALLAH,siapa yang tak minat orang hensem macam tu.Orang buta je yang tak minat,"dengan selamba,Suhaizad menjawab.Biasalah Suhaizad,bercakap memang berterus-terang,tapi sikapnya yang merendah diri dan pandai berkata-kata membuatkan rakan-rakan menyenanginya.Cikgu Zahari hanya senyum sedang Hafizi sudah mencebik.
"Kau cebikkan apa tu Fizi?"soal Suhaizad lagak bagai nak cari gaduh je.
"Dah,dah,tanpa membuang masa,saya kenalkan.Lelaki di sebelah saya ni Encik Aqil Fatah.Senang cerita,Cikgu Aqil Fatah.Dia cikgu praktikal kat sini dan mulai esok dia akan mengajar kamu semua subjek Makroekonomi dan saya akan ajar subjek Mikroekonomi,"dengan panjang lebar,Cikgu Zahari memperkenalkan Aqil Fatah kepada mereka semua.
"Ok,kita sambung belajar.Tentang Cikgu Aqil,esok awak boleh berkenalan dengan dia,nanti tiba masanya,"sambung Cikgu Zahari.
Setelah itu,pelajaran bermula seperti biasa dan dalam keadaan tenang kecuali Aira.Kehadiran Aqil Fatah sedikit sebanyak mengocak ketenangannya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Baru je debaran di dada Aira berkurang,dengan tidak semena-mena Aqil Fatah mengambil tempat duduk di belakangnya menyebabkan debaran Aira kembali kencang.Sejak kehadiran Aqil Fatah,dapat Aira rasakan hidup dia pasti akan jadi kucar-kacir.Contoh paling mudah hari ni,langsung dia tak bersuara.Andai Cikgu Zahari menyoalnya tentang pelajaran pun dia hanya geleng kepala walau dia tahu jawapannya.Serasa berat untuk berkata-kata,apatah lagi untuk membalas kata seperti selalu.Semuanya gara Aqil Fatah!
Masa ekonomi dah tiba.Masa yang paling mendebarkan Aira.Seperti kata Cikgu Zahari semalam,hari ni Aqil Fatah yang akan mengajar subjek Makroekonomi mereka.Bermakna,Cikgu Zahari dan Aqil Fatah akan bergilir mengajar mereka.Aira sudah tak senang duduk apabila dari kejauhan lagi dia sudah nampak kelibat Aqil Fatah semakin mendekat ke kelasnya.
Kenangan yang memalukan dirinya menjengah ke minda tiba-tiba.Bagaimana dia dengan bodohnya memberitahu jejaka itu bahawa Aira adalah jodohnya.Dan sekarang,dapat Aira rasakan bahawa kulit mukanya sudah setebal satu inci.Dalam hati Aira berdoa moga Aqil Fatah tidak mengingatinya dan melupakan hal 'jodoh' itu yang sudah berlalu hampir dua tahun.
"Ekonomi naik atas ya,"suara Aqil Fatah yang menyapa cuping telinga Aira menyentakkan lamunannya.Terkocoh-kocoh langkah kaki Aira naik ke tingkat atas.
"Aira,"Auni memanggil Aira,namun tidak Aira hiraukan.Dalam benaknya,dia hanya ingin naik ke pss dalam kadar yang segera sementelah kebanyakan rakan-rakannya juga sudah pun memulakan langkah perjalanan.Aira tak nak masuk lambat macam semalam.Buat malu jer!
Sewaktu Aira masuk,kelihatan rakan-rakannya,Ina,Ema,Nisah,Zamah dan Mazni sudah pun berada di tempat masing-masing.Bayang Suhaizad,Aslamiah,Fatihah, Riduan dan Hafizi tak lagi kelihatan,begitu juga dengan Aqil Fatah.Aira menghela nafas lega,selamat,bukan dia yang terlewat masuk hari ni.
Seminit kemudian,kesemua pelajar subjek ekonomi yang seramai sebelas orang sudah bersedia untuk belajar.Tidak lama kemudian,Aqil Fatah muncul sambil membimbit buku Makroekonomi.
"Semua dah ada ke?"soal Aqil Fatah.Terpaku Aira melihat wajah kacak Aqil Fatah.Ops,rasanya bukan dia seorang yang terpukau dengan aura Aqil Fatah,tapi yang lain pun macam tu jugak.Aira melirik ke arah Ema yang sedang asyik merenung Aqil Fatah.Ah,orang hensem macam dia,siapa yang tak terpikat?
"Dah,cikgu la yang paling lambat,"Suhaizad menjawab mewakili yang lain.Aqil Fatah senyum,menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan.Ah,cair dah hati pelajar-pelajar ekonomi.Memang lepas ni masa Makroekonomi adalah masa yang dinanti-nantikan.
"Hari ni kita tak payah mulakan pelajaran lagilah ya.Kita berkenal-kenalan dulu.Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta,"erm,berfalsafah la pulak si Aqil Fatah ni.
"Hah,betul tu.So,apa kata cikgu yang mulakan dulu.Baru bersemangat kitaorang nak memperkenalkan diri pula,"Suhaizad menyampuk.Nisah,Mazni,dan Ina dah galak ketawa.Biasalah tiga orang ni,kaki ketawa.Ema dan yang lain-lain hanya senyum.
"Macam tu pulak ya.Ok,saya kenalkan diri saya dulu.Nama saya Aqil Fatah bin Muhaimin.Saya belajar di UPSI.Asal Bachok,Kelantan dan berumur 24 tahun,"akhiri Aqil Fatah.
"Muda lagi tu.Dah ada yang steady ke belum?"Suhaizad menyoal lagi.Memang berminat sungguh Suhaizad dengan Aqil Fatah ni.
"Siapalah yang berminat dengan saya ni,"Aqil Fatah merendah diri.Aira mencebik.Tak ada konon.Entah-entah keliling pinggang.Pirah!Eh,apasal pulak aku yang cemburu tiba-tiba ni?Aira menggeleng beberapa kali.
"Yalah tu.Entah-entah tak cukup tangan nak layan,"Suhaizad mengenakan Aqil Fatah lagi.Sekali lagi,Mazni,Ina dan Nisah galak ketawa.Terpaku Aira seketika tatkala mendengar ketawa lepas Aqil Fatah.Boleh tahan gak mamat ni bila ketawa!
"Ok,dah.Sekarang,saya nak awak semua pula yang memperkenalkan diri masing-masing.Beritahu nama,asal dan sekolah terdahulu,"Aqil Fatah memberitahu kerana dia sudah maklum bahawa pelajar-pelajar tingkatan enam kebanyakannya bukan berasal dari sekolah ini.
Setelah itu,satu persatu rakan-rakan Aira memperkenalkan diri masing-masing.Mula-mula Hafizi,diikuti oleh Riduan,Fatihah,dan Aslamiah.Setelah Suhaizad mengakhiri kata-katanya,Aira bingkas bangun,namun terbantut tatkala mendengar suara Aqil Fatah.
"Kita mulakan di bahagian kiri dulu.Awak kejap lagi ya,"Aira gigit bibir.Bermakna dia adalah insan terakhir yang akan memperkenalkan diri.Ema bangun lalu memperkenalkan diri.Setelah itu,Azamah,Nisah,Mazni,Ina dan akhir sekali Aira.
"Nama saya Saidatul Aira Alimin.Saya berasal area Kota Bharu,"Aira memperkenalkan dirinya.Sengaja dia tidak memberitahu sekolah terdahulu,takut andai Aqil Fatah mengingatinya.
"Sekolah terdahulu?"soal Aqil Fatah yang berdiri di hadapannya.Aira menghela nafas.Perlukah diberitahu?Padahal bukannya penting pun,namun,gara-gara hormatkan cikgu di hadapannya,lambat-lambat Aira memberitahu.
"SMKKC,"
"Sekolah Menengah Kampung Chengal?"soal Aqil Fatah.Aira mengangguk.
"Sekolah saya dulu tu.Awak kenal saya tak?"soal Aqil Fatah teruja.
Tapi kenapa Aira merasakan bahawa Aqil Fatah sedang menahan senyum.Aira amati lelaki di hadapannya.Serta merta Aira dapat tangkap maksud di sebalik soalan itu.Ceh,lelaki ini mengingatinya.Argh,argh dan argh lagi.Malunya!
"Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar sekolah suatu ketika dahulu,"beritahu Aira tenang.Rilek Aira,malu kau tu kau tolak ke tepi.Aqil Fatah senyum,menampakkan lesung pipitnya.Seriusly,Aira memang terpukau dengan senyuman itu!Menawan hatinya.
"Kat SMKKC kan ada kelas tingkatan enam jugak.Kenapa tak belajar kat sana?"walaweh,banyak soal la pulak si Aqil Fatah ni.Mentang-mentanglah dia bekas pelajar tingkatan enam kat sana.
"Entah,ubah angin kot.Dah bosan dok tempat yang sama,"acuh tak acuh je Aira jawab.Kelihatan riak muka Aqil berubah.Ambik ko,banyak tanya pulak!Kan dah berubah air muka tu.
Setelah kesemua pelajar memperkenalkan diri,Aqil Fatah berbual kosong dengan pelajar-pelajar.Suara Suhaizad,Mazni,Ina,Riduan,Aslamiah dan Hafizi sesekali menyampuk perbualan guru praktikal itu.Hanya Aira sahaja yang diam sehingga tamat waktu ekonomi.Perasaan malu bertimpa-timpa dalam hatinya.Cepatlah masa berlalu agar Aqil Fatah cepat-cepat menghabiskan praktikalnya.
Hari berlalu begitu pantas.Sedar tak sedar,hari ni merupakan hari terakhir Aqil Fatah mengajar mereka.Bermakna,lepas ni Aira tidak akan bertemu dengan Aqil Fatah lagi.Sayu hatinya tiba-tiba bila mengenangkan hal itu.
"Hari ni hari last saya mengajar kat sini,"kata-kata Aqil Fatah menambahkan kesayuan di hati Aira.Tidak mahu kesedihan melanda diri,Aira pantas meminta izin Aqil Fatah untuk ke tandas.Kepada Ina Aira pesan agar membawa turun barang-barangnya andai waktu ekonomi dah tamat tapi dia belum masuk lagi.
"Kejap lagilah,dah nak habis dah masa saya ni,"Aqil Fatah menghalang.
"Maaf cikgu,emergency case.Saya pergi dulu,"tangan Aira menekan-nekan perutnya seolah-seolah dia memang sakit perut yang teramat sangat.Tanpa menunggu keizinan Aqil,Aira segera berlalu pergi.
Sesampainya Aira di tandas,dia membuka paip dan menangis semahunya.Bunyi flash dari dalam tandas tidak Aira hiraukan.Hatinya sangat rawan.
"Aira,kau ni kenapa?"kedengaran suara cemas Auni menyapa gegendang telinganya.Auni rupanya.Aira mendekati Auni lalu tubuh rakannya dipeluk erat.
"Dia dah nak pergi.Aku tak akan jumpa dia lagi,"ngongoi Aira di bahu Auni.Sememangnya hanya Auni seorang yang mengetahui cerita Aira dan Aqil Fatah.
"Sabarlah.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,"Auni mengusap perlahan belakang tubuh Aira.
"Aku tak rela membiarkan dia pergi,"
"Kau jangan terlalu ikutkan perasaan sangat.Kumbang bukan seekor,nanti kau masuk u,ramai lagi lelaki yang akan kau jumpa,"nasihat Auni.
Hampir sepuluh minit mereka berada di dalam tandas meluah isi hati dan menasihati sesama sendiri.Setelah keadaan Aira pulih,mereka menuju ke kelas.Sempat Aira membasuh mukanya agar tidak kelihatan oleh rakan-rakan yang lain bahawa dia menangis.Sewaktu Aira dan Auni keluar dari tandas,tanpa diduga mereka terserempak dengan Aqil Fatah yang ingin ke bilik guru.Terpaku Aira seketika tatkala matanya dan mata bening itu bertaut.
"Assalamualaikum cikgu,"suara Auni yang memberi salam menyentakkan lamunan Aira.Tangan Auni Aira tarik lalu langkah kakinya laju meninggalkan Aqil Fatah.
"Lamanya kau pergi tandas,"ujar Ina tatkala Aira melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Ah,lega,"Aira mengusap perutnya.Ceh,pengotor!Ina mencebik.
"Oh ya,Cikgu Aqil kirim salam kat kau.Dia pesan agar kau belajar bersungguh-sungguh,"Aira mengangguk.Hal Aqil Aira cuba lupakan seketika.STPM dah semakin hampir,biarlah dia fokus terhadap pelajarannya dulu.Bak kata cikgu sejarahnya,belajarlah sebaik mungkin kerana pada tahun hadapan pelajar-pelajar tingkatan enam sudah belajar ikut sistem semester.Kalau gagal dalam satu-satu subjek,susah untuk mengambil peperiksaan ulangan.
Aira ralit menonton cerita Ogy and The Corchroach.Lucu sekali melihat telatah kucing yang bermusuhan dengan tiga ekor lipas.Pulak tu,ceritanya memang tak masuk dek akal.Karton betul.Ketawa Aira pecah bila ada adegan yang mencuit hatinya.
"Seronoknya dia tengok tv,"sapa Encik Alimin,ayah Aira.
"Eh,ayah,"Aira yang sedang syok tidur pantas bangun.Encik Alimin pula duduk di sebelah Aira.
"Puas hati ya bila dah habis exam.Asyik dok tengok tv je dua empat jam,"Puan Ainur pula menyampuk lalu duduk di hadapan Aira.Aira sekarang ni dalam mood cuti semester.Baru minggu lepas dia mula bercuti.
"Biarlah dia,release tension,"Encik Alimin menyebelahi anak bongsunya.Aira sengih lalu memeluk Encik Alimin tanda terima kasih.
"Dah besar anak ayah.Dah 23 tahun dah pun,"komen Encik Alimin tiba-tiba.
"Memang pun,tapi manjanya tak berubah-ubah.Ibu dulu baya Aira dah kahwin dah,"Puan Ainur pula menambah.Hati Aira jadi tak sedap.Apasal Aira rasa macam ada something je ni?Jeng jeng jeng.
"Aira dah ada kekasih?"gurlp.Soalan apakah ini.Pelukan di tubuh Encik Alimin Aira leraikan.
"Apa ni ayah.Ayah tahukan Aira mana ada kekasih,"bukan tak ada lelaki yang ingin pikat Aira di u,ramai.Tapi hati Aira tertutup untuk kesemua lelaki itu.Hati Aira hanya tetap setia pada Aqil seorang.
"Hah,baguslah kalau macam tu.Ayah dan ibu pun tak nak berkias bagai,bukannya Aira faham pun bahasa kiasan orang dulu-dulu.Senang cerita hari Jumaat ni ada orang nak masuk meminang Aira.Kami dah setuju untuk menerimanya.Bukannya orang lain pun.Anak Mak Cik Sarah,tauke butik pengantin yang Aira pernah kerja dulu tu,"amboi mak.Straight forward sungguh kata-kata Puan Ainur.Aira yang mendengarnya telan liur.Masuk meminang?Bererti kahwinlah kan?Apa ni?
"Ayah,Aira tak habis belajar lagi,"Aira cuba memohon simpati Encik Alimin.
"Kalau dah jodoh datang,terima ajelah.Lagipun anak Mak Cik Sarah tu baik orangnya.Kerja cikgu pulak tu.Aira pun kenalkan dengan Mak Cik Sarah tu,"Aira diam akur dengan kata-kata si ayah dan ibu.
Anak Mak Cik Sarah?Siapa agaknya ya?Aira memang kenal dengan Mak Cik Sarah.Baik orangnya dan beruntunglah kalau siapa yang dapat jadi anak menantunya.
Kompang dipalu pengantin baru,
Lagu pengantin kedengaran riuh di rumah ibu bapa Aira.Hari ni hari bersejarahnya.Terasa seram sejuk pula dirinya.Siapakah yang bakal bergelar suaminya?Memang Puan Ainur ada memberikan Aira sekeping gambar,tapi langsung Aira tak melihatnya.Bukan takut,tapi tak bersedia untuk melukai hatinya sendiri.Nama Aqil masih lagi terpahat dalam hatinya.Dia redha,pasrah dengan ketentuan ILAHI.
"Aira,dah siap?Jomlah kita ke masjid.Pengantin lelaki dah nak sampai tu,"ajak Puan Ainur.Aira mengangguk.Tika ini Aira amat memerlukan Auni di sisi,tapi,apakan daya,Auni sekarang sedang menyambung pengajian di luar negara.
Sewaktu kakinya melangkah memasuki ke dalam ruang masjid,kelihatan rombongan pengantin lelaki sudah bersiap sedia.Aira menarik nafas lalu dihela perlahan.Sudah banyak kali dia lakukan solat sunat Istikarah dan inilah hasilnya.Walaupun Aira tak pernah mengalami sebarang mimpi,tapi nalurinya kuat mengatakan bahawa lelaki ini adalah jodohnya.
Saat terpandangkan tubuh pengantin lelaki yang membelakangi dirinya,mimpi yang pernah Aira alami beberapa tahun lepas terlayar di minda.Mimpi dia berlari dan terus berlari sehingga dia merempuh Aqil Fatah.Aira lihat Aqil Fatah merenungnya dan hanya ungkapan maaf sahaja yang terbit dari bibir Aira sebelum dia melarikan diri dari lelaki itu.
"Aqil Fatah bin Muhaimin,aku nikah akan dikau dengan Saidatul Aira binti Alimin...."terpaku Aira tatkala mendengar nama yang disebutkan oleh tok imam.
Terasa air mata bergenang di kelopak matanya.Aqil Fatah sudah sah menjadi suaminya.Ya ALLAH!Puan Ainur mencuit bahu Aira.
"Tadah tangan,doa ni,"cepat-cepat Aira menadah tangan.
Usai berdoa,Aqil Fatah mendekati Aira.Cincin yang bertahtakan mutiara disarungkan ke jari manis Aira.Air mata gugur tanpa ditahan.Tangan Aqil Fatah Aira cium lembut sebelum Aqil Fatah meletakkan tangannya ke atas ubun-ubun Aira.
"Maaf,tak elok cium depan orang ramai.Malam nanti,dalam bilik,B cium sayang puas-puas,"merona merah muka Aira mendengar bisikan Aqil.Gatal punya suami!
Aira tenung wajah Aqil Fatah.Ya ALLAH,sungguh besar kekuasaanMU.Aqil Fatah rupa-rupanya memang jodohku.Kalau dah jodoh,walau berapa kali berpisah,walau berapa kali bertemu,pasti akan berjodoh juga.
Aqil Fatah,awak memang diciptakan untuk saya,Saidatul Aira.
"Awak jodoh saya.Setiap kali saya solat Istikarah,hanya bayangan wajah awak yang muncul dalam minda saya,"bisik Aqil sambil mengenyitkan matanya.Aira sengih,argh,dia ingat lagi rupanya mesej tu.
Sayang awak Aqil,sayang awak kerana ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan